Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, February 4, 2010

Can I F**k you? (2)


Sekiranya ayah kita memanggil kita ke dalam bilik dan bertanya
"Can I F**k you?"..
Adakah kita akan ketakutan dan terus ke bilik air membersihkan diri?
Adakah ini dikatakan takut?

Pastinya TIDAK! Pastinya kita akan melawan,menentang atau apa sahaja yang mampu dilakukan bagi menghalang mahupun terpaksa 'derhaka' kepada ayah sendiri!

Sesungguhnya taat kepada Allah dan Rasul itulah yang tertinggi!
Melampaui ketaatan kita kepada sesiapa pun mahupun ibu bapak!

Inikan pula yang bertanya "Can I F**k you?" itu orang lain..
Sekadar manusia yang menjadi ketua mahupun pemimpin..
Yang pastinya ketaatan kita amat amat amat terbatas terhadapnya..
Selagi ianya tidak melampaui hukum-hakam Islam..

Teman sekali lagi berpendapat terdapat kelemahan yang sangat-sangat ketara dalam cerita si Saiful ni..
Benar atau tidak belumlah diketahui..
Namun secara asasnya bagi teman yang tak pernah tahu pasal 'law' ni..
Sangat Sangat Sangat lemah cerita si Saiful 'mangsa' ini..

Skrip yang sama seperti 1998 ini sebenarnya amat dangkal malahan lebih dangkal daripada skrip terdahulu!

Tak tau la pada orang lain....
sunsnake 04022010

Dalam keterangannya, Mohd Saiful menceritakan bagaimana dengan bertemu dan Anwar dan bekerja dengannya.

Pada 26 Jun, katanya, dia diarahkan bertemu dengan Anwar di kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk berbincang
tentang tugasnya.

Mohd Saiful berkata dia telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar dan Anwar berkata: "Can I f*** you today?"

Walaupun dia 'takut dan tidak mahu", Mohd Saiful berkata, dia mengikut juga arahan Anwar dan membersihkan diri dalam bilik air serta keluar dengan memakai tuala dan masuk ke dalam bilik tidur.

"Saya nampak Anwar memakai tuala. Dia mendekati saya dan memeluk saya," katanya.

Ketika itu, Karpal memohon supaya baki keterangan Mohd Saiful dibuat secara tertutup. Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dan menangguhkan prosiding sehingga jam 9.30 pagi esok.

Walaupun hujan lebat, para penyokong Anwar berhimpun dekat pintu masuk kompleks mahkamah. Dua penyokongnya kelihatan memakai topeng Najib dan Rosmah. Polis mengeluarkan amaran tangkap.

Sebelum itu, peguam Karpal Singh membuat bantahan kerana laporan polis menyebut kejadian liwat itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 6 petang, yang berbeza dengan waktu yang tercatat pada kertas tuduhan.

DPP Mohd Yusof menjawab banyak insiden yang berlaku. Katanya, laporan polis itu merupakan bukti utama, yang membawa polis melakukan penyiasatan.

Mohd Saiful memulakan keterangannya dengan menceritakan mengenai latar belakang pendidikannya kepada DPP kanan DPP Mohd Yusof.

Katanya, dia tercicir dari Universiti Tenaga kerana keputusannya yang teruk.

Dia kemudiannya menunjuk ke Anwar ketika diminta mengecamnya. Anwar tidak memandang ke arahnya.

Sebelum itu, ketika Mohd Saiful melangkah ke kandang saksi, kedengaran seseorang melaung "taubatlah", menyebabkan mukanya berubah.

Mohd Saiful berkata, dia bekerja untuk Anwar sebagai seorang sukarelawan seminggu sebelum pilihan raya umum Mac 2008, dengan gaji RM1,000.

Selepas pilihan raya tersebut, dia menjadi pengawai khas, dengan tugasw mengatur perjumapan dengan ahli-ahli parlimen BN yang berkemungkinan melompat parti.

Beliau meletak jawatan pada bulan Jun, atas alasan "malas dan tidak berdisiplin".

Tetapi hari ini Mohd Saiful berkata sebab sebenarnya ialah "kerana tidak tidak tahan lagi diliwat".

Ketika pemeriksaan utama Mohd Yusof, Mohd Saiful berkata pelawaan Anwar itu dibuat selepas beliau menyerahkan dokumen yang dibawanya dari pejabat kepada Anwar.

Mohd Yusof: Apa buat dengan dokumen bila masuk?

Mohd Saiful: Saya duduk di meja tersebut bertentangan dengan Anwar dan serahkan dokumen.

Mohd Yusof: Duduk, letak dokumen, apa lepas itu?

Mohd Saiful: Lepas serah dokumen, kami bincang tentang jadual kerja, tidak lama lepas itu beliau tanya satu soalan.

