Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, January 25, 2010

Hapus Undi POS bukan tukar nama!!!


Adusss... nak kata bodoh.. pegawai-pegawai tu semua belajor tinggi..
orang minta lain... dia nak bagi lain..
Sukahati mak bapak dia je..

Undi Pos digantikan dengan Undi Awal...

chaitt!! ingat pengundi PR ni bodoh macam pengundi UMNO ke?
sunsnake 25.01.2010

SPR kaji tukar konsep undi pos dengan undi awal
Jan 24, 10 12:07pm
Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal, dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sedang mengkaji kedua-dua sistem itu yang kini dilaksanakan di beberapa negara, termasuk Thailand dan Indonesia.

Menurut beliau, fokus utama SPR adalah untuk menggantikan konsep undi pos, sambil menambah kata apa yang telah dilaksanakan selama ini melalui undi pos sebenarnya adalah pengundian awal.

"Hakikatnya, pada hari pilihan raya diadakan, tidak semua pengundi berdaftar yang dapat membuang undi kerana terikat dengan komitmen lain seperti telah dijadualkan bertugas pada hari tersebut dan sebagainya," katanya kepada Bernama.

Wan Ahmad berkata mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan dan adalah menjadi tanggungjawab SPR untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka mengundi.

Wan Ahmad berkata beliau dan beberapa pegawai SPR telah melawat Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand akhir tahun lepas bagi mempelajari dan mengkaji proses pengundian awal serta undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

"Tujuan lawatan saya ialah untuk mempelajari dan mengkaji peraturan dan perundangan berhubung proses pengundian awal di Thailand kerana negara itu berjaya mengendalikan sistem itu dengan cukup baik," katanya.

Beliau berkata SPR akan mengemukakan cadangan mengenai sistem itu kepada kerajaan selepas dipersetujui di peringkat suruhanjaya.

Selain menukar nama pengundian pos kepada pengundian awal, katanya SPR juga kini serius memikirkan kaedah untuk melaksanakannya.

"Kita juga akan cuba mengesyorkan kemasukan kategori lain bagi mereka yang layak melakukan pengundian awal seperti golongan wartawan, doktor, jururawat, juruterbang dan pramugari," katanya.

Pada masa ini, mereka yang layak mengundi secara pos ialah anggota polis dan pasangan, anggota tentera dan pasangan, pelajar dan pegawai kerajaan yang berada di luar negara.

Pada pilihan raya umum 2007 di Thailand, hampir tiga juta daripada 45 juta pengundi berdaftar mengundi awal pada dua hari yang ditetapkan.

Mengikut peraturan pilihan raya negara itu, kesemua pengundi berdaftar layak mengundi awal, terutamanya mereka yang mendaftar di wilayah lain tetapi tidak dapat pulang pada pilihan raya umum dan mahu mengundi awal di tempat mereka bekerja atau bermastautin.

Wan Ahmad berkata SPR sedang mengkaji cadangan untuk menetapkan dua hari sebagai tempoh bertenang tanpa sebarang kempen pada sesuatu pilihan raya.

Walaupun SPR kini menetapkan bahawa kempen pilihan raya perlu tamat menjelang tengah malam sebelum hari pengundian, beliau berkata budaya politik yang diamalkan di negara ini disifatkan sebagai tidak menghormati peraturan itu.

"Di Malaysia, tiada siapa hormat atau yang mahu mengikut peraturan cooling off period (tempoh bertenang) yang ditetapkan SPR. Walaupun dilarang, pada hari mengundi, masih ada lagi yang mengambil kesempatan untuk meraih serta merayu undi, mengibarkan bendera dan berkonvoi," katanya.

Wan Ahmad berkata perbuatan melanggar arahan itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ditanya mengapa SPR tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan berkenaan, beliau berkata berdasarkan senario politik negara ketika ini, keadaan akan menjadi bertambah huru-hara pada hari pengundian.

Sehubungan itu, beliau berharap tempoh bertenang boleh dilaksanakan pada pilihan raya akan datang bagi memudahkan SPR dan Pihak Berkuasa Tempatan membersihkan kawasan mengundi daripada poster dan bendera yang dipasang.

sumber - malaysiakini

Kerajaan PR Selangor, Pengkhianat!!!


Teman tertanya-tanya setakat ni takde lagi tuduhan sebegini dilontar oleh UMNO kepada MB Khalid Ibrahim. Kalau dulu di Perak, sampai ke sudah DS Nizar dihamun oleh 'pejuang-pejuang melayu' seperti parpukari yang sah mamak tongkang bukan melayu tu!

