Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 10, 2010

'Alim sangat pun payah!

Gambar sekadar hiasan tau!


Kot ye pun nak ikut sunnah...
Kenal pasti jugak kesesuaian..
Kesian budak tu..

Tak pasti budak tu yang merengek nak kahwin atau
yang tua umur 41 tahun tu yang ota letak kat tooot!

hmm...donia...donia..

sunsnake 10032010

Nik Aziz tak bersetuju perkahwinan bawah umur

Mac 10, 10 5:36pm
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur walaupun ia adalah sah dari segi agama. Beliau berkata, Islam menggalakkan sesuatu perkahwinan untuk mendapatkan zuriat dan bukan semata-mata dilihat dari sudut untuk memuaskan nafsu dan amalan sunah Nabi Muhammad, semata-mata. "Seperti juga kita makan buah durian adalah untuk mendapatkan rasa nikmat isinya, dan membuang segala benda yang tidak mendatangkan faedah seperti kulit dan bijinya. "Begitu juga dengan berkahwin kita digalakkan bagi mendapatkan zuriat yang baik hasil percantuman jenis. Jadi saya tidak setuju jika kahwin terlalu muda, bawah umur seperti itu,” katanya. Banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk mengikut amalan sunah Nabi, bukan melalui kaedah perkahwinan cara itu, katanya mengulas tindakan seorang bapa dari Jelawang, Jeli, yang mengahwinkan anak perempuannya berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun, kononnya tuntutan sunah Nabi. Ini adalah kejadian kedua membabitkan pernikahan budak perempuan di bawah umur di negeri itu selepas kejadian pertama membabitkan seorang bapa mengahwinkan anak perempuannya berusia 10 tahun di Pasir Mas sebelum ini. - Bernama

Balasan si Pengkhianat Rakyat!



Semoga Allah SWT memakbulkan doa yang paling jujur,
yang paling teraniaya..

dan memberikan hidayah kepada manusia...
yang paling berdosa kepada rakyat!
yang paling khianat kepada amanah!
yang paling takut dengan dugaan dunia!
yang paling takut dengan pemerintah yang zalim!
yang lemah tanpa duit!

Amin!
sunsnake 10032010

Solat hajat terhadap Mohsin, Sabtu ini
Mac 10, 10
3:08pm

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang berkata, solat hajat tujuh malam bagi memohon hukuman Allah terhadap ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli yang keluar parti akan dimulakan pada Sabtu ini. Menurut Ahmad, tindakan itu terpaksa diambil kerana selepas tamat tempoh tujuh hari yang diberikan kepadanya - supaya kembali kepada Pakatan Rakyat atau mengisytiharkan sokongan terbuka kepada gabuangan itu - gagal ditunaikan. Malah, tambah Ahmad, Mohsin juga sudahseminggu tidak dapat dihubungi melalui talian telefon bimbitnya. “Saya hari ini pun ada SMS pada beliau. Tetapi tidak berjawab,” katanya menjelaskan tindakan lanjutnya setelah membuat amaran tersebut pada Khamis lalu - sehari selepas Mohsin mengiystiharkan keluar parti dan menjadi wakil bebas.

berita penuh


UMNO pakai Utusan dan Berita Hairan boleh?Tuihh!


Ceramah: Polis rakam kenyataan Anwar
Mac 10, 10 12:25pm

Polis akan merakam kenyataan Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi esok berhubung ceramah beliau ke seluruh negara. Kenyataan Anwar akan dirakam pada jam 11 pagi di ibupejabat PKR di Merchant Square, Tropicana.

Menurut seorang pegawai pejabat PKR, mereka menerima surat untuk tujuan tersebut dari ibupejabat polis Seberang Perai Tengah. Surat tersebut, katanya, yang bertarikh 4 Mac, meminta bantuan Anwar dalam siasatan tersebut. Ia berkaitan dengan empat laporan polis berhubung ceramah beliau di Pulau Pinang bagi menjelaskan mengenai kes liwat terhadap beliau.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Ayyaaa Apek! Kasi Meeting Parti dulu laa!