Mohd Yusof: Apa soalan itu?

Mohd Saiful: Can I f--- you today?

Mohd Yusof: Apa reaksi kamu ketika diajukan soalan itu?

Mohd Saiful: Marah dan takut.

Mohd Yusof: Ada kamu kata apa-apa?

Mohd Saiful: Tolak pelawaannya.

Mohd Yusof: Apa kamu kata bila menolak?

Mohd Saiful: Saya kata saya tidak mahu melakukannya.

Mohd Yusof: Anwar kata apa-apa bila kamu kata tidak hendak melakukannya?

Mohd Saiful: Dengan nada marah, Anwar kata "what" (apa)?

Mohd Yusof: Apa respon kamu?

Mohd Saiful: Saya ulang yang sama.

Mohd Yusof: Seterusnya?

Mohd Saiful: Anwar agak marah, dengan itu saya takut. Anwar arahkan ke bilik tidur utama.

Mohd Saiful berkata beliau kemudian mengikut arahan Anwar dan Anwar selepas itu menutup langsir dan lampu bilik.

Beliau berkata Anwar seterusnya meminta beliau untuk membersihkan dirinya di bilik air.

Mohd Yusof: Masa itu dah buka pakaian?

Mohd Saiful: Ya.

Mohd Yusof: Lepas bilas diri?

Mohd Saiful: Saya ambil tuala dalam tandas, saya keluar dengan bawa baju kemeja saya warna putih dan gantung di tempat pemegang almari.

Mohd Yusof: Kamu bertuala?

Mohd Saiful: Saya bertuala.

Mohd Yusof: Masa keluar dari bilik air, nampak di mana Anwar?

Mohd Saiful: Saya nampak, Anwar di hujung penjuru katil, di bahagian kaki sebelah kanan.

Mohd Yusof: Apa Anwar buat pada masa itu?

Mohd Saiful: Dia berdiri pakai tuala putih dan mengarahkan saya untuk pergi dekat dia, lalu dia peluk saya sambil berdiri.

Ketika itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar membuat permohonan agar prosiding seterusnya dijalankan secara tertutup.

Perbicaraan bersambung esok.

sumber -malaysiakini

Wednesday, February 3, 2010

Can I F**k you?


Subhanallah!
Mengucap panjang teman bila baca cerita si Saiful ni di Mahkamah..
Bila dia kata DS Anwar tanya dia " Can I F**k you?" tu..
teman terus terfikir, adakah si Saiful ni jawab "Yes You can!!"
Dan adakah Si Saiful ni diletakkan muncung pistol sewaktu dia di'liwat' tu?

Malu sebenarnya nak membicarakan kes sebegini secara terbuka kerana ianya amat mengaibkan..
Baik bagi yang tertuduh apa lagi yang menuduh!!!
Kepada Allah SWT kita kembalikan segala-galanya..

Untuk episod kali ni, teman yakin sangat yang skrip akan terbabas...
yakin sangat!
sunsnake 03.02.2010

Saiful beritahu tentang ajakan seks Anwar
Hafiz Yatim
Feb 3, 10
10:55am

Mohd Saiful Bukhary Azlan memulakan keterangannya dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, dengan menceritakan tentang dakwaan ajakan seks oleh ketua pembangkang itu.

Mohd Saiful adalah pengadu dalam kes tersebut dan merupakan saksi pertama pihak pendakwaraya.

Anwar dituduh melakukan kesalahan tersebut di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Dalam kenyataan pembukaannya, Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata pihak pendakwaraya akan membuktikan bahawa kesan air mani Anwar ditemui dalam dubur Mohd Saiful.

Katanya, kesan air mani itu diperolehi oleh doktor dari sampel tisu.

Mohd Yusof berkata, pihak pendakwa akan membuktikan kesnya melalui keterangan oleh Mohd Saiful dan laporan ahli kimia, pakar forensik dan doktor.

Menurut Mohamed Yusof berkata, pihak pendakwaraya akan memanggilkan lebih 20 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut, yang didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Berikut adalah kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.-

5.30pmu Anwar meninggalkan mahkamah di tengah-tengah laungan "reformasi", "hidup rakyat", "bebas Anwar".

4.50pm: Karpal memohon supaya baki keterangan Mohd Saiful dibuat secara tertutup. Hakim Mohamad Zabidin bersetuju dan menangguhkan prosiding sehingga jam 9.30 pagi esok.

4.45pm: Mohd Saiful mendakwa dia menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar dan Anwar berkata: "Can I f*** you?"

4.40pm: Walaupun hujan lebat, para penyokong Anwar brerhimpun dekat pintu masuk komplek mahkamah. Dua penyokongnya kelihatan memakai topeng Najib dan Rosmah. Polis mengeluarkan amaran tangkap.

