Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, February 25, 2010

Pemuda PAS? Takkan tengok saja?


Haaa.. gini bagus..
Kurangkan cakap politik..
Lebihkan aktiviti mendekati dan menjiwai masyarakat..

Cari jalan macam mana nak ajak anak-anak muda kenal PAS..
Macam mana nak bagi tiada 'gap' dengan anak-anak muda terutama golongan remaja bermasalah..

Macam mana nak buat?
Sama-sama la kita pikir!
sunsnake 25022010

Pemuda UMNO Kelantan lancar Tombak

MACHANG 24 Feb. - Bagi mendekatkan lagi hubungan dan meningkatkan peranannya dalam masyarakat, Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan kini mewujudkan Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (Tombak).

Tombak yang disasarkan dapat mengumpul RM500,000 pada tahun permulaan ini akan memberi tumpuan membantu golongan muda yang berdepan dengan masalah kemiskinan bagi meneruskan pelajaran atau menimba kemahiran.

Ketuanya, Anuar Sapian berkata, inisiatif yang diambil atas komitmen para pemimpin Pemuda di peringkat bahagian dan juga ahli merupakan pelengkap kepada usaha kerajaan melalui pelbagai jabatan serta agensinya dalam pembangunan masyarakat.

''Tombak akan dilancarkan sempena Karnival Belia dan Pemuda Negeri Kelantan Jumaat ini (esok) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Ilmu Machang," ujarnya di sini hari ini.

Katanya, sempena pelancaran, seramai 30 orang anak yatim akan menerima sumbangan Tombak yang akan disampaikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sementara itu, katanya, karnival sehari dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kelantan yang julung kali diadakan itu bertujuan merapatkan hubungan pimpinan Pemuda dengan belia di segenap peringkat dan juga mahasiswa.

''Program itu akan diisi dengan kejohanan futsal Pemuda UMNO Kelantan yang akan turut dimeriahkan dengan kehadiran skuad Wira Merah.

''Juga akan diadakan sukan rakyat, pameran oleh pelbagai agensi kerajaan dan swasta, di samping pertunjukan motosikal cantik dan program Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Rakyat," ujarnya.

Pada sebelah malamnya diadakan tayangan amal filem Belukar dan pelancaran Tombak di Dewan profesional UiTM Machang yang akan turut dihadiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Bebasnya Indon, Jumudnya Malaysia!


Hang Tengokkk!!
Macam mana Indon buat siasatan dan jatuhkan hukuman..
Naib Presiden dan Menteri Kewangan Indonesia pun kalau dah sabit salah kena hukum!
Walaupun lom ada keputusan lagi..
at least ada ketegasan dan kebebasan kat situ..

Malaysia nak macam tu??
Mohamed Nor Yaakob yang ada kes gelap kat Bank negara dulu pun bukan setakat tak kena hukum!
Siap boleh jadi menteri lagi!!! menteri jaga duit negara pulak tuh!!(Kewangan)..

Bila la rakyat nak sedar...

Pagi petang siang malam rakyat Malaysia kena tipu..

sunsnake 25022010

Naib Presiden, Menteri Kewangan bersalah

JAKARTA 24 Feb. - Majoriti ahli jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Dewan Rakyat Indonesia bagi menyiasat skandal Bank Century, malam tadi memutuskan bahawa Naib Presiden, Boediono dan Menteri Kewangan, Sri Mulyani melanggar undang-undang ketika membuatkan keputusan menyelamatkan Bank Century.

Dua komponen parti pemerintah, Parti Demokrat, mendesak Boediono dan Sri Mulyani dikenakan tindakan undang-undang kerana mereka memberi kebenaran kepada tindakan tersebut.

Keputusan tegas itu dibuat, walaupun sebelum ini berlaku pelobian agresif oleh Parti Demokrat supaya parti-parti komponen memihak kepada parti memerintah.

Laporan akhir yang diumumkan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) menetapkan Boediono yang ketika itu Gabenor Bank Indonesia dan Sri Mulyani sebagai bersalah.

"Sehubungan itu kami meminta KPK (Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah) dan pihak berkuasa lain supaya mengambil tindakan," kata jurucakap PDIP, Maruarar Sirait ketika membacakan keputusan siasatan parti itu di Dewan Rakyat malam tadi.

