Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, April 5, 2010

Najib - Dulu pun kata fitnah gak?




Apa pentingnya 1Malaysia kalau itu semua retorik dan munafik!
Mana mungkin UMNO menghilangkan UltraMalay nya?
Mana mungkin MCA menghilangkan UltraChinese nya?
Mana mungkin MIC menghilangkan UltraIndian nya?

Depan orang cina dan india lain bunyinya si Najib ni..
Kat Perhimpunan Agung UMNO lain pulak?

Susah jadi pejuang melayu dalam masa yang sama nak adil dengan bukan melayu..
Dalam Islam sendiri pun tak ajar perjuang bangsa..
Mana mungkin cina dan india jadi melayu?

Tapi kalau perjuangkan Islam?
boleh tak cina dan india jadi Islam?
tak tau la kalau ada lagi UMNO yang jawab TAK BOLEH!
Islam hanya ekslusif milik melayu je?

Hek elehh... Naib..Najib..
Apabila manusia sudah hilang integriti.. ni la jadinya..
Susah rakyat nak percaya..
Kecuali ahli-ahli UMNO yang dah banyak sangat hasil makan duit haram tersimpan di perut dan bawah perut!

Dulu sampai 2-3 kali tak mengaku berjumpa Saiful Bukhari..
Last-last mengaku jugak!

Dulu bukan main bersumpah dalam masjid tak kenal Altantuya..
tu sampai la ni lom ngaku lagi!
Tapi 1Malaysia sudah tahu Najib kenal Altantuya!

Kalau idak, apsal Najib senyap je tak saman paper Perancis tuh?
takut leeee..puccaaahhh rahsyiaaaaa!
sunsnake 05042010

PM: 1Malaysia difitnah kerana pembangkang sedar kebaikannya

KUALA LUMPUR 4 April - Gagasan 1Malaysia tidak sama sekali diciplak daripada konsep One Israel seperti digembar-gemburkan oleh pembangkang, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dakwaan pembangkang itu adalah fitnah semata-mata yang bertujuan merosak dan mencemarkan gagasan itu apabila dilihat semakin diterima oleh rakyat.

"Mereka (pembangkang) tak berani serang gagasan 1Malaysia. Mereka tidak dapat mempertikaikan, mereka cuba untuk merosakkan, mencemarnya, mencalarnya melalui kononnya ilham atau idea yang datang dari negara luar.

"Ini satu fitnah yang tidak benar, tidak berasas sama sekali," katanya merujuk kepada dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.

PRK Hulu Selangor (14) Ukhwah PR makin jitu tiap kali diduga!


Setelah menghadiri beberapa mesyuarat sekretariat Pakatan Rakyat, dapat teman simpulkan betapa ukhwah diantara pendokong-pendokong perjuangan dari PAS, DAP dan PKR semakin baik dan menampakkan kematangan!

Sememangnya lumrah akan berlaku ketidak puasan hati dan perselisihan pendapat, namun cara kedua-dua pihak berbincang dan memberikan lontaran fikiran sangat cermat dan berhikmah!
Dari pihak PAS & DAP, sememangnya mereka sangat-sangat memahami situasi yang dilalui oleh PKR selaku parti yang paling muda diantara mereka. Setiap idea dan pendapat PAS dan DAP disantuni dengan baik oleh PKR.

Untuk PRK kali ini, Pakatan Rakyat akan bergerak sebagai satu pasukan. Dengan diketuai oleh PKR dan dibantu oleh PAS dan DAP, jentera PRK kali ini diyakini adalah yang paling tersusun pernah diadakan!

Sememangnya kebetulan pula PAS Hulu Selangor sememangnya telah melaksanakan gerak kerja jauh lebih awal daripada ini. Pelbagai program di dalam Dun Ulu Bernam telah dilaksanakan sebaik sahaja PRU 2008 berakhir.

Kemenangan buat PR, seperti yang pernah teman coretkan dahulu untuk PRK Hulu Selangor ini sangat penuh dengan ranjau. UMNO-Barisan Nasional sangat-sangat memerlukan kemenangan ini bagi merawat kelukaan mereka. Bagaimanapun belum sempat mereka merawat, luka baru telah pun muncul apabila UMNO dan MIC dengan jelas 'bergaduh' mahukan calon masing-masing mewakili BN kali ini!

Disini dapat dilihat betapa tenang dan profesionalnya PAS terutamanya PAS Kawasan Hulu Selangor yang dengan hati yang terbuka menerima calon daripada PKR walaupun kelihatannya jentera PAS Kawasan Hulu Selangor lebih efisien berbanding PKR Cabang Hulu Selangor.

Sememangnya pimpinan PAS dan PKR Hulu Selangor amat rapat dan sering melaksanakan aktiviti sebagai satu kumpulan. Bukankah itu harapan semua?
sunsnake 05042010

Sunday, April 4, 2010

PRK Hulu Selangor (13) Terlalu banyak nak ditulis! singkat sangat masa free!