4.30pm: Mohd Saiful berkata dia diarahkan pergi ke kondominium Desa Damansara pada jam 2.30 petang, untuk membincangkan dengan Anwar mengenai urusan tugasnya.

4.15pm: Peguam Karpal Singh membuat bantahan kerana laporan polis menyebut kejadian liwat itu didakwa berlaku pada kira-kira jam 6 petang, yang berbeza dengan waktu yang tercatat pada kertas tuduhan.

DPP Mohd Yusof menjawab banyak insiden yang berlaku. Katanya, laporan polis itu merupakan bukti utama, yang membawa polis melakukan penyiasatan.

4.05pm: Mohd Saiful berkata Anwar mengambilnya bekerja antara bulan Mac dan Jun tahun berkenaan.

Walaupun surat peletakan jawatannya menyebut dia berbuat demikian kerana malas dan tidak berdisiplin, Mohd Saiful berkata motif sebenarnya ialah kerana tidak tidak tahan lagi diliwat seperti dalam tuduhan tersebut.

Laporan polis Mohd Saiful yang dibuat di hospital besar Kuala Lumpur bertarikh 28 Jun 2008, diserahkan sebagai bahan bukti.

4.00pm: Mohd Saiful berkata, dia bekerja untuk Anwar sebagai seorang sukarelawan seminggu sebelum pilihan raya umum Mac 2008, dengan gaji RM1,000.

Selepas pilihan raya tersebut, dia menjadi pengawai khas, dengan tugasw mengatur perjumapan dengan ahli-ahli parlimen BN yang berkemungkinan melompat parti.

3.55pm: Mohd Saiful menceritakan mengenai latar belakang pendidikannya kepada DPP kanan DPP Mohd Yusof.

Katanya, dia tercicir dari Universiti Tenaga kerana keputusannya yang teruk.

Dia kemudiannya menunjuk ke Anwar ketika diminta mengecamnya. Anwar tidak memandang ke arahnya.

Sebelum itu, ketika Mohd Saiful melangkah ke kandang saksi, kedengaran seseorang melaung "taubatlah", menyebabkan mukanya berubah.

Pagi semalam, pasukan pembelaan Anwar mengemukakan permohonan agar keputusan Mahkamah Persekutuan yang dibuat pada 29 Januari lalu itu, disemak semula.

Kedua-dua pihak berhujah lebih 40 minit sebelum Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tiada sebab-sebab khas bagi menangguhkan perbicaraan dan mengarahkan ia disambung.


sumber - malaysiakini

"Kisah" DS Anwar di pam minyak Bukit Sentosa pagi ini..


Pagi ni jam 7.30pagi teman dah ter’congok’ dipam minyak Bukit Sentosa..

Sedang ‘ralit’ mengisi minyak yang dengar khabarnya nak naik lagi bulan 5 ni!

Bermakna ‘naik minyak’ lagi la rakyat.. Apa ada hal? UMNO tetap menang! Apa guna SPR?


Tiba-tiba satu suara mengejutkan teman..

“Apa la nasib Anwar hari ni ye?”

Aaikk?? Dari mana lak suara nie..

Rupanya seorang sahabat dipam yang sama sebelah sana yang bersuara…

“Kalau dia masuk dalam, apa lagi.. Gelombang Reformasi 2 lahh!!!”

Luah teman agak kuat sambil menutup tangki motor yang dah berumur lebih 15 tahun tuh! (tapi nilai roadtax insurans dah separuh kereta)

“Betul! Betul” secara tiba-tiba sorang brother pam sebelah menyampuk!

Amoi cina kat pam depan lak tersenyum-senyum seolah-olah setuju…

Laaaa… ramainya yang tertunggu-tunggu dan ambil tahu..

InsyaAllah lagi ramai yang berdoa dan bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Anwar tidak dizalimi kali ini..

Itulah sedikit perbualan pagi disebuah pekan kecil yang UMNO Juara Rakyat dilancarkan disini!

sunsnake 03.02.2010

Tuesday, February 2, 2010

Pakcik Hero Anwar!

Teman betul-betul salute kat Pakcik ni..
Bukan main marah dia tak dapat pas masuk bilik mahkamah..
Betul punya marah sampai habis dimakinya petugas-petugas media..
harap-harap yang dimakinya tu petugas Utusan,TV3 dan Berita Harian..

Tapi Akhirnya dapat gak dia jumpa Anwar!
Siap peluk lagi..
Kalau teman jadi Anwar, teman usaha bawak pakcik ni makan tengah hari..