Bagaimanapun, keputusan itu perlu diserahkan kepada jawatankuasa khas pada 2 Mac ini untuk diluluskan.

PDIP turut menyenaraikan Timbalan Gabenor Bank Indonesia, Miranda Goeltom, Aulia Pohan dan Anwar Nasution dan bekas Gabenor Bank Pusat, Burhanuddin Abdullah sebagai turut terlibat.

Mereka katanya, terbukti cuai dan melanggar undang-undang ketika meluluskan dana sebanyak Rp6.76 trilion (kira-kira RM2.5 bilion) digunakan bagi menyelamatkan Bank Century pada November 2008.

Boediono dan Sri Mulyani berulang kali mempertahankan keputusan itu demi menyelamatkan sistem perbankan Indonesia yang hampir runtuh akibat krisis kewangan global.

Parti Golkar dan Parti Keadilan Sejahtera yang juga parti komponen Parti Demokrat, meminta Boediono dan Sri Mulyani bertanggungjawab di atas tindakan mereka.

Dalam pada itu Parti Demokrat tetap mempertahankan tindakan kerajaan sebagai sah dan tidak melanggar undang-undang.

Ia terbukti kerana sistem perbankan serta ekonomi Indonesia kini berjaya keluar daripada krisis hasil tindakan segera kerajaan.

Parti Demokrat juga membuat kesimpulan tiada wang daripada Bank Century yang disalahgunakan oleh parti berkenaan untuk kempen pada pilihan raya lalu.

Jurucakap Parti Demokrat, Achsanul Qosasi berkata, fakta menunjukkan tindakan menyelamatkan bank berkenaan membantu Indonesia keluar daripada krisis kewangan.

Parti berkenaan bagaimanapun mendapati pengurusan bank berkenaan mengambil tindakan yang salah ketika menggabungkan Bank Pikko, Bank Danpac dan Bank CIC menjadi Bank Century pada 2001.

"Keputusan membenarkan pemilikan dan penggabungan tiga bank itu melanggar peraturan Bank Indonesia," kata Achsanul.

Sehubungan itu Parti Demokrat mencadangkan tindakan diambil terhadap pengurusan Bank Century yang kini telah ditukar menjadi Bank Mutiara. - Utusan

Wednesday, February 24, 2010

Bloggers Pakatan Rakyat Kian Bersatu!




Alhamdulillah..
Inilah masanya yang amat sesuai untuk semua bloggers men'yetop'kan segala selisih faham dan salah tanggapan antara satu sama lain..

Bagaimana perlunya Parti-parti dalam Pakatan Rakyat bersatu..
Begitulah juga bloggers Pakatan Rakyat!

Saranan teman:-

1. Hentikan serangan-serangan peribadi terhadap pimpinan.
Sila gunakan saluran yang betul iaitu melalui parti yang dianggotai masing-masing.

2. Jangan sesekali meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pimpinan dengan cara biadap dan kasar didalam parti, apatah lagi didalam blog!

3. Iktikad dan yakin dengan perjuangan ini WAJIB dikemaskan dan diperkuatkan!

4. Hablumminallah(hubungan dengan Allah SWT) WAJIB dijaga dahulu dan kemudiannya Hablumminannas (Hubungan dengan manusia).

5. Bergerak dengan cara melawat blog-blog UMNO-BN dan memberi komen-komen secara jelas dan terang, elakkan kata-kata kesat kerana mereka sebenarnya seperti orang buta yang menyangka celik! Kita perlukan orang-orang UMNO untuk menyelamatkan Malaysia!
Kecuali yang ketegaq dan terlalu-lalu biadap seperti Parpu Kari, Papa Gomo, Jefrydamien dsb..
Itu silap-silap sampai mati masih sesat! Na'uzubillah!

6. Berkongsi segala maklumat dan nasihat-menasihati sesama bloggers dengan hikmah.. Jangan pulak sesama kita bergaduh-gaduh penulisan!

Ada lagi nak tambah? Silakan..