Aduhhh!!
Terlalu banyak input masuk kotak info teman..
terlalu banyak jugak yang sangat2 P&C..
Top P&C..

Teman pulak sejak rabu malam.. tiap2 malam ada meeting!
Unit amal laa.. Jprk laaa.. Saraf2 laaa.. hehehehe macam top sangat teman nih!

Calon PKR? aiseh! soalan tu bertalu-talu masuk sms mahupun email..
yang call pun ada!
aduh! deme ingat teman ni Assistant Anwar ke?
Assistant YDP PAS Hulu Selangor pun teman tak layak! hehehehe

Lain si Saiful Bukhari.. Cemane la dia leh layak joint team Anwar..

Ok2... ada masa teman taip satu persatu.. Yang mana leh kongsi lah..
yang tak boleh nak wat cemane...
macam teman cakap laa.. P&C.. kalau teman yang umum..
baik teman je yang jadi Ketua pembangkang!!!
sunsnake 14142010

Saturday, April 3, 2010

PRK Hulu Selangor (12) Ahli UMNO nak pangkah calon bebas?


Di satu-dua tempat didalam Hulu Selangor..
Beberapa buah banner yang menuntut calon baru bukan Palanivel telah diturunkan..
tidak pasti sama ada orang BN atau PR yang menurunkannya..

Manakala banner yang bertulisan tamil tidak diusik!
mungkin yang menurunkannya tidak tahu membaca tulisan Tamil!

Banyak khabar udara bertebaran di seluruh Hulu Selangor yang calon BN kali ini akan tetap milik MIC.. Dan ahli-ahli UMNO sekali lagi mahu membuat protes dengan mengundi calon PR ataupun langsung tidak mahu keluar mengundi! Ataupun mereka akan memangkah calon BEBAS sekiranya ada!

hah! Apa la gi Kamarul Ramizu.. meh la bertanding di Hulu Selangor!
Mana la tau leh hilang deposit lagi!

Apa ada pada pingat?


"Nak tarik?? Tarik laa!!"
Teman yakin itulah yang ada dibenak hati Adun-Adun Pakatan Rakyat Perak la ni..
Sebelum ini pun siapalah dia Ir Nizar Jamaluddin?
Siapalah dia Ngah Koo Ham?
Siapalah mereka sebelum PRU ke 12 2008?

Adakah dengan menarik balik segala pingat mereka boleh melemahkan semangat rakyat yang mahukan perubahan?

Bermakna sangatkah pingat-pingat yang tak boleh langsung dibawa mati tuh?

Mungkin pada Pemuda UMNO... pingat itu akan menghalang libasan Munkar dan Nakir sok kot?
Biasaklahhh UMNO!
sunsnake 03042010

Pemuda BN mohon Sultan Perak tarik gelaran ADUN pembangkang

02/04/2010 7:11pm

IPOH 2 April - Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak hari ini bersama-sama 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah supaya mempertimbangkan untuk menarik balik gelaran dan pingat yang dianugerahkannya kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya DiRaja, Datuk Shamsul Baharin Hasan di Istana Kinta pada pukul 4.15 petang tadi.

berita penuh

Friday, April 2, 2010

Hujan duit di Hulu Selangor sudah bermula!

Wah! Inilah yang teman nanti-nantikan!
Hujan duit sempena Pilihanraya telahpun bermula!
Selama ini teman hanya mendengar dan membayangkan ditempat orang lain..
Macam tak percaya je tempat sendiri pulak kali ni!

Kepada rakyat Hulu Selangor khususnya pengundi-pengundi yang akan turun membuang undi 25 hb ni..
Teman harap tidak ada yang terpengaruh dengan 'hujan duit' yang akan berterusan hari ini sehinggalah tarikh mengundi nanti..
Sebab apa? selepas sahaja 25 hb April ini, sama ada BN menang atau kalah, kamu semua akan kembali menjadi mangsa kezaliman UMNO-BN yang akan membelai kamu ibarat puteri dan membiarkan kamu seperti anjing kurap selepasnya!

Tak percaya? tanyalah rakyat di Kuala Terengganu, Permatang Pauh, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Permatang Pasir, Bagan Pinang..

Batang Ai? sejak Sarawak masuk Malaysia lagi dah kena tipu dek BN!
sunsnake 02042010

Hulu S'gor dapat empat sekolah baru
Apr 2, 10
7:15pm
Meskipun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata lawatannya ke Hulu Selangor hari ini bukan untuk berkempen, namun kawasan parlimen itu dijanjikan empat buah sekolah baru. Berucap kepada 500 guru dari Hulu selangor yang dihimpunkan di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor, Muhyiddin mengumumkan sebuah sekolah menengah dan tiga sekolah rendah akan dibina.
Selesai majlis itu, Muhyiddin bergegas ke sebuah masjid di Kampung Sentosa di batang Kali. Selepas menunaikan solat asar, beliau mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan.

alam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000. Beliau bagaimanapun enggan berjumpa dengan wartawan.

berita penuh