Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, December 25, 2009

Bonus oh Bonus!


Perkataan yang paling popular diucapkan oleh kebanyakkan pekerja-pekerja swasta di Malaysia apabila tiba hujung setiap tahun adalah 'Bonus'!

Setuju atau tidak inilah hakikatnya. Ada syarikat yang mampu memberikan bonus sehingga 7-8 bulan kepada pekerja-pekerja mereka. Malahan ada yang mampu memberikan sehingga setahun jumlahnya!

Bagi mereka yang terlibat didalam sektor automotif, istilah bonus ini adalah sesuatu yang amat biasa didengari. Namun begitu, ada juga syarikat didalam sektor ini langsung tidak pernah memberikan bonus kepada pekerja-pekerja atas alasan keuntungan yang dicatatkan tidak memungkinkan pemberian tersebut.

Untunglah bagi mereka yang menerima bonus walaupun hanya sebulan gaji.
Selalunya bonus ini diberi berdasarkan prestasi kerja seseorang itu sepanjang tahun tersebut. Jika selalu ponteng kerja seperti MC dan sebagainya, memang terasa akan kesan penilaian tersebut!

Bonus dihujung tahun sebenarnya amat-amat penting kerana diwaktu inilah pelbagai perkara menanti untuk diselesaikan. Persediaan anak-anak untuk kembali ke sekolah, dengan yuran persekolahan yang semakin tinggi, keperluan keluarga yang semakin menekan malahan ada yang menjadikan bonus tahunan itu sebagai tarikh untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan!

Alhamdulillah, bagi teman, bonus yang diterima benar-benar membantu dalam menguruskan persediaan keluarga. Dengan anak sulong yang akan masuk ke darjah 2, dengan persediaan sekolah agama dan pelbagai kelengkapan sudah pasti memerlukan belanja yang agak 'besar'.

Kadangkala termenung juga memikirkan betapa peritnya bagi mereka yang mempunyai 2-3 orang anak yang akan bersekolah dan tidak menerima bonus! Bagaimana agaknya mereka merangka perbelanjaan bagi menghadapi situasi sebegini.

Namun, pucuk pangkal adalah berbalik kepada cara perbelanjaan itu dirancang dan dilaksanakan. tetapi didalam keadaan ekonomi yang agak lembab dan kadar kos kehidupan yang agak tinggi, manakan mampu untuk mengawal perbelanjaan kerana segala-galanya semakin naik! Sedangkan kadar gaji meningkat sangat perlahan!

Kepada Allah SWT kita mohon agar dicukupkan segala keperluan bagi menempuhi kehidupan yang mendatang. Amin!

sunsnake 25.12.2009

Thursday, December 24, 2009

rindunye kat Kampung Balun!


"aduhhh.. kena potong la pulak line streamyx aku nih!"
ngomel teman bila lampu kat modem billion teman tak henti-henti menyala..
sms member sebelah rumah nanya line streamyx dier..
'OK je.." ringkas reply mamat tu..
chait!! memang la ok sebab ko bayor bil!!
hahaha..

Tetiba teringat pertanyaan sahabat PAS Bukit Sentosa 2 pasal isu masjid di Slim River & Tanjong Malim tu..
sorrylah.. teman dah lama sungguh tak balik Balun yeop!
Kalau balik mau kena pukul kat simpang kampung sebab samseng2 kampung dah lupe muke teman nih!! hahahaha..

InsyaAllah lee..
Sabtu ni teman balik Balun sebab ada kenduri kawin..
Ayahcik teman tipon hari tu ajak main kompang..
takde 'penganak' katenye..
wokeh! InsyaAllah teman balik! dah lama tak mem'balun' kompang nih! ntah ingat ntah idak lagi care memukulnye..

Teringat zaman ayah teman duk jadi imam kat masjid Kg Balun tu..
payah jugak dia sebab waktu tu Perak masih diperintah BN lagi..
(bukan sekarang pun sama ke?)..
jenuh orang tua tu menahan asakan pencacai-pencacai UMNO kampung tu..

