Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 10, 2010

Antara ramuan untuk menjahanamkan Umat Islam!


Benda-benda macam ni agak aneh suatu ketika dulu..
seiring dengan kemajuan teknologi dan kemunduran agama rakyat Malaysia..
Secara otomatik benda-benda haram macam ni pun turut sama muncul dan laris didalam masyarakat!

Makin pening memikirkan nak dibawa kemana umat ini nanti...
sunsnake 10032010

PKPIM dakwa aksesori seks dijual secara terbuka
Mac 10, 10 5:39pm
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa kerajaan bertindak tegas terhadap premis menjual aksesori seks di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Setiausaha PKPIM, Khairul Anuar Musa berkata, premis berkenaan menjual pelbagai produk seks seperti pil dan ubatan yang berbahaya dan diragui tahap keselamatannya, kondom dan alat permainan seks. "Penjualan secara terbuka yang dilakukan oleh premis tersebut secara tidak langsung telah menggalakkan perlakuan seks bebas, khususnya di kalangan remaja masakini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Pada waktu masyarakat didedahkan dengan peningkatan bilangan kes penzinaan dan perbuatan buang bayi serta pelbagai gejala sosial yang lain, (maka) penjualan aksesori seks ini pasti menambahkan parah dan memburukkan lagi keadaan sosial masyarakat Malaysia," katanya.

berita penuh

Lagi bukti UMNO membangsatkan rakyat Johor!




Laaaa...
Sejak merdeka sampai la ke tarikh hari ini 10.03.2010 langsung tak pernah terfikir ke Kerajaan UMNO Johor untuk membantu anak-anak negeri yang berjaya ke menara gading?
Apa ke bangsatnya UMNO ni?
Itu anak negeri yang berbangsa Melayu tuh! Anak negeri yang berbangsa Cina & India lagi jauh laaa..

Sedangkan Selangor yang Kerajaan Pakatan Rakyat uruskan pun dah mampu buat Tabung Warisan Anak Selangor(TAWAS) khas untuk bantu anak-anak negeri apabila berumur 18 tahun (ngam2 time masuk universiti, INsyaAllah).

Apa lagi agaknya hujah UMNO Johor?
Muhyiddin Yaasin punya la lama jadi MB Johor dari 1986-1995!
Ghani Othman ni pulak dah 15 tahun jadi MB!!!
Hidup Melayu kepala hotak depa!

Kalau Johor tak mampu kena la tingkatkan ekonomi sampai mampu!
Ini setiap tahun yang 'mampu' hanya Ketua Bahagian UMNO Johor ke atas je!
Rumah makin besar! Kereta jangan cerita! Bini jangan cakap!

Aduhhh!!
Bila la makcik-pakcik Felda nak sedar?
Bila la kayu-kayu PEKIDA nak insaf?
Yang UMNO ni dok menipu melayu tak sudah-sudah!
sunsnake 10032010

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatanya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Faedah Perlaksanaan TAWAS

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

sumber - TAWAS

Ibu tunggal Islam menerima bantuan gereja

Baru-baru ini penulis menerima foward email tulisan Salman Hussin dari wartawan Harakah mengenai seorang ibu tunggal (Melayu) yang memerlukan wang untuk belanja anak ke universiti telah menerima bantuan dari sebuah gereja. Tulisan itu menyebut seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Hanum, 40, menerima bantuan dari gereja di Batu Pahat sebanyak RM2000, setelah beliau gagal mendapatkan bantuan daripada wakil rakyat serta beberapa Institusi agama di peringkat daerah dan negeri, bagi keperluan anaknya di Universiti, baru-baru ini.

Ibu Tunggal Terima Bantuan Gereja, Baitulmal... Tidur..!!!

Lu orang tengok ni gambar siapa...? Apa jawatan dia...? Kalau tak tau.. ni gua nak bagitau dan lu orang baca kat bawah tu.

Nama dia Puad Zarkashi lebih kurang bunyinya macam Sarkashi... Sarkas....
Jawatan yang disandang Timbalan Menteri Pelajaran, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Ahli Parlimen Batu Pahat dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat.

Dia dok melalak sana... melalak sini... cabar sana... cabar sini... akhir sekali seorang ibu tunggal dalam Parlimen dia sendiri terabai..., kalau betul seperti yang di dakwa... ntah apa barang punya Ahli Parlimen... macam cibai jer...., lu orang baca kat bawah ni.... gua mencilok lagi dari blog orang lain.... ha..ha..ha....

Sangat perlu adakan Solat Istisqa!