Pakcik ni datang bukan kena sponsor pun..
dia datang sebab nak tengok perjalanan mahkamah hari ni dalam kes Anwar..
Dia datang sebab tak nak Anwar dizalimi oleh mahkamah toghut..
Dia datang sebab nak bersama-sama rakyat Malaysia menyaksikan apakah kembalinya sebuah keadilan atau bermulanya sekali lagi sebuah kezaliman!

sunsnake 02.02.2010


Warga emas kecoh kerana gagal ikuti perbicaraan
Feb 2, 10 1:00pm
Keadaan di lobi Kompleks Mahkamah Persekutuan Jalan Duta, Kuala Lumpur kecoh seketika apabila seorang lelaki warga emas bertindak menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap petugas media kerana tidak dapat mengikuti perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lelaki dalam lingkungan lewat 70-an tersebut tidak dibenarkan memasuki mahkamah kerana pas untuk masuk telah kehabisan.

Beliau kemudian melepaskan rasa geram kepada petugas media yang memenuhi ruang lobi tersebut sebelum pengsan lima minit selepas itu dan terpaksa dibawa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan ambulans.

Keadaan yang tenang seketika menjadi kecoh semula apabila polis bertindak menghalau keluar jurugambar dan jurukamera tv serta wartawan dari lobi mahkamah itu bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

Kekecohan itu turut diselangi teriakan `reformasi' oleh para penyokong Anwar yang telah berkumpul di sekitar pekarangan mahkamah seawal pukul 6 pagi ini.

Sejurus Anwar yang menghadapi tuduhan liwat keluar dari mahkamah kira-kira pukul 10 pagi, beliau sempat melontarkan kenyataan kepada penyokongnya bahawa perbicaraan kes beliau ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang ini.

Turut hadir di kompleks mahkamah itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata keadaan di kawasan kompleks mahkamah terkawal.

"Sebarang perbicaran kes berprofil tinggi polis akan mengadakan kawalan keselamatan yang ketat dan kita telah menempatkan anggota yang secukupnya bagi kes ini," katanya kepada Bernama di lobi mahkamah.

Katanya polis telah ditugaskan berkawal di kompleks mahkamah dari pukul 6 pagi ini sehingga perbicaraan kes liwat Anwar selesai.

Zakaria berkata polis juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang cuba melanggar peraturan mahkamah sehingga menggangu perjalanan perbicaraan kes berkenaan.

- Bernama

Letak jawatan atau C4!!!


Heheheh..
Mungkin itu la pilihan yang mamat ni dapat lepas buat ceramah 'UMNO PIAW" pagi tadi..
Pehh!! Ceramah Pagi, kecoh Tengah hari, petang terus resign!!

Sebenarnya jauh di sudut hati pemimpin-pemimpin UMNO..
Sokong akan ucapan mamat ni..
Tetapi disebabkan hipokrit dan mahu bermuka-muka tidak racist..
Maka terpaksa la pecat mamat sorang ni..

Kata pejuang melayu tulen beb??
Apsal paksa mamat 'pejuang melayu' ni resign?
Apa kes??

Err.. ada sesapa rakam ucapan dia pagi tadi?

sunsnake 02.02.2010

Kenyataan rasis: Pegawai khas PM letak jawatan
Feb 2, 10 8:20pm
Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan Nasir yang dibuatnya di Melaka hari ini, juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Menurut kenyataan itu lagi, Nasir memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan.

Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaurber perkauman ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

Boss teriak 1Malaysia, Anak buah maki cina & India!


Teman dah bagitau dulu..
UMNO parti yang sangat,sangat,sangat perkauman!
UMNO merasa bahwa segala-galanya adalah milik mereka..
Hinggakan Islam itu sendiri adalah dianggap hanya milik Melayu!!
Perkataan/kalimah Allah itu hanya boleh dimiliki oleh Islam sedangkan inilah masanya membuktikan betapa lemahnya pegangan akidah Kristian apabila hingga terpaksa menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka?
Mengapa sebelum ini mereka hanya menggunakan nama Jesus? Lord? Al-Masih?

Yang sorang mamat ni pun satu hal..
(Bertali leher, baju hijau kat atas).
Teruskan lah racist kamu tu duhai pembantu Najib...
Sesuai benar la dengan MCA dan MIC..
dalam ceramah dua lagi parti racist nie..
Pun sama gak kutuk melayu pulak!!!

Pi Mai Pi Mai Tang Tuuuuuuuu!!! Suka hati ko la Labuuuu!!
sunsnake 02.02.2010

'India pelampau', 'Cina jual tubuh' - 1Malaysia dipulau
Feb 2, 10 5:33pm
Kenyataan berbau perkauman yang diluahkan oleh seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka, baru-baru ini menyaksikan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Menurut sumber, pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar (kanan, bertali leher) menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Feb.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

sumber - malaysiakini