Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, March 13, 2010

Apabila Katak Berkokok Berderai-Derai..


Peribahasa melayu.. "Ayam berkokok berderai-derai.. Ekor bergelumang tahi"

Tapi kali ni teman nak adjust sikit tang haiwannya..
apa kata kita guna haiwan katak!

Sementelah si Ibrahim ni yang semakin terserlah ke'bebal'annya..
Hari tu bukan main belasah tokey-tokey cina dan india..

Last-last kantoi bila RPK pecah lubang!

Hmmm.. mana la ko nak lompat taichi ni bang brahim oii!!
Kalau teman.. dah lama nyorok dalam rumah!
maluuuu!!

sunsnake 13032010

Ibrahim pernah jadi pengarah syarikat Vincent Tan


Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan. Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial. Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.


Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar. Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina.

sumber - malaysiakini

Friday, March 12, 2010

Al-Fatihah buat Pejuang Islam!




PAS Marang hilang pejuang aktif

MARANG, 11 Mac: PAS Kawasan Marang kehilangan seorang pejuang tulen yang gigih dengan mewakafkan diri untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
Pemergian Ustaz Ghazali Mohd, 63, yang dikenali dengan panggilan Pak Su Li dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 18, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, dekat Kampung Binjai Rendah, petang semalam amat dirasai terutama rakan-rakan seperjuangan yang bergerak aktif sejak 1960-an lagi.


Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengakui hakikat tersebut yang turut menyampaikan ucapan takziah ketika menziarahi keluarga allahyarham dan mengimami solat jenazah tiga beranak itu.
Kejadian yang mengorbankan Ghazali, isteri, Halimah Awang, 56, dan anaknya, Radiah, 39, berlaku kira-kira pukul 3.40 petang semasa Toyota Avanza yang dipandu allahyarham bersama tujuh ahli keluarganya dalam perjalanan ke Kuala Terengganu bagi membeli persiapan untuk kenduri perkahwinan anaknya Ahad ini.

Allahyarham pernah beberapa kali dipilih menganggotai Jawatankuasa PAS Kawasan Marang dan menjadi Naib Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan penggal lepas di samping menjawat Timbalan Pengarah MTD Pengkalan Berangan hingga akhir hayat.
Penglibatan aktif allahyarham di peringkat Dun Pengkalan Berangan telah mendapat kepercayaan kepimpinan untuk menjadi wakil calon PAS dalam pilihan raya umum di Dun berkenaan.

sumber berita

Hujan turun di Kelantan disaat Solat Istisqa dimulakan!


Nik Aziz mengetuai solat sunat Istisqa di Kota Baru pagi tadi.

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, 12 Mac – Solat sunat Istisqa’ yang diadakan memohon hujan pagi ini bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan,

Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia diadakan di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Hadir sama seluruh kepimpinan kerajaan negeri termasuk exco, Adun dan Ahli Parlimen dari parti Pakatan Rakyat.

Nik Aziz yang ditemui selepas solat sunat tersebut melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.

“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.

Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/03/hujan-turun-sebaik-nik-aziz-ketuai.html#ixzz0hxGF8EmO

Takda hal kamu keluar PKR! Yang salah tak nak letak jawatan ADUN!


Selaku antara rakyat yang tertipu dengan spesis katak ni.. (UPU Kg Balun,Dun Behrang)

maka layak la teman bersuara pada spesis ni..

"woi mangkuk! memang tepat sekali keputusan kamu keluar PKR! Sebab spesis katak macam kamu ni tak layak duduk dalam perjuangan membela rakyat! Peruntukan DUN kamu pun hilang ntah kemana dan sangat-sangat meragukan!

Yang salahnya ialah spesis kamu ni tak malu tak nak lepaskan jawatan ADUN tuh!

Kamu menang dengan undi rakyat yang menyokong PKR dan PR bukan sebab batang tubuh kamu! Katak tak sedar diri!
Jangan sampai anak cucu kamu nanti kencing diatas kubur kamu! dek pengkhianatan kamu keatas pembelaan nasib mereka!

sunsnake 12032010




KUALA LUMPUR 11 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang yang merupakan bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Abdullah menyifatkan tindakannya keluar daripada parti pembangkang itu tahun lalu adalah satu keputusan tepat.


Katanya, keputusan itu yang dilakukannya kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu kini terbukti turut dirasai beberapa lagi rakannya daripada PKR yang mengambil keputusan sama baru-baru ini.
"Hari ini terbukti keputusan yang saya buat sudah ada pengikut dan alasan saya iaitu hilang kepercayaan terhadap parti itu mempunyai asas yang kuat," katanya dalam blog adunbebasn46.blospot.com.