Panas!
Mungkin itulah luahan majoriti rakyat Malaysia di sesetengah tempat dikala ini..
Di kawasan teman Bukit Beruntung/Bukit Sentosa ni..
Walaupun hujan kadangkala turun tapi secara puratanya suhu tetap sama..
Bayangkan, mandi subuh sudah tak sesejuk dulu!
Boleh kata tak sejuk langsung air paip yang menyirami badan!

Baru-baru ni teman ke Cameron Highland atas urusan kerja..
Tak la sejuk sangat!
kot sejuk pun malam laa kot?
Tengah hari berpeluh gak ketiak!

Cuaca panas terik yang telampau disiang hari..
Suhu panas yang standard siang pulak di malam hari!

Teman ni dah 2-3 kali demam dan sakit tekak!
Udahnya! Sekejap panas kena kerja luar.. kejap lagi karang sejuk balik masuk opis kena air-cond..
Last-last tekak rasa perit nak menelan air liur!

Ya Allah... baru sikit kepanasan yang Kau beri..
Kami dah mengeluh sebegini...

Agak-agak sampai bila ye keadaan panas melampau macam ni?
sunsnake 10032010

Esok berpuasa, solat istisqa Jumaat ini

KOTA BHARU, 10 Mac: Ekoran keadaan kemarau yang agak luar biasa yang kini dirasai oleh seluruh rakyat Kelantan, kerajaan negeri akan menganjurkan majlis solat sunat istisqa.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, solat sunat berkenaan yang bakal diadakan Jumaat ini, bertujuan supaya Allah menurunkan hujan.

Beliau berkata demikian dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, di sini tengah hari tadi.

Menurutnya, amalan solat tersebut telah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. sebelum ini untuk tujuan yang sama.

“Untuk mendapat rahmat di samping mengharapkan permohonan kita diterima Allah, esok saya seru semua rakyat Kelantan yang beragama Islam supaya bersedekah banyak-banyak di samping berpuasa sunat.

“Saya sendiri akan berpuasa esok hari, insya Allah dan akan bersedekah juga sekadar kemampuan yang ada pada saya kepada fakir miskin, insya Allah,” ujarnya.

Beliau memberitahu, Jumaat ini, rakyat Kelantan hendaklah hadir pada majlis itu selewat-lewatnya pukul 8.00 pagi, di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Jelasnya, selain menunaikan solat sunat istisqa itu, beliau sendiri akan menyampaikan tazkirah mengenai pengertian solat itu berdasarkan hadis-hadis Rasulullah.

Sambungnya lagi, solat sunat berkenaan akan diadakan kira-kira pukul 8.30 pagi, iaitu selepas tazkirah.

Sehubungan itu, kuliah agama di Medan Ilmu dibatalkan yang digantikan dengan solat sunat dan tazkirah di perkarangan stadium.


Berita Penuh

Makna Bacaan didalam Solat

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
 

 

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap sembahyang kita.

Dalam era membaiki diri ini, kita check sembahyang kita, nanti akan

terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara

keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat

islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

 

Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak

sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah

jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.

Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin

sembahyang itu fardu.

 

Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan

pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar

sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang

sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup

dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.

 

Golongan  3. Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu  ilmu mengenai

sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.

Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood

baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri,

pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak

sembahyang.Orang ini jatuh fasik.

 

Golongan  4. Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih

bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya,

lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak

tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan

tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus

tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam

sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

 

Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat

ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya,

tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih

melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak

dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

 

Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi,

tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk,

sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,

teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah

secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta

fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam

sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan

tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang

lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya

dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).

Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah

mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan

dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya

tiada memberi kesan apa apa.Allah belum lagi cinta orang ini.

 

Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham

secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan

fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga

pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar

sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki

harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan

dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat

memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh

/ golongan abrar / ashabul yamin.

 

Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai

kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam

sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan

sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya,

tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya

dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia

walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya.

Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya.

Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan

Allah )

 

Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh

golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam

sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia

bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca

penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang

telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah,

seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk

mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah

panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak

sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan

dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan

Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi

disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya.

Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan

haq.

 

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka

dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah

sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan

dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan

disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9

sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada

kufur fasik dan zalim.

 

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari

sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan

kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah

bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar

terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

 

Wallahua’lam

 

 

5 SYARAT UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham.

Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."
Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata,

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

1.Ibrahim bin Adham berkata,

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata,

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?"
"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya? "

2. "Yang kedua," kata Ibrahim,

"Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!"

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya, "

Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya? "
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu.

3. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab,

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat olehNya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"
Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4.Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan,

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya;

Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh."

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar,

"Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku? "

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,

lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

5.Ibrahim pun menjawab,

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. "

Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.

Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Wallahua'lam"