Kg Balun ni memang sejak dulu lagi 'totok' dengan UMNO..
hebat UMNO Kg Balun ni..
Teman masih ingat waktu kecik2 dulu..
Boleh kata kesemua rumah kat Kg Balun ni ada bendera UMNO yang dibuat daripada papan plywood sebesar A3 size.. Pehhh!! hebat syeikh!
Alhamdulillah.. rumah Atuk teman je takde sebab tak sempat pencacai UMNO nak pasang arwah dah keluar golok siap2!! haahahaha..

Disebabkan kehebatan UMNO, maka sudah pastilah kemerosotan sahsiah pun berlaku..
makin hebat dengornya budak-budak kampung sekarang ni.. makin 'sosial' beb!
ntahlah.. nanti le teman balik usha2..

sunsnake 24.12.2009

Enjin Jet oh! Enjin Jet!


Dalam zaman kecanggihan teknologi dan Kementerian Pertahanan selaku antara entiti yang paling penting dan penuh dengan 'kerahsiaan' boleh bocor apabila kehilangan enjin jet yang pastinya bukan disimpan oleh Mat Bangla cleaner di Mindef!

Apa sudahnya nasib rakyat Malaysia jika Kementerian Pertahanan sendiri sudah dicemar oleh anasir-anasir yang biasanya berlaku di PBT-PBT atau bank-bank iaitu Pecah Amanah?
Apa sudahnya nasib rakyat Malaysia apabila Menteri Pertahanan di waktu itu kini adalah Perdana Menteri Malaysia?

Sebagai seorang yang bertugas di dalam bidang logistik, penulis amat memahami dan berpengalaman berhadapan dengan kes-kes atau situasi kecurian, penyeludupan dan kehilangan yang berlaku didalam gudang tetapi apabila mengetahui kes yang sama berlaku di Kementerian yang sangat-sangat penting iaitu Kementerian Pertahanan, penulis betul-betul terkejut dan terkesima! Adakah sistem keselamatan di Kementerian Pertahanan amat lemah? Dan ada 1001 natijah akan berlaku daripada kelemahan itu kerana ia adalah Kementerian Pertahanan Malaysia!

Enjin jet bukanlah 'pin size' yang boleh dilipat dan dimasukkan ke dalam sampul surat! Dan ianya bukanlah berstatus seperti botol air mineral yang bebas keluar masuk pintu pagar Kementerian Pertahanan! Jika enjin jet ini mudah dikeluarkan apalah maknanya bagi benda-benda lain yang ada didalam kementerian tersebut?

Amat malang rakyat Malaysia kini, sepatutnya taraf kes ini sama macam ibarat Pentagon di masuki pencuri!! Dan jika ianya berlaku di Pentagon, tak pasti betapa sibuknya rakyat Amerika berdemonstrasi minta Obama letak jawatan!

Menteri Pertahanan diwaktu itu amat beruntung kerana dia berjawatan di Negara Malaysia, negara yang amat dikenali dengan rakyat yang sangat ber'sopan-santun' dan berperibadi mulia! Rakyatnya mungkin tetapi bukan pemimpin-pemimpin Malaysia! Integriti mereka yang sememangnya dijadikan lawak oleh negara luar kini semakin diyakini kemunduran integritinya.

Penulis merayu kepada semua pimpinan baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat agar bersungguh-sungguh membawa isu ini sehingga 'pencuri' atau pun kumpulan 'pencuri' tersebut berjaya dihadapkan ke muka pengadilan!

Moga Allah SWT membantu rakyat Malaysia!

sunsnake

Sunday, December 20, 2009

Ayuh! Jadikan diri anda sebahagian daripada Sejarah!


Didalam keadaan dan situasi Parti-parti dibawah nama Pakatan Rakyat sedang sibuk memperkuatkan perpaduan dan ukhwah, jelas kelihatan parti-parti yang bernaung di bawah nama Barisan Nasional semakin berkecamuk dan bergeseran.

Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung baru-baru ini diikuti dengan Konvensyen Blogger PAS antara bukti betapa titik persamaan diantara 3 parti PKR, DAP dan PAS semakin jelas dan disokong oleh usaha memantapkan lagi fikrah para 'bloggers' pro-PR bagi menghadapi jentera penerangan UMNO-BN yang diketuai oleh Kementerian Penerangan.

Dengan tidak semena-mena UMNO Pulau Pinang yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahukan jawatan Pengerusi BN negeri yang bermaksud secara halusnya jawatan Ketua Menteri sekiranya UMNO-BN berjaya menguasai kembali Pulau Pinang dimasa akan datang! Nah! Bukankah ini titik-titik kehancuran sebenarnya? Konsep perkauman yang menjadi asas didalam Barisan Nasional kini semakin menuju ke kemuncaknya!

Disaat konsep perkauman ini ditolak secara total oleh parti-parti Pakatan Rakyat, konsep inilah yang sedang menjadi barah didalam Barisan Nasional. Jelas sebenarnya Ketuanan Melayu itu disokong oleh kaum lain cuma selama ini UMNO telah mempergunakan konsep tersebut untuk mengaut keuntungan secara dua hala iaitu menggunakan konsep ketuanan melayu bagi mendapat sokongan orang melayu dan dalam masa yang sama menggadai segala apa yang dimiliki oleh melayu bagi mendapat keuntungan dan kemewahan pemimpin-pemimpin dan kroni mereka.

Kes tapak Masjid di Desa Sri Hartamas adalah contoh bagaimana UMNO menggadai kepentingan dan hak orang melayu Islam apabila tanah tapak masjid boleh ditukar status dan bakal menjadi tapak perniagaan! Nah! apa lagi yang mahu dibuktikan?

Sehinggat saat ini, status parti MCA sendiri masih lagi samar dan kelam dek kerana perebutan kuasa yang melampau melebihi kepentingan ahli-ahli MCA itu sendiri! Diharapkan agar ahli-ahli MCA bawahan dapat segera meleraikan segala kekusutan dengan cara keluar dari parti tersebut!

Bagi MIC, ketamakan dan kesungguhan Samy Vellu mahu mempertahankan jawatannya walaupun jelas ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia berbangsa India menjadi bukti kukuh bahawa dia bukanlah mahu memperjuangkan bangsa India tetapi memperjuangkan kepentingan keluarga dan kroninya. Manakan mungkin setelah melalui kekalahan yang sangat besar didalam Pilihanraya Umum Ke-12, dia masih lagi mahu memegang jawatan No.1 parti bangsa India terbesar di Malaysia itu? Walhal sebegitu ramai penggantinya yang layak?

Satu demi satu pembuktian betapa konsep perkauman yang digunapakai oleh Barisan Nasional semakin meruntuhkan parti berkenaan. Jawapan dan penyelesaian kepada semua ini adalah rakyat Malaysia perlu berubah dalam memperkukuhkan perpaduan kepada perjuangan keadilan dan menolak semua kezaliman!

Pakatan Rakyat menawarkan satu konsep yang amat telus dan meyakinkan kepada semua bangsa di Malaysia dalam usaha menyatu padukan pelbagai lapisan masyarakat. Dari segi bangsa, setiap parti didalam Pakatan Rakyat adalah boleh disertai oleh pelbagai bangsa! PKR dan DAP dianggotai oleh pelbagai bangsa dan PAS juga boleh disertai oleh bangsa selain Melayu cuma mestilah beragama Islam.