Teruskan MB Khalid.. mana-mana tanah yang sememangnya hak rakyat marhaen, buat la sejujur-jujurnya.. Kalau dulu si Jawa Toyo tuh.. memang semua lepas ke dia laaaa...
sunsnake 25.01.2010

6000 Keluarga Di Kuala Selangor Dapat Geran Hak Milik Tanah

Untuk berpuluh tahun, mereka hidup dalam keadaan tidak menentu, walaupun diberi pelbagai jaminan oleh kerajaan negeri Umno-Barisan Nasional yang lalu.

Namun penantian kira-kira 5000 hingga 6000 keluarga di Kuala Selangor untuk mendapatkan hak milik tanah atas rumah yang mereka duduki kini berakhir.

Mulai bulan ini, mereka diberikan geran hak milik tanah secara berperingkat menandakan kerajaan negeri Pakatan rakyat memenuhi satu lagi janjinya dalam membela masyarakat.

Menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pemberian geran tanah dibuat secara berperingkat bermula bulan ini dan dijangka selesai hujung tahun 2010.

Dianggarkan kira-kira 100,000 keluarga akan mendapat manfaat daripada langkah kerajaan negeri itu.

Di Kuala Selangor sahaja, pemberian geran itu sekaligus menyaksikan hampir 90 peratus masalah pemilikan tanah di kawasan berkenaan selesai.

“ Kita akan mengadakan pemberian geran iaitu bermula di Kampung Sentosa, kampung Seri Aman dan Kampung Baru Ijok pada bulan Januari. Kita pergi ke Kampung Seri Makmur, Kampung Aman Tambahan, Kampung Bistari Jaya, sampai ke satu tahun. Kita ada program satu tahun. Jadi maknanya, pada akhir tahun ini bererti lebih daripada 90 peratus pemberian tanah di seluruh Kuala Selangor dapat diselesaikan”katanya.

Kuala Selangor adalah sasaran pertama di bawah rancangan pemberian geran tanah kepada penduduk yang menduduki tanah milik kerajaan negeri.

Khalid berkata setelah mengambil alih kerajaan negeri, Pakatan Rakyat meletakkan sasaran memberi geran hak milik tanah kepada penduduk yang layak sebagai satu daripada keutamaan kerajaan negeri.

"Untuk Ijok dan Kuala Selangor, terima kasih kepada Pegawai Daerah dan Yang DiPertua kerana kita akan mengadakan program besar-besaran untuk memberikan geran tanah kepada mereka yang sudah duduk di kawasan-kawasan tersebut,"katanya.

Tambah Khalid, pemberian geran ini adalah untuk memberikan hak milikan tanah kepada rakyat Selangor yang telah lama menetap di kawasan berkenaan dan dalam masa yang sama memudahkan proses pembangunan dijalankan di negeri Selangor.

“ Dengan cara ini, kita akan membuat pembangunan di kawasan-kawasan ini dengan baik dan tertib. Dan YDP boleh membuat program bagaimana mahu sekolah dan seterusnya. Jadi ini bukan di Kuala Selangor sahaja kita buat. Ini contoh tetapi kita buat di seluruh negeri Selangor,"katanya.

Khalid bercakap demikian kepada pemberita, selepas memberikan Sumbangan Mesra Usia Emas di Sungai Buluh petang tadi.

sumber - Warta Kerajaan Rakyat

Teman dan Rooney... sama lebih jee!!!


Salam..
Hujung minggu ni agak sibuk bagi teman..
Dengan aktiviti kepartiannya.. Dengan aktiviti companynye..
Sabtu malam teman bergegas ke suatu tempat yang sangat terpencil di Kawasan Hulu Selangor dan dalam Dun Ulu Bernam...
Bermesyuarat bersama rakan-rakan dalam DPPKHS..
Malam tu jugak teman bergegas balik ke Rawang.. sebab esok ada aktiviti syarikat yang teman jadi organizernye! apa lagi kalau bukan Liga Bola!!