InsyaAllah, dari pengamatan teman, bloggers Pakatan Rakyat semakin bersatu dan bersemangat didalam menyebarkan maklumat dan kebenaran!

Ayuh! Satukan fikrah kita ke arah Malaysia yang lebih baik!

Takbir!! Allahuakbar!!
Reformasi!!
Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!

sunsnake 24022010

Pada pandangan teman bloggers WAJIB lawati dan jadi follower blog ini
boleh kita ada centerpoint untuk rujukan dan berkongsi segala..

Berita Hairan Online

Sah! Anwar Ibrahim 'agen' negara asing!


Aduhh...
Hari tu 50 Ahli Parlimen Australia termasuk timbalan Speaker buat dan tandatangan beramai-ramai surat gesaan agar kes 'Liwat 2' DS Anwar dutarik balik..
Lepas tu John Kerry pulak sokong DS Anwar..
terbaru wartawan berpengaruh India pulak mengecam kes DS Anwar ni..
"Ada yang tak kena' kata editor The Sunday Guardian.. bukan editor Utusan tau!

Sebenarnya..
Inilah bukti bahawa DS Anwar lebih dihormati sebagai tokoh yang mempunya karisma dan integriti berbanding DS najib sendiri!

Dan sememangnya kezaliman demi kezaliman melalui fitnah yang cuba memalukan beliau diikuti dengan rapi oleh dunia.
hasilnya? Kini satu demi satu kutukan dunia kepada Kerajaan Malaysia sehinggakan pelabur asing tak mahu lagi melabur di Malaysia!
Buktinya? Itu yang sorang Menteri tu dok kata Anwar punca pelabur asing tak nak datang ke Malaysia!! Sengal dari mana ntah menteri sorang tu..
sunsnake 24022010

Editor The Sunday Guardian kecam Institusi kehakiman Malaysia

Tuesday, 23 February 2010 11:35 AM Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Selepas Ahli Parlimen Australia dan Senat Amerika Syarikat, kini editor The Sunday Guardial, MJ Akbar pula menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ada yang tidak kena.
Penulis buku 'Kashmir: Behind the Vail’, Riot after Riot’ dan ‘India: The Siege Within’ itu melabel demikian berdasarkan pengamatan, selain berkongsi maklumat dengan media dan peguam.
"Seperti yang kita perhatikan, perbicaraan ini tampak begitu rompong. Perbicaraan ini penuh dengan kesilapan. Pada pandangan saya, saya tidak menyangkal hanya perbicaraan yang adil dapat melengkapkan segalanya," katanya kepada TV Selangor.
Beliau memberi pandangan peribadi itu apabila diminta mengulas mengenai proses kehakiman yang hangat diperkatakan, ketika mengadakan lawatan ke Malaysia bertemu Anwar bagi memberi sokongan moral.
Akbar petang semalam mengadakan dialog bersama wakil media dan penulis blog bebas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sesi dialog selama satu jam itu membincangkan keberkesanan komunikasi dalam media melalui mesej yang disampaikan selain bentuk pengolahan sempurna untuk tatapan umum.
Beliau berkongsi pengalaman tentang kuasa penulisan kreatif yang boleh mengubah persepsi dan pendirian pembaca, dengan menggunakan mesej ringkas mampu memberi impak lebih besar berbanding penulisan kompleks.
Akbar yang dijadual pulang ke New Delhi hari ini, turut mengulas peranan komunikasi media sebagai medium penting dalam menyampaikan mesej individu kepada umum.

KUALA LUMPUR : Selepas Ahli Parlimen Australia dan Senat Amerika Syarikat, kini editor The Sunday Guardian, MJ Akbar pula menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ada yang tidak kena.

Penulis buku 'Kashmir: Behind the Vail', 'Riot after Riot' dan 'India: The Siege Within' itu melabel demikian berdasarkan pengamatan, selain berkongsi maklumat dengan media dan peguam.

"Seperti yang kita perhatikan, perbicaraan ini tampak begitu rompong. Perbicaraan ini penuh dengan kesilapan. Pada pandangan saya, saya tidak menyangkal hanya perbicaraan yang adil dapat melengkapkan segalanya," katanya kepada TV Selangor.