Ish..ish..ish..
Terkejut gak teman bila dengar statement dari Ketua Gerakan Pulau Pinang nih!
Bukan isu yang dia bawak, tapi teman ingat tinggal Koh Tsu Koon je yang masih dok dalam Gerakan! Rupanya ada lagi!

Yang sorang lagi bekas Exco Selangor daripada MCA,
"ayyyaa apek! kasi meeting parti dulu laa!!
ayya! Meeting parti pun talak olang mau mali lu lagi mau bising-bising olang lain punya kelija ka?"

Bagus.. teman suka kalau ada yang kritik Kerajaan-kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan teman harap teguran itu ikhlas dan yang paling penting berfakta dan bukti!
Bukan macam Khir Toyo punya kritikan! Macam tong kosong!
Ekor bergelumang tahi!
sunsnake 10032010

BN: Pakatan manipulasi data
Mac 10, 10
12:40pm
Pemimpin Barisan Nasional menempelak laporan kemajuan yang dikeluarkan oleh empat negeri yang dikuasai oleh kerajaan Pakatan Rakyat Isnin lalu sambil menyifatkan laporan itu memanipulasikan data semata-mata untuk memancing pengundi. Menurut mereka, dasar-dasar kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat gagal membasmi kemiskinan dan membantu mereka yang benar-benar memerlukan. Laporan kemajuan itu dikeluarkan sempena ulang tahun kedua pilihan raya umum 8 Mac yang menyaksikan Pakatan Rakyat menumbangkan empat negeri yang dikuasai BN dan mengekalkan Kelantan.

berita penuh

Tukar exco... Apa ada hal?


Teman harap 2 orang exco yang digugurkan tu tak berkecil hati..
Anggaplah beban amanah yang amat berat baru sahaja terlepas daripada bahu!
Bukan mudah memikul amanah syeikh!

Dan buat YB-YB yang baru jadi exco pulak ingat! Jangan jadi 'Beraja dimata bersultan dihati' rakyat pulak!

Dan yang paling penting jangan jadi katak!

Kalau benar YB-Yb ini ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat, tidak akan timbul isu berkecil hati mahupun tak puas hati lepas nie..

InsyaAllah, mudah-mudahan..
sunsnake 10032010

Rombakan: Dua exco k'jaan Kedah digugurkan
Mac 10, 10 11:14am
Dua muka baru menyertai senarai Exco Kerajaan Negeri Kedah, manakala lapan lagi dilantik semula ke jawatan berkenaan untuk tempoh setahun lagi. Dua muka baru itu ialah ADUN Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan adun Sidam, Tan Chow Kang. Mereka menggantikan dua exco yang digugurkan, iatu Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri, Tan Wei Shu.

Abdullah adalah ADUN Pantai Merdeka manakala Tan pula merupakan ADUN Bakar Arang.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah Pakatan Rakyat yang mengugurkan exco mereka.

Barisan exco baru itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit, Alor Star, pagi ini.

Upacara mengangkat sumpah ini juga dihadiri oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak (atas, bersongkok).

berita penuh

Syabas Kerajaan UMNO!

Sekali lagi teman sokong..
Perkara-perkara yang memudahkan rakyat memang patut disokong!
Sudah tiba masanya kakitangan awam dan pesara dapat keistimewaan sebegini..
Bukan setakat kakitangan, ahli keluarga termasuk mak ayah pun layak!
Alhamdulillah..

Cuma alang-alang cuba la tengok sekali hak-hak kami yang bekerja swasta nih!
Lagipun boleh kata semua kami ni nak kerja 'gomen' tapi tak dapat-dapat!
Jenuh gi interview tapi kena reject!
Maklumlah.. kami takde 'kabel' emas mahupun optik!
hehehehe
sunsnake 10032010

Hospital percuma untuk kakitangan awam, pesara
Mac 10, 10 2:21pm
Bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 April ini. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka. "Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2). Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan, katanya.

berita penuh