Jeneral, Brigadier Jeneral,Laksamana.. semua yang bersara ni dah joint PR..
Semua mereka merasakan dan dengan jelas mahu menyelamatkan Malaysia daripada kehancuran dek regim zalim UMNO-Barisan Nasional!
Alhamdulillah... dan InshaaAllah...
Mari bersama-sama kita membuat perubahan..
Mari bersama-sama kita selamatkan Malaysia!
Allahuakbar!
budakbalun 18032013
Program ini menjadi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional
Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara apabila bekas- bekas 
pegawai tinggi tentera kini menyatakan sokongan terbuka terhadap Pakatan
 Rakyat.
Ia ternyata memberi tamparan hebat kepada Umno Barisan Nasional yang 
semakin hilang sokongan ketika bahang kempen pilihan raya umum 13 mula 
dirasai.
Mereka adalah Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, yang 
juga bekas Panglima Angkata Tentera Darat Malaysia, Briged Jeneral Datuk
 Abdul hadi Abdul Khatab dan Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid 
(Laut) dan Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).
Keempat-empat mereka semalam memberikan ucapan penuh semangat di hadapan
 lebih 3,000 rakyat di Ceramah Perdana Jelajah Merdeka Rakyat, Taman 
Rekreasi, Keramat Wangsa.