Beliau memberi pandangan peribadi itu apabila diminta mengulas mengenai proses kehakiman yang hangat diperkatakan, ketika mengadakan lawatan ke Malaysia bertemu Anwar bagi memberi sokongan moral.

Akbar petang semalam mengadakan dialog bersama wakil media dan penulis blog bebas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sesi dialog selama satu jam itu membincangkan keberkesanan komunikasi dalam media melalui mesej yang disampaikan selain bentuk pengolahan sempurna untuk tatapan umum.

Beliau berkongsi pengalaman tentang kuasa penulisan kreatif yang boleh mengubah persepsi dan pendirian pembaca, dengan menggunakan mesej ringkas mampu memberi impak lebih besar berbanding penulisan kompleks.

Akbar yang dijadual pulang ke New Delhi hari ini, turut mengulas peranan komunikasi media sebagai medium penting dalam menyampaikan mesej individu kepada umum.

sumber - erapakatan

Moga Tarif Elektrik naik! Amin!

Ntahlah.. esok baru tahu..
Malas nak cerita apa natijahnya kalau naik lagi bil letrik..

Mujur teman dok Selangor.. Bil air murah..
Kena dok Pahang? Johor? Melaka? Negeri Sembilan!! Perak? Pulau Pinang? Kedah? KL?

ntahlah.. esok baru tahu... naik ke idak..
sunsnake 24022010

Kabinet dijangka putus kadar tarif elektrik esok

KUALA LUMPUR: Kabinet dijangka membuat keputusan sama ada akan mengekalkan atau menaikkan tarif elektrik pada mesyuarat esok, kata Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

"Sama ada tarif elektrik akan naik atau tidak, ia terpulang kepada Kabinet untuk memutuskannya. Kementerian hanya memberi cadangan kepada Kabinet," katanya di sini sebentar tadi.

Diminta mengulas kadar kenaikan sekiranya ia diputuskan, Peter Chin berkata: "Tidak tahu. Esok...esok...terpulang kepada Kabinet".

sumber- Berita Hairan

Jangan Helikopter pulak tak boleh terbang!


Bagus la..
Apa pun perancangan untuk menguatkan pertahanan negara wajib disokong
Untuk keselamatan dan kedaulatan Tanahair..

Masalahnya timbul apabila keperluan yang wajib itu diseleweng oleh pihak yang dipertanggungjawabkan yang tidak bertanggungjawab!

Macam yang semua tahu lah!

Beli Kapal Selam.. Kapal selam takleh nyelam!
Beli Jet pejuang.. Jet pejuang takde enjin!
Yang baru beli pulak taleh terbang sebab enjit rosak!
Rosak disebabkan kontraktor cikai yang buat landasan!

Jangan nanti beli Helikopter, helikopter pulak takleh terbang!

Baru betul tiga-tiga Angkatan Tentera Malaysia kena!

Tentera Udara dah kena!
Tentera Laut dah kena!
Tentera Darat pulak kena!
sunsnake 24022010

Tentera Darat akan wujudkan Unit Helikopter Tempur

23/02/2010 8:26pm

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Tentera Darat akan memperkukuhkan lagi ketombokan pasukan itu dengan mewujudkan Unit Helikopter Tempur sebagai memperlengkapkan sayap pertahanannya.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin berkata, permohonan telah dibuat di peringkat tertinggi Kementerian Pertahanan, tetapi keputusan pembelian helikopter tempur itu bergantung kepada peruntukan kerajaan.

"Tentera Darat telah membuat permohonan untuk mendapatkan aset itu dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10), namun tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk memperolehi aset berkenaan,” katanya ketika sesi wawancara khas bersama media sempena ulang tahun ke-77 Tentera Darat di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Beliau bagaimanapun menyatakan jenis dan jumlah pesawat tempur itu belum diputuskan kerana masih di peringkat perbincangan.

Sempena ulang tahun itu yang bakal disambut pada 1 Mac ini, yang bertemakan “Tentera Darat Mendokong Aspirasi Rakyat dan Kedaulatan Negara”, satu perbarisan akan diadakan di Kem Sungai Besi di sini. – Bernama