Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, November 20, 2010

PERKASA... Malu-malu kucing la pulakk!!


Selalunya..
Bila seorang anak dara dipinang oleh jejaka idamannya..
Apabila diajukan soalan kepada dirinya..
Adakah dia sudi menerima lamaran itu?
Pastinya dia akan malu-malu kucing..
Kalau anak dara dulu-dulu la..

Anak dara sekarang..
dia jawab guna sms je..

Pada teman ni..
PERKASA dalam isu ni malu-malu kucing sebenarnya!
Tapi kalau Armand.. malu-malu tiger!! wakakakaa!
sunsnake 20112010


PERKASA tak minat jadi ahli bergabung BN

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) setakat ini lebih berminat untuk tidak bergabung atau menjadi ahli bersekutu dengan mana-mana parti politik kerana "mahu kekal bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak".

"Apa jua dasar yang baik untuk rakyat, selari dengan perlembagaan negara, PERKASA akan bagi sokongan kepada mana-mana pihak," kata setiausaha agungnya Syed Hasan Syed Ali.

Dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini petang ini, Syed Hasan (kanan) bagaimanapun menyerahkan keputusan muktamad untuk memohon menjadi ahli gabungan BN kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA pada Mac tahun depan. "Ia (merupakan) perkara dasar, maka keputusan terletak kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA," katanya menjawab soalan sama ada pertubuhan Melayu itu berminat menjadi ahli bergabung dengan BN setelah keahlian baru itu diluluskan parti itu tengah hari tadi.

Berita Penuh

Najib, Perdana Menteri Malaysia Yang Paling Canggih!



Percayalah duhai pembaca blogku..
Sesungguhnya, Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang kucari-cari selama ini..
Kepimpinannya.. penuh dengan kesederhanaan..
Keislamikkannya.. mengalahkan pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayubi!
Kewarakkannya... Apalah sangat warak Syeikh At-Tantawi Mesir!
Ketinggian budinya.. Mengalahkan Ahmadinejad Iran!

Percayalah duhai pembaca budakbalun...
Inilah Perdana Menteri yang diimpikan oleh setiap inci rakyat Malaysia..
Inilah Perdana Menteri yang didambakan oleh rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan aman-damai..
Sesungguhnya...
Kehidupan kita di Malaysia yang aman damai ini adalah hasil kesungguhan rakyat Malaysia menyokong penuh Barisan Nasional..

Tidak ada keraguan lagi!
Kerana..
Bak kata Khairi Jamalluddin..
Di akhirat kelak...
Bulan akan musnah!
Bumi akan musnah!

Yang tinggal hanyalah 'dacing'!
Yang akan menimbang amalan..

Sesungguhnya maha benarlah kata-kata Khairi Jamalludin,
Ketua Pemuda UMNO itu...

ps:
kalau inilah rupanya blog teman..
kompom teman takkan kena dakwa atas akta hasutan siber ni nanti! wakakakakaka!
Sial punya UMNO!
dah macam komunis!
kutuk chin peng bukan main hebat..
tapi apa yang komunis buat.. itu yang dia nak tiru..
ceh! ekor bergelumang tahi!

sunsnake 20112010

Garis panduan hasutan siber siap minggu depan

Satu garis panduan yang memberi definisi terperinci mengenai kesalahan hasutan dalam konteks dunia siber akan diperkenalkan dan dijangka siap minggu depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Tanpa menyatakan bila garis panduan itu akan dikuatkuasakan, beliau berkata setakat ini, ia sedang diperhalusi. Katanya, proses merangka draf garis panduan itu turut melibatkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz serta Jabatan Peguam Negara.

Hishamuddin berkata walaupun dari sudut perundangan maksud kesalahan hasutan secara jelas membabitkan cetakan, ucapan dan bentuk elektronik, bagi dunia siber, ia belum lagi diperincikan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan gantian Mykad satu hari di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak di Kuching hari ini.

Berita Penuh

Thursday, November 18, 2010

Soi Lek Buat Hal lagi! Mana Pejuang Melayu? Islam? PEKIDA?