Ingin saya memetik kata-kata Tuan Guru Nik Aziz didalam satu ceramah, "Sekiranya orang Melayu memperjuangkan bangsa Melayu, maka pastilah ianya akan menzalimi orang Cina dan India kerana mustahil orang Cina dan India boleh menjadi Melayu? tetapi sekiranya Melayu memperjuangkan Islam! Keadilan akan dapat dirasai oleh semua bangsa kerana Islam itu sendiri adalah agama Keadilan dan orang Cina dan India boleh menjadi Islam(kembali kepada agama Islam).

Didalam konteks politik, parti PAS itu sendiri dianggotai oleh pelbagai bangsa. Bukan sahaja Melayu, Cina dan India malahan orang Asli juga ada yang menjadi ahli PAS! Di Sabah dan Sarawak, bangsa Iban, Murut dan pelbagai lagi bangsa ada yang diterima menjadi ahli PAS kerana mereka beragama Islam. Nah! bukankah ini salah satu keunikan yang terdapat didalam PAS dan Pakatan Rakyat?

Mustahil seorang Cina diterima menjadi ahli UMNO,
Mustahil seorang India diterima menjadi ahli UMNO,
Mustahil seorang Sikh diterima menjadi ahli UMNO!

Tetapi kesemua mereka pasti diterima menjadi ahli PAS sekiranya mereka beragama Islam.
Pilihan untuk menyertai mana-mana parti didalam Pakatan Rakyat terbuka luas.
Pilihlah PAS, PKR mahupun DAP agar kita tidak ketinggalan dalam meletakkan diri kita sebahagaian daripada sejarah Malaysia. Sejarah Malaysia yang akan dikenang iaitu bagaimana kekuatan dan kesepaduan rakyat Malaysia yang sejati berjaya menumbangkang kezaliman dan penipuan UMNO-Barisan Nasional!

Ayuh! Apa tunggu lagi?

sunsnake 20.12.2009

Saturday, December 19, 2009

UMNO Perosak Bolasepak Malaysia!





Badi menggondol kejuaraan di persada antarabangsa seketika dapat di atasi apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 terhadap Vietnam. Penantian 20 tahun seakan-akan terubat selepas kali akhir kita meraih emas adalah di Sukan Sea 1989 di Kuala Lumpur.

Namun, di saat anak-anak muda khususnya meraikan kemenangan tersebut, pengurusan bolasepak negara masih boleh dipertikai. Ucapan tahniah khas buat pemain, jurulatih dan pengurus; bukan sama sekali buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Sewajarnya sudah lama rakyat Malaysia boleh berbangga dengan sukan ini apabila sejak dahulu kita melahirkan nama-nama lagenda seperti Mokhtar Dahari, R Arumugam, Wong Chin Aun, Santok Singh, Dollah Salleh dan Zainal Abidin.

Sayang seribu kali sayang, sejak liga profesional diperkenalkan, orang politik mula mengintai ke arah padang sebagai platform untuk meraih populariti mudah kerana sukan ini adalah sukan popular. Di sinilah, punca bencana yang sekian lama dideritai peminat bolasepak.
Lihat sahaja bagaimana seseorang yang mahu bertanding ke jawatan Ketua Pemuda Umno tiba-tiba cuba muncul sebagai tokoh bolasepak nasional tanpa rasa malu dan bersalah.

Ramai yang bertanya bagaimana Naib Presiden Persatuan Bolasepak (FAM) yang bertakhta hari ini tiba-tiba muncul di dalam senarai kepimpinan FAM dengan sekelip mata?
Dia dengan begitu cepat pula dapat mewujudkan sebuah pasukan yang dikenali sebagai “Myteam”, yang pasti perlu dana berjuta ringgit namun akhirnya juga tak ke mana. Andai disoroti kembali semua itu tak lebih hanya sebagai bahan kempen menuju pertandingan ketua pemuda Umno sahaja.

Sewaktu Abdullah Badawi memegang kuasa, ada tokoh-tokoh Umno yang lemas di zaman Dr Mahathir Mohammad. Mereka pun berusaha untuk muncul semula di era Abdullah. Untuk itu antara langkah bodek yang dibuat ialah dengan menawarkan jawatan setiausaha Persatuan Bolasepak Perak (Pafa) kepada menantu Abdullah.