Badrul Hisham sebelum ini pernah menggemparkan politik tanah air terutama pembangkang apabila mengumumkan keluar daripada PKR pada 29 Oktober 2009 dan menjadi ADUN Bebas kawasan Pelabuhan Klang.

Guru-guru baru WAJIB ke pedalaman! betul!


Kalau untuk guru-guru yang baru graduate ok laa..

Memang sesuai kalau dihantar ke pedalaman..

selain untuk dapatkan pengalaman..

dapat jugak meningkatkan jati diri dan 'sedar diri' mereka.

lagipun muda-muda lagi terutama yang lelaki..


Kalau yang dah nak pencen dan berkeluarga ni..

memang susah laaa..

Teman berpendapat, lagi baik kalau guru-guru lepasa KPLI diutamakan untuk di'posting' ke pedalaman ni..

untuk jangkamasa panjang,
cuba cari/scout pelajar-pelajar di pedalaman yang ada potensi untuk jadi guru..
Tak perlu la nak cari yang betul-betul terrer..
yang sedang-sedang pun ok la.. buat backup guru-guru yang baru ni..

Lagipun senang dan tak ada masalah mereka nak bertugas di kampung sendiri!

kalau YB Dr Puad Zarkashi setuju sila contact PA teman ye? heheehe

sunsnake 12032010


Guru baru ingkar arahan boleh dikenakan tindakan

KUALA TERENGGANU 11 Mac - Mana-mana guru baru yang mengingkari arahan apabila dihantar untuk berkhidmat di kawasan pedalaman akan dikenakan tindakan tegas termasuk disingkir daripada kerjaya perguruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika memberi amaran itu menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenai perkara itu dan mereka yang terbabit perlu menerima hakikat dikenakan tindakan sedemikian.
Katanya, guru-guru yang baru tamat perkhidmatan jika dihantar berkhidmat ke kawasan pedalaman mesti mematuhi arahan tersebut bagi mengelak timbul masalah kekurangan guru di kawasan itu.
"Bagaimanapun mereka masih boleh merayu dengan alasan yang munasabah, tapi kalau mereka langsung tak datang lapor diri, kita akan ambil tindakan.


''Mereka akan disingkirkan dan tak boleh jadi guru lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Mengabang Telipot dan majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini hari ini.


Kisah Pak sedara teman!


Hehehehe..

Rasanya billionaire ni orang Slim River! hahahaha


sunsnake 12032010


Carlos Slim terkaya di dunia

MEXICO CITY 11 Mac - Ahli perniagaan Mexico, Carlos Slim yang mengatasi Bill Gates dalam senarai Forbes bagi gelaran jutawan dunia, terkenal dengan sikapnya yang merendah diri dan sentiasa membuat pelaburan ketika krisis ekonomi.


Slim, 70, berada di kedudukan tertinggi itu buat pertama kali dalam senarai itu yang disiarkan semalam, mengatasi pengasas Microsoft, Gates.
Sebelum ini, Slim, berada di tangga ketiga sebagai operator telefon bimbit terbesar Amerika Latin.


Kekayaannya dianggarkan berjumlah AS$53.5 bilion (RM177.8 bilion), berdasarkan kedudukan baru yang dikeluarkan Forbes, semalam.
"Jumlah keuntungan yang dicapainya itu berasaskan harga saham syarikat, jadi kami gembira kerana pelabur yakin dengan Mexico, Amerika Latin dan syarikat kami," kata jurucakap kumpulan Slim Telmex, Arturo Elias Ayub.


Menurut Forbes, keuntungan Slim berkembang AS$18.5 bilion (RM61.4 bilion) dalam tempoh 12 bulan dan perkongsiannya dalam Movil Amerika yang mana ia memiliki kepentingan berjumlah AS$23 bilion (RM76.4 bilion), peningkatan sebanyak 35 peratus setahun.
Kemahiran Slim dalam bidang perniagaan dipelajari sejak kecil apabila ayahnya, seorang rakyat Lebanon memberikannya buku simpanan bagi menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka.


Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam dan kemudiannya menubuhkan syarikat telefon utama, Telmax selepas memperolehinya daripada kerajaan pada 1990.
Semasa krisis kewangan pada 2008, beliau terus membeli perniagaan yang mengalami masalah seperti pertama kali dilakukannya ketika krisis ekonomi membelenggu Amerika Latin pada awal 1980-an.
"Dalam keadaan yang sepatutnya berhenti melabur, dia terus melabur lebih banyak apabila krisis melanda dan ia membuahkan hasil positif," jelas Ayub. - AFP