Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, November 26, 2009

Haji Tajaan & Seludup Juta-juta!





"Power of Media" itulah rahsia sebenar Kejayaan UMNO-BN setakat ini dalam menyerang dan terus menyerang pimpinan dan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Hebat giler media menceritakan hal haji tajaan Nik Aziz, Tanah dilulus dek Guan Eng, Kedai jual Babi dimusnahkan Azizan di Kedah, Tanah lulus dek Nizar di Perak! walaupun ada sesetengahnya berstatus fitnah dan tidak pasti!

Bagaimana dengan jutaan RM yang MB Negeri Sembilan 'angkut' keluar ni?
Jika fitnah sepatutnya disiasat agar terbukti ke'fitnah'an nye..

Dapat dilihat pemimpin UMNO-Bn terutama PMnye didlanda sindrom takut nak saman!
Hairan! dalam keadaan pimpinan PR sibuk menyaman media-media UMNO-BN malah ada yang dah menang! (YB Mahfuz), belum ada lagi rasanya UMNO-BN yang berani nak menyaman!

hmmm.. Mahkamah depa punya pun tak konfiden ke?

Maka, digunakanlah oleh mereka SB-SB Polis, Inteligent Askar dan segala mak nenek agensi kerajaan perseketuan untuk menakut dan mengugut mereka-mereka yang berkata benar nih!
(benar kerana nak kata fitnah, pihak yang satu lagi takut nak saman!)

Wallahua'lam..

sunsnake 26.11.2009

MB NS 'hilang kata - kata' isu pengeludupan RM 10 juta ke luar negara

Isnin lepas, YB Antony Loke telah membangkitkan isu mengenai kaitan Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikaitan dengan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd sebuah syarikat yang dibatalkan lesen oleh Bank Negara kerana terlibat dalam pemindahan wang 'melanggar undang undang ke luar negara dalam persidangan DUN NS.

Menurut maklumat yang diperolehi dari sumber dalaman Bank Negara cukup untuk mengaitkan Menteri Besar Negeri Sembilan terlibat dalam pemindahan wang dalam jumlah amat besar ke luar negara sekitar Mac 2008. YB Tian Chua telah membangkitkan perkara ini dalam Parlimen dan cheGuBard telah menulis surat terbuka mencabar penjelasan Menteri Besar.sila klik untuk baca surat terbuka kepada MB NS

Semalam semasa ucapan penggulungan dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, Menteri Besar NS kelihatan hilang kata - kata dengan hanya mengatakan dia tak berminat nak jawab soalan pembangkang mengenai penglibatan beliau dalam 'penyeludupan wang' ke luar negara tetapi sebaliknya mengakui beliau kini sedang di sisasat oleh pihak berkuasa.

Tanpa menyebut pihak berkuasa agensi mana yang menyiasat beliau mengenai penglibatan beliau dalam penyeludupan wang tersebut beliau telah diselamatkan dari asakan soalan dengan tindakan 'kurang ajar' beberapa ADUN Bn yang bangun menjerit - jerit malah speaker juga bertindak menyelamatkan Menteri Besar dari terus diasak.

Anak kecil main api.. chaitt!








"Anak kecil main api.. Terbakar hatinya yang sepi.. airmata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang"

Rangkap awal lagu yang amat teman gemari dan hayati masa sekolah dulu..
Setiap pagi Jumaat kami akan berkumpul di hadapan asrama untuk 'Weekly Assembly' pelajar asrama..

"Indahnya bumi kita ini, Warisan berkurun lamanya.. Hasil mengalir ke tangan yang lain, peribumi.. merintih sendiri"

Wah! Teman pernah mengalirkan airmata!!! dek kerana lirik ini!!
Tidak sayangkah teman kepada bangsa melayu ini?
Rasis kah teman?

"Kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa,
bersatulah hati bersama berbakti pulih kembali harga diri"

Cheh!!! Lagu UMNO rupanya!!

52 tahun memerintah Malaysia..
Membodohkan melayu dengan lagu-lagu macam nie..
Mengkhianati bangsa sendiri dengan cara memainkan sentimen asabiyah dan perkauman yang sangat tinggi!
Hingga mengatasi rasa kecintaan agama Islam itu sendiri..