Akhirnya.. petang tadi.. teman 'tumpo' sorang-sorang kat rumah!
satu badan 'cramp'.. gerak ke kana belah kiri cramp..
gerak ke kiri belah kanan cramp..
Angkat kaki kanan, kaki kiri cramp.. adusss!!

adakah ini petanda yang umur makin banyak?
badan makin tua?
atau obesiti?? he he he

apa-apa pun.. rooney memang superbbb!!!



tengok rooney ni punya skill, teringat masa teman sekolah dulu..
lebih kurang laaaa.. eheheh

sunsnake 25.01.2010

Thursday, January 21, 2010

Malaysia Maju.. Dah umur 68 pun kena bekerja!!!


Itulah nasib jadi warga tua di Malaysia.. dah umur 68 tahun pun masih kena kerja!
Teman ni tak tau la.. kalaulah ditakdirkan Allah SWT umur panjang sampai lepasi 60 tahun,
ntah apa la keje yang teman leh buat!

Di tempat kerja teman, ada seorang pakcik jaga yang teman agak umur dia dah lepas 60 tahun.
Terbongkok-bongkok dia memotong 'seal' pada lori yang keluar-masuk. Teman dok terbayangkan agaknya teman sok begini la kot?

Kalau jadi warga tua di negara lain mungkin lain ceritanya..
Dengar-dengar ada negara seperti Jepun yang bagi elaun/pencen buat warga tuanya..

Wallahua'lam..

sunsnake 21.01.2010

Ibu melintas jalan maut

YAN: “Arwah mak tidak menunjukkan sebarang sikap pelik, malah sebelum kejadian itu, mak keluar rumah seperti biasa dan dia lebih suka menaiki basikal untuk ke tempat kerja dan tidak mahu menyusahkan sesiapa,” kata Siti Fatimah Awang, 22, anak bongsu Azizah Ramli, 68, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 24.2 Jalan Alor Star-Sungai Petani, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, mangsa yang menaiki basikal hendak melintas di jalan berkenaan untuk ke tempat kerja di sebuah sekolah di sini, sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal dan kereta.


Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di sekolah berkenaan sejak beberapa bulan lalu lebih suka menaiki basikal kerana sudah biasa sejak beberapa tahun lalu.

sumber - metro

Banyaknye TNB untung!! Fuh!!


Humang aihhh!! Banyaknye untung bersih!!
Macam teman yang paling besor pernah pegang not RM100 ni..
Angka sebanyak itu macam cerita dongeng je laa!!

Untung sebenarnya TNB nie..
Tapi apsal dalam laporan ni kata
"mencatat keuntungan bersih RM706.3 juta berbanding kerugian RM944.1 juta bagi tempoh sama, tahun sebelumnya."

Teman tak berapa pandai ayat-ayat bisnes ni..
Ada yang boleh cerite skit?

Kalai ikut akal logik teman nie, mana mungkin TNB boleh rugi kalau pengurusan benar-benar telus dan komited?
Dan yang paling penting, jangan ada campur tangan tangan ghaib dalam pengurusan kewangan ..
Tapi kadang-kadang duit yang TNB bayar kepada Kerajaan dalam bentuk cukai pulak kena sebat!

Apa-apa pun.. sewajarnya TNB kembalikan keuntungan tadi kepada rakyat..
mungkin dalam bentuk rebat keuntungan..
Dah untung tahun lepas.. tahun ni bagi la diskaun sikit ka? apa ka?
At least sejuk la sikit hati rakyat yang sedia panas dengan 'kepanasan ekonomi' Malaysia nih!!!
Bukan global tau Malaysia je!

hmm.. dulu masa elektrik masih lagi dibawah kerajaan Malaysia dikenali dengan nama Lembaga Letrik Negara(LLN), Mamak kutty tu buat dasar penswastaan negara plak!
Effectnye? cuba tanya Bro Hisham..

p/s: Bapak teman pun dulu LLN jugak! Lepas tu joint Talikom, last sekali pencen TM.. Alhamdulillah.. dapat la pencen sikit2..

sunsnake 21.01.2010


Laba TNB RM706.3j

TENAGA Nasional Bhd (TNB) merekod pencapaian lebih baik dalam suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010 apabila mencatat keuntungan bersih RM706.3 juta berbanding kerugian RM944.1 juta bagi tempoh sama, tahun sebelumnya.

POSITIF...(dari kiri) Che Khalib, Moggie dan Mohamed Rafique Merican pada sidang media, semalam.
POSITIF...(dari kiri) Che Khalib, Moggie dan Mohamed Rafique Merican pada sidang media, semalam.


Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata keuntungan sebelum cukai bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010 pula berjumlah RM973.1 juta, berbanding kerugian RM772.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2009.