Daripada tawaran yang dibuat oleh Zahid Hamidi itulah maka Sang Menantu mendapat tiket untuk bertanding ke jawatan Naib Presiden FAM. Beliau pun segera menggunakan agen-agen dan Pemuda Umno di dalam persatuan-persatuan bolasepak di beberapa negeri untuk memastikan FAM segera berada di bawah tapak kakinya.
Hari ini, apabila Abdullah sudah tiada, maka Menantu kembali terkapai-kapai dan tidak dapat mendada sombong seperti tempohari.

Memang… itu dia punya pasal! Apa yang lebih penting, seperti yang saya katakan tadi, berapa lama kita mahu melihat persatuan-persatuan bolasepak ini dikawal dan ditunggangi oleh orang politik dan istana? Kasih dan ketaatan kita kepada mana-mana Sultan Melayu bukan bermakna kita harus merelakan persatuan bolasepak juga berpanjangan berada di bawah kawalan istana sehingga kita menganggapnya sebagai sesuatu yang wajib atau norma.

Begitu juga kita tak boleh mudah melepaskan kepentingan sukan dan bolasepak kepada manusia seperti Khairy Jamaluddin yang punya agenda peribadinya yang sempit, dan nafsu politiknya ternyata lebih besar daripada ikhlas melihat perkembangan dan kepentingan bolasepak nasional itu sendiri. Ketidakbertangjawapan sebegini menjadikan semangat dan ketahanan psikologi pemain terganggu.

Pemain bukannya bodoh! Mereka bukannya tak dapat melihat bagaimana mereka seakan-akan diperhamba, diperah kederat di tengah padang; namun yang meraih keuntungan, yang kaya-raya di atas platform FAM adalah kalangan orang-orang politik yang tidak ikhlas itu.
Lalu tidak hairanlah apabila gejala rasuah kalangan pemain menjalar dan sukar dibendung. Seorang bekas pemain pernah mengadu hal seumpama kepada saya. Katanya, dia yang awalnya jujur untuk mewakili negeri dan negara, akhirnya mengambil jalan kotor bergelumang dengan rasuah, menjual permainan kerana “tak cukup makan”. Gaji yang diterima hanya sekitar RM3 ribu ke sekitar RM5-RM6 ribu sahaja.

Itupun tatkala berada di tahap kemuncak karier, sedangkan umur seseorang pemain juga jadi faktor penentu persembahan mereka di padang. Dalam erti kata mudah, apabila melewati umur 30-an sahaja, seseorang pemain itu perlu bersara. Bagaimana nasib pemain yang pernah mewakili negeri atau negara selepas bersara?

Atas kebimbangan ini, bagi ramai pemain yang ‘pragmatik’, tak perlu lagi kejujuran. Hidup perlu wang, dan mereka pun mula menjual permainan. Bagi sesebuah perlawanan, kadang ‘pulangannya’ sehingga RM3 ribu dengan bergantung kepada broker mana mereka ada hubungan. Maknanya sebulan dengan minima 4 perlawanan, maknanya paling kurang pungutannya ialah RM12 ribu; lebih separuh lebih tinggi daripada gaji mereka yang kononnya sebagai pemain profesional.

Sesiapa yang cuba untuk jadi baik dan ’suci’ akan lazimnya diboikot di padang dan di luar padang! Mereka akan diberitahu, “kau lihatlah sendiri, orang atasan senang-lenang, kita yang jadi seperti kerbau sawah!”

Kalangan pemain muda, seperti pemain di bawah 23 tahun yang menggondol emas di Loas, akan pelan-pelan jadi korup. Fikiran mereka akan rosak sepertimana kebanyakan senior-senior mereka.

