Sunday, April 11, 2010
PRK Hulu Selangor (37) Bloggers Pakatan Rakyat telah mula berkampung!
Geng2 Bloggerz telah mula berkampung...
ada la 2-3 orang dah sampai.. tapi still kena tido kat masjid lagi!!
Hahahaha!! Jihad syeikhhh!!
Pada yang On The Way dan bakal On The Way tuh.. Hati-hati..
InsyaAllah.. ada la tu penginapan untuk kalian..
idak pun tido dalam kete gak laaa.. macam tak biaseee!!! hahahaha
sunsnake 11042010
PRK Hulu Selangor (36) Mesyuarat Agung PAS Kawasan pagi ini!

Pagi ini akan berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Hulu Selangor bertempat di Dewan Sultan Abdul Hamid, Batang Kali.
Pastinya kehadiran ahli-ahli PAS akan menggalakan seiring dengan suasana PRK yang akan berlangsung.
Kepada semua para muktamar Ahlan Wasahlan!
sunsnake 11042010
Maaf, teman tak dapat joint, gastrik teruk Subuh tadi.. ni baru balik klinik! Cobaan!!
Macam confirm je, Teoh Beng Hock dibunuh?
| 'Tekanan politik': Dr Pornthip tidak hadir inkues Teoh | |
|
Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.
Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.
"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.
malaysiakini
PRK Hulu Selangor (35) Jaga-jaga, ini tanda-tanda nak naik bil air!

Rakyat Malaysia antara paling banyak guna air di Asia Tenggara
MIRI 10 April - Malaysia merupakan antara negara yang paling banyak menggunakan air di Asia Tenggara dengan purata 205 liter air sehari untuk setiap individu.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jumlah tersebut menyamai penggunaan 400 botol air berkapasiti 500 mililiter sehari untuk seorang penduduk.
Selain itu katanya, sebagai contoh, setiap penduduk di Miri menggunakan kira-kira 280 liter air setiap hari berbanding rakyat Singapura yang menggunakan kurang daripada 200 liter.
"Kita merupakan antara pengguna air yang paling tinggi di negara-negara Asia.
"Ini bermakna, rakyat Malaysia sebenarnya boleh menjimatkan air dengan menggunakannya secara berhemah," katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM140,000 kepada 18 organisasi dan persatuan di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini hari ini.
Fah Kui yang juga Ahli Parlimen Miri berharap rakyat negara ini lebih menghargai penggunaan sumber air untuk kepentingan sejagat.
Ujar beliau, rakyat di negara ini bertuah berbanding Singapura yang terpaksa membayar tiga kali ganda untuk mendapat bekalan air bersih.
PRK Hulu Selangor (35) UMNO menipu sebab nak komisen Kanopi!

Teman yakin sangat..
UMNO melalui Risda tak pohon pun dewan tu..
Sebab sebelum-sebelum ni pun bukan UMNO tak pernah dibenarkan guna dewan-dewan orang ramai/komuniti di Selangor nih!
Contoh macam masa Ahmad Maslan buat sidang media sebelum Karnival UMNO Juara Rakyat di Bukit Sentosa, ok je depa guna Dewan Komuniti Bukit Sentosa?
Sebab apa boleh? sebab UMNO buat permohonan ikut flow dan berlaku kekosongan.
Hmm.. betul punya jahat la UMNO ni..
Menteri macam Shafie Apdal ni pun sama berbohong!
Dah kompom dia kena bohong dengan UMNO Selangor!
UMNO Negeri dah kompom kena tipu dengan UMNO Bahagiaan Hulu Selangor!
Sebab apa? Kalau guna dewan, tak mahsyuk la duit kanopi bro!!
itu je sebenarnya..
sunsnake 11042010
| Menteri kecewa tak dapat guna dewan, tandas | |
|
berita penuh
Rakyat Bagan Pinang.. Tahniah la sebab bagi Isa Samad menang!

| Hari tu kami datang Bagan Pinang.. ajak buat perubahan.. ajak buat pembaharuan.. tak nak!! Haaa!! warih tu jugak la yang dipilihnyo! padahal dah torang-torang wakil UMNO tu rasuah! La ni dah mengeluh! padankan muko je lahh!! Isa Samad tu bukan peduli nasib rakyat.. Ni ha tongah buat masterplan nak jatuhkan Hassan pulak.. Mano tahan!! teringat2 laie kenikmatan maso dok kerusi MB tu haa!!! sunsnake 11042010 Marah JKR, penduduk bakar geran tanah | |
|
Kecewa dengan projek pembesaran jalan yang didakwa menimbulkan banyak masalah, penduduk sebuah kampung di Port Dickson hari ini membakar geran tanah asli mereka sebagai tanda bantahan.
Dengan bantuan sebuah NGO pemantau prestasi jabatan kerajaan, mereka juga mendirikan sebuah papan tanda besar ala papan projek Jabatan Kerja Raya (JKR) bertulis "Tapak cadangan tanah perkuburan baru" dan "Homestay mencari maut".berita penuh