Katanya, pencapaian membanggakan itu antaranya disebabkan pertumbuhan permintaan selain kos penjanaan lebih rendah.


"Prestasi kukuh ini disebabkan penurunan kos operasi 6.1 peratus terutama membabitkan kos penggunaan bahan api yang rendah.

"Permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia meningkat 2.7 peratus, manakala di Sabah sebanyak 7.3 peratus. Keuntungan bersih lebih tinggi ini juga didorong kesan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika," katanya pada sidang media di ibu pejabat TNB di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dan Ketua Pegawai Kewangan, Mohamed Rafique Merican Mohd Wahiduddin Merican.

Bagaimanapun, Moggie berkata, pendapatan kumpulan merosot satu peratus.

"Ini antara lain disebabkan pelaksanaan pelarasan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Mac tahun lalu," katanya.

Sementara itu, mengulas tahap operasi kumpulan, Che Khalib berkata, penurunan 11.3 peratus dalam kos penjanaan menyumbang peningkatan 39.3 peratus membabitkan kos operasi.

Berikutan itu, katanya, pelunasan dan amortisasi (EBITDA) kumpulan meningkat kepada 29.5 peratus daripada 22.2 peratus bagi tempoh sama pada tahun kewangan 2009.

"TNB juga mendapat manfaat daripada kos faedah dan pemerolehan arang batu lebih rendah disebabkan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika.

"Bagaimanapun, dengan pengurangan peruntukan gas sejak Mac tahun lalu, penjanaan stesen berkuasa arang batu dijangka meningkat berikutan permintaan masa depan yang perlu ditampung penjanaan bahan api berkenaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, TNB menjangka permintaan bagi tahun kewangan ini akan meningkat pada kadar positif tiga peratus.

"Ini menunjukkan pertumbuhan ekonomi lebih kukuh dan aktiviti perbelanjaan hasil pakej rangsangan kewangan serta meningkatkan unjuran perniagaan," katanya.

sumber - metro

'Solat Hajat PAS Allah tak terima!" kata ahli UMNO


Teman masih ingat suatu masa dahulu...
Ucapan yang diluahkan sendiri oleh seorang UMNO 'piaw' di kampung teman...
(kampung mana lagi?)
"Sibuk la PAS buat sembahyang hajat, takde apa pun jadi.. UMNO jugak yang perintah" (rugi teman tak dapat jumpa dia sebaik selesai PRU13 tahun dulu..)

Kata-kata sebegini amat biasa sebenarnya dikalangan ahli-ahli UMNO yang terbanyak.
Jika seseorang manusia UMNO ini hanya berpegang kepada logik akal, memang itulah sahaja yang mampu difikirkannya kerana otak manusia ini sangat-sangat terbatas! Manusia cerdik macam Einstein pun hanya menggunakan beberapa peratus sahaja otaknya! Otak ahli UMNO lagi la..
Bak kata Mat Sabu, otak licin, puti dan berlemak! langsung tak pernah guna!

Dan kini amat jelas, bahawa terbukti setiap permohonan yang ikhlas daripada hambaNya yang lemah dan teraniaya PASTI akan dimakbulkan.. Cuma cepat,lambat ataupun ditangguhkan sementara sesuai dengan takdir yang Allah SWT telah adakan..

UMNO semakin hampir dengan saat hancurnya. Ini Fakta yang tidak seharuasnya ahli-ahli UMNO menolak! Disaat ini, didalam suasana politik yang semakin menghimpit UMNO-BN, setiap isu yang dibangkitkan oleh mereka seolah-olah bunyi guruh yang kuat, hakikatnya hanya dentuman periuk jatuh dari atas para! Setiap anak panah yang mereka lepaskan ke arah PR terutamanya PAS, seolah-olah ada kuasa 'ghaib' yang membelokkannya dan berpatah balik ke arah UMNO malahan dengan lebih laju lagi!

Kepada saudara-saudaraku ahli-ahli UMNO sekalian. Yakinlah dengan kebenaran Islam. Yakinlah akan kesyumulan Islam. Dan janganlah menjadikan diri anda sebaris dengan manusia-manusia yang dilaknati Allah SWT kerana memusuhi Islam dan perjuangan menegakkannya.

Akhirnya, masihkah kita ingat akan Doa antara manusia yang dianiaya oleh UMNO, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat? Mungkinkah doa beliau yang sedang dimakbulkan?
Wallahua'lam

sunsnake 21.01.2010