Realiti ini tak ramai sedari, atau menyembunyikannya. Atas realiti ini jugalah saya sangat bersimpati dengan pemain muda yang baru hendak mengenali erti “dunia bolasepak yang sebenarnya”. Lantas, kita memang wajar memberikan penghormatan yang tinggi untuk pemain muda kita di Laos, yang membawa pulang pingat emas; tetapi masalah sebenar bolasepak seperti yang saya nyatakan di atas memerlukan iltizam politik yang kuat untuk mengatasinya.
Hanya dengan itu, cahaya dan sinar baru bolasepak nasional bisa muncul dan rakyat akan sama-sama berbangga berdiri untuk menyanyikan lagu “Negaraku” setiap kali kejayaan diraih. Bolasepak perlu menjadi antara Agenda Reformasi kalangan generasi muda.

PAS dan Blogger!


InsyaAllah! Teman akan hadir esok! Kita jumpa di Taman Melewar!!!


sunsnake 19.12.2009



PAS dan blogger
Tok Pepijat
Semasa dan selepas era reformasi, blogger politik lahir bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Pengunjung warung kopi yang bergelar "Penganalisa, speaker, ahli politik dan wakil rakyat" bertukar tempat. Dari warung ke komputer. Mereka mula mainkan peranan lebih berkesan.PAS juga mendapat manfaat hasil ledakan "revolusi pemikiran dan teknologi" ini. Hasilnya keputusan PRU 12 juga impak sedikit sebanyak daripada penulisan blogger politik yang pro PAS dan PR. Mereka tanpa upah siang malam mengadap komputer menaip membongkarkan kejahatan dan kezaliman UMNO dan BN. Sasaran "peluru" mereka hanyalah BN. Tiada yang lain.


Selepas PRU 12, keadaan sudah berubah. Beberapa negeri dapat diperintah PR. Wakil rakyat PAS bertambah. Peranan blogger politik pro PAS juga berubah. Mereka mula kritik apa-apa yang menyalahi prinsip parti. Mereka begitu sayang kepada PAS. Teguran mereka ada kalanya betul dan tepat. Misalnya tentang rundingan dengan UMNO Selangor untuk kerajaan campuran. Ada pimpinan tertinggi tidak dimaklumkan. Para blogger menegur tindakan tersebut. Akhirnya pimpinan "mengakui kesalahan" mereka. Tutup kes.Malangnya ada segelintir blogger masih mengungkit-ngungkit perkara tersebut. Malah perkataan dalam penulisan mereka begitu biadap terhadap pimpinan ulamak.


Mereka juga mula membahagikan PAS kepada dua pecahan.Satu kumpulan pro TG Nik Aziz dan satu lagi kumpulan TG Haji Hadi. Mereka cuba lagakan antara pimpinan tertinggi ulamak.Kita mula terfikirkan apa tujuan kumpulan blogger ini? Apa motif mereka ? Blogger ini juga mula menyerang peribadi pimpinan.Kalau sebelum PRU 12, sasaran mereka hanya UMNO dan BN, kini sasaran mereka bertambah satu lagi. Sedihnya, sasaran mereka sesama PAS. Malah serangan mereka terhadap pimpinan PAS lebih hebat dari serangan media barua UMNO lagi. Dengan memaki hamun dan melaga-lagakan sesama pimpinan.


Kita mengakui PAS bukannya 100% sempurna. Kita juga mengakui pimpinan PAS juga tidak maksum. Dan kita juga mengakui hak peranan blogger menegur pimpinan. Tetapi biarlah ikut lunas-lunas peradaban dan akhlak Islam.Sempena perjumpaan blogger di Taman Melewar Ahad ini, kita mengharapkan satu titik persefahaman bakal tercipta antara blogger dengan pimpinan parti.


Apa yang penting, kita masih berpegang, " Orang paling "jahat" dalam PAS, itulah orang yang paling "baik" dalam UMNO ".Hey kawan ! Sasarkan Kalasnikov AK47 anda hanya kepada UMNO dan BN ! Jangan sia-siakan peluru anda.