Antara 'hobi' orang UMNO dan penyokongnya..
Terutama blogger mereka ialah..
Mengutuk DAP yang kata mereka DAP ini musuh Islam dan Kafir Harbi!

Di Galas baru-baru ni,
Bersepah dengan banner UMNO..
Kutuk PAS berkawan dengan DAP kafir Harbi!

dimana Harbinya DAP?
Kalau setakat kerana Karpal Singh tak nak negara Islam..
Sudah jadi harbikah dia?

Tapi kali ni jelas!
Chua Soi Lek ini sudah 2 kali cuba mempersoalkan Islam?

Mana Pemuda UMNO?
Mana PERKASA?
errr.. Mana PEKIDA?

Kalau sesama melayu bukan main samseng ahli-ahli PEKIDA nih!
Kalau dengan kaum lain?
Kecut tel*r!!!

Sembang perkauman macam bagosssss!!!

hampeh!

sunsnake 18112010

Kedai tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha
Harakahdaily

KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

“Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.


Berita Penuh

Lembu Korban BudakBalun 2010 [bergambar]

Lembu-lembu ni untuk Surau Al-Falah, apartment Anggerik, Taman Bunga Raya.. Bukit Beruntung... Alhamdulillah.. urusan penghantaran selesai...
Ngam-ngam sebelum hujan lebat turun..
Aktiviti 'crucial' dalam proses penghantaran... "Turunkan lembu dari lori"!!!
Atok yang baju kuning ni.. Otaimer kami.. dah dekat 20 tahun dalam bidang lembu nih!
Dah masuk tahap leh sembang dengan lembu dah woo!!
"Amboi! Siap bersila panggung ko ye? Turun!!!..Turun!!!..

Aduyai.. Mana la budak-budak nak port mainan petang ni..
Yang depa ni pun satu.. takde port lain ke nak letak lembu-lembu ni?
wakakakaka!

"Touching" gak nak tinggalkan lembu-lembu ni.. maklumlah..
sekian lama dok jaga dia... inilah fitrah kejadian...


Cabaran terbesar hari tu di surau Al-Muhajirin, Bukit Beruntung..
Nak tentukan kat mana nak park lori... aduyaiii!!

akhirnya... terpaksa guna cara paling mudah dikalangan cara yang susah!

okehh.. standby.. silakan keluar dengan sopan ye?

Anak towkey sedang bersedia dengan 'brek'nya!

Eh! eh! Dia landing la pulakkk.. adehhh!!

"The best actor" petang tu...
"Lembu ni dari dalam lori sampai ke pokok.. dia bantai baringgggg je!
terpaksa kami ikat dua-dua pasang kaki dia..
dan seret dari lori sampai pokok!
Ngam-ngam lepas tambat.. 'slumber lembu' je dia bangun sambil tersenyum???
aduyaiiii!
Tengok? dia sedang tersenyum sambil meragut rumput!!! heeeiiii!

Syeikh KP tersenyum puas selepas berjaya menambat seekor lagi lembu!
Seluar dah kotoq macam bersawah bendang wooo!

Delivery malam pulakk... lagi suspen woooo!
Kali di Surau Antara Gapi, Hulu Selangor..

Lembu Thailand boleh la budak-budak ajak bergurau senda..
lembu budakbalun? tak dapat laaa..
Garang wehhh!! lembu teman lembu bebas punya..


Itulah sedikit catatan tahun ni.. banyak lagi delivery yang tak dapat dishare kat sini...
Untuk tahun hadapan jangan lupa order lembu kat teman yek?
InsyaAllah.. akan diusahakan yang terbaik untuk Ibadah ini..
Jazakallah Khairan Kathira..

sunsnake@rayakorban2010

Tuesday, November 16, 2010

Perginya Seorang Sahabat Seperjuangan Teman..


Teman pernah bersua dengan Allahyarham..

Tapi masa tu teman sendiri tak tau nama dia..

Sewaktu tu ada program Kembara Amal Negeri Selangor..
beberapa bulan lepas tu teman dihubungi oleh Allahyarham yang memperkenalkan dirinya sebagai Firdaus ARC Selangor..