Alhamdulillah.. Syukur ku pada-Mu Ya Allah..
Kerana diberikan hidayah..
Dapat menilai antara hak dan batil
Dapat melihat antara asabiyah dan Islam!
Benarlah! Hanya Islam yang akan memelihara bangsa
Tetapi bangsalah yang akan merosakkan Islam!

UMNO..UMNO..
Bagus pun BTN diharamkan di Selangor...

sunsnake 26.11.2009

KERAJAAN SELANGOR HARAMKAN KAKI TANGAN NEGERI DAN PELAJAR HADIR KURSUS BTN

Kerajaan Negeri Selangor hari ini memutuskan bahawa semua penuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT), yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu tidak dibenarkan mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa serta-merta.

Arahan tersebut turut melibatkan kakitangan jabatan Kerajaan Negeri dan pegawai dari anak-anak syarikat serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan dalam mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pada Rabu.

Dr Halimah berkata keputusan itu diambil selepas beberapa kajian mendapati kursus BTN yang dijalankan merupakan satu proses ‘indoktrinisasi’ Kerajaan Barisan Nasional.

Ini, kata beliau, boleh menimbulkan fenomena yang agak rasis, seolah-olah ingin memecahkan penduduk-penduduk pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Wednesday, November 25, 2009

Utusan!! Tolonglah fitnah diriku!!


Saman jangan tak saman Dato' Seri!!
Teman suka benor bila dengor ada kes saman media utama Malaysia ni..
At least kita akan tahu kebenaran! (kalau mahkamah tak bias)

Hari ni, Husam pulak saman NST...
Teruskan!
Dulu ada yang saman Harakah! Alhamdulillah.. lepas!
Tuk Guru Hj Hadi pun pernah saman akhbar kat London pasal tuduh dia pemimpin pengganas!
Alhamdulillah.. dia menang kes tu dan dapat gantirugi..

Cuma belum lagi teman dengor mana-mana orang kena saman sebab tuduh Najib bunuh Altantuya!
Yang kena belasah dek...
Yang rumah kena pecah dek...
Yang kena ISA dek...
Yang kena ugut dek..
Yang kena hantar ke India dek...
Yang kena ugut anak bini akan dibunuh dek...
Ada la!
sunsnake 25.11.2009

Anwar menang saman, NSTP diarah bayar RM 100 ribu
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 25 Nov: Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan News Straits Time Berhad (NSTP) membayar ganti rugi berjumlah RM100 ribu kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mahkamah turut mengarahkan NSTP membayar RM20 ribu sebagai kos mahkamah.

Keputusan itu diumumkan Hakim Harminder Singh Dhaliwall di Mahkamah Tinggi Jalan Duta petang tadi.

Pada 2003, Anwar memfailkan saman terhadap NSTP dan bekas ketua pengarang kumpulan Tan Sri Abdullah Ahmad, di atas artikel yang bertajuk 'Anwar’s Link To US Lobbyist' yang disiarkan pada 2002.

Anwar menuntut RM100 juta bagi ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Tuesday, November 24, 2009

Najib ketaq perut???


Ku Li jadi ketua kaukus khas parlimen untuk isu petroleum?
Kalau jadi benda ni.. Najib harus gak ketaq perut memikirkan natijahnya!
Ye la, memang la buat macam mana pun Najib leh bo layan je dengan benda-benda ni
Tapi at least kejayaan menyatukan Ahli-ahli Parlimen PR dan BN dalam isu ini akan menimbulkan impak yang menarik!

Kalau dalam isu ini boleh bekerjasama, tak mustahil isu lain leh buat lagi!
Dan tak mustahil ada MP BN yang dapat hidayah lalu joint PR dengan sukarela!
Bukan paksaan,ugutan dan habuan!!

Wallahua'lam.
sunsnake 24.11.2009

Royalti Petroleum: Ku Li setuju sertai kaukus khas parlimen
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli Parimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk bersama pakatan Rakyat dalam Kaukus Khas Parlimen berkaitan royalti petroleum.

Ketua pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu memaklumkan perkara itu mencadangkan agar Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh, beliau setuju bersama dengan kaukus petroleum,"

"Kita (Pakatan Rakyat) cadangkan Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus ahli-ahli parlimen ini," katanya katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yakin Tengku Razaleigh dapat membuktikan pentafsiran yang tepat berhubung perkara itu memandangkan beliau merupakan bekas Pengerusi Petronas.