Loghat Kedah agak pekat jugak dia ni!
Dia plan nak buat konvoi ARC ke Hulu Yam..

dan Terus nak gerak ke Hulu Selangor katanya..

so, dia minta la teman selaku Pengerusi ARC dan AJK DACS Hulu Selangor arrangekan apa-apa aktiviti untuk team konvoi ni buat..

Seronok sungguh dia bila lepas tu teman inform yang akan arrangekan aktiviti tazkirah dan gotong-royong bersihkan surau di Bukit Beruntung + makan tengah hari yang akan disediakaan!
Ironinya.. bila terbaca berita dia meninggal baru teman tahu dialah Firdaus!!!
Teman tau wajah tak tau nama..
kemudian tau nama tak tau wajah..
Setelah dia tiada.. baru teman tau nama dan wajahnya! Allahuakbar!

Sempat jugak teman dapat sms minggu lepas berkenaan aktiviti ARC ni dari Allahyarham rasanya..

Malangnya teman tak sempat nak jawab.. dan mungkin jugak sebab teman buat tak endah!

Dan kini.. teman tidak akan dapat lagi sms mahupun panggilan darinya..

Ya Allah.. aku menjadi saksi akan usahanya untuk mendekatkan anak-anak muda dengan perjuangan Islam melalui jalan ARC ini..

Semata-mata mahu menarik anak muda menggunakan aktiviti yang mereka sukai..

Terimalah segala amalannya Ya Allah...

Ampunkanlah segala dosa-dosanya...

Tempatkan rohnya bersama roh-roh para pejuangMu..

Ameen!

Al-Fatihah!


sunsnake 16112010

Friday, November 12, 2010

Bukti Najib Hemah Berbelanja! Syabas PM!

Rumah baru teman.. pun tengah renovate!


RM65 Juta Renovate Rumah BudakBalun?


Teman still dok berfikir lagi ni..
RM65 juta untuk renovate rumah?

MasyaAllah!!
Baru-baru ni teman tukar tingkap bilik anak teman..
Dah reput 100% dihentam dek anai-anai!

Teman upah Wak Indon yang selalu amik 'kontrak' area Bukit Beruntung ni..
Tukar daripada tingkap Nako ke Sliding..
+ simen sikit+ upah = RM450..

Itu pun pada teman dah besor sangat!
kena skip bayor duit kete bulan lepas! huhuhu..
Ntah bila la dapat recover balik duit kete ni!

Sebab lebih penting repair tingkap bilik tu..
bahaya.. Anak-anak teman tidur bilik tu..
Lagipun tingkap tu tak payah tendang..
Bersandar pun dah boleh runtuh!

Bayangkan pulak RM65 juta renovate rumah!

hmmm... Patutla mati-mati Najib ikrar akan pertahankan Putrajaya daripada dapat ke tangan PR!!!

Aduyai..
Macam mana la nak bagi makcik pakcik Felda faham...
Macam mana la nak bagi makcik pakcik di Kg Balun faham!!
sunsnake 12112010

Kerajaan penting ubah suai kediaman PM dari naikkan Cola

KUALA LUMPUR, 11 Nov: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar membidas jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa negara akan mengalami implikasi kewangan yang besar jika menaikkan elaun sara hidup (Cola) kepada kakitangan awam.

Mahfuz berkata, kerajaan sering memberikan alasan sedemikian apabila melibatkan keperluan rakyat namun berbelanja besar untuk kepentingan pemimpin Barisan Nasional.

"Saya kesal dengan pendirian kerajaan itu. Untuk kakitangan awam,kerajaan selalu berhujah ia akan beri implikasi yang besar kepada negara.

"Bila Ceupacs minta bonus,alasan yang sama diberikan,mereka kata akan menelan belanja RM3.1 bilion. Tapi kerajaan tak kisah pun untuk beri peruntukan RM65 juta untuk ubah suai kediaman Perdana Menteri," kata Mahfuz dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Berita Penuh