"Saya percaya dengan latar belakang dan pengalaman Ku Li beliau akan dapat membantu," katanya lagi.

Menurut Anwar juga, kaukus berkenaan akan turut memanggil wakil dari parti komponen Barisan Nasional termasuk negeri-negeri pengeluar petroleum.

"Kita akan mencadangkan supaya kaukus ini mewakili semua parti dan kita akan menjemput wakil Umno, MCA dan lain-lain selain Pakatan terutamanya negeri-negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak," ujarnya.

Anwar juga memberitahu, beliau akan memaklumkannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhammad Nazri Aziz yang menyelia hal parlimen.

"Sebagai prosedur, selepas Pakatan bersetuju, kita akan maklumkan kepada Datuk Nazri sebagai menteri yang bertanggungjaawab kemudian kepada wakil parti yang lain.Selama ini belum ada kesediaan parti-parti yang lain yang turut hadir beberapa perjumpaan," ujarnya.

Draf rang undang-undang mengenai petroleum juga ujarnya akan dibentangkan untuk dibahaskan pada sesi parlimen akan datang.

"Draf rang undang-undang mengenai petroleum yang akan jelaskan kedudukan dan bidang kuasa negeri kita siapkan dan cuba kita bentangkan untuk dibahaskan dalam sesi parlimen akan datang," katanya.

18 November lalu, Anwar, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi mencadangkan beliau mengetuai kaukus tersebut.

Penubuhan kaukus khas parlimen ini dilihat mempu mencari jalan paling munasabah untuk menyelesaikan isu tersebut.

Hidup Susah, Mati pun Susah!


Teman simpati yang amat pada mendiang Teoh ni..
Walaupun dia berbangsa cina dan beragama Buddha,
dia tetap manusia yang ada hak untuk diberikan keadilan!
Dia juga masih mempunyai keluarga yang berhak tahu akan kebenaran kematian orang tersayang mereka..

Malangnya, segala-galanya seolah-olah cuba dilindungi oleh pihak tu..
Pihak yang bertanggungjawab tetapi malangnya tidak mahu bertanggungjawab!

Moga jadi teladan buat semua..
sunsnake 24.11.2009

Teoh selamat disemadikan semula
malaysiakini

Dalam suasana yang diselubungi kesedihan, mayat mendiang Teoh Beng Hock selamat disemadikan semula di tanah perkuburan Taman Peringatan Nirwana pagi tadi.

Mayat mendiang Teoh digali semula Sabtu lalu untuk membolehkan bedah siasat kedua dijalankan di hospital Sungai Buloh pada hari berikutnya.

Majlis pengkebumian semula mendiang Teoh pagi ini dihadiri oleh abangnya, Bee Kee dan saudara mara yang lain.

Kedua-dua ibu bapa mendiang Teoh tidak hadir di tempat pengkebumian kerana adat resam, tetapi menunggu di sebuah kuil di situ.

Turut hadir ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang, bekas majikan mendiang Teoh - Ean Yong Hian Wah yang juga exco kerajaan Selangor - dan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Seorang mahaguru Feng Shui memberitahu media Cina bahawa hari ini adalah hari yang baik untuk disemadikan semula mayat mendiang Teoh.

Dalam pengkebumian pertama dulu, keranda mendiang Teoh dimasukkan ke dalam liang dengan menggunakan tali merah - simbol perjuangan untuk keadilan.

Hari ini, keranda mendiang Teoh diturunkan menggunakan tali biasa dan ditabur bunga berwarna putih, tanda kesucian.

Perodua & Vendor-vendornya! AWAS!!!!







Teman dah jangka model MPV Perodua ni memang boleh meletup!
Dan teman harapkan ianya benar-benar meletup..

Jika ianya benar-benar meletup jualannya!
Ini adalah cabaran terbesar setakat ini bagi Perodua,Vendor-vendor dan semua pihak yang terlibat dengannya!
Termasuk la pemandu-pemandu lori yang hantar spare-parts!!! wakakaka!!

Tahniah Perodua!
Tahniah Vendor-vendor Perodua!
Tahniah semua pihak yang terlibat dengan Perodua..

Semoga murah rezeki semua..
errr.. doa-doa teman dapat sambor gak sebijik 'menatang' nih!!!
heheheh

sunsnake 24.11.2009

maklumat lanjut di http://www.perodua.com.my