Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, August 18, 2011

Runtuhnya Benteng Terakhir UMNO!

Ini bukan benteng UMNO, ini stadium yang dibuat oleh kroni UMNO!

Perkauman dan Pertembungan Agama : Benteng Terakhir UMNO

oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pada 17hb Ogos 2011 pukul 8.13 pagi

Selagi boleh, saya tidak mahu menyemarakkan pertembungan politik sepanjang bulan Ramadhan. Saya kira waktu yang amat bernilai ini amat sesuai digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran dan menghayati maknanya sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Namun, mengambil kira bahawa nama saya disebut berulang kali oleh media massa milik UMNO hari ini (16 Ogos 2011), saya ringankan tangan saya untuk menulis sedikit jawapan untuk tatapan masyarakat.

Saya mengira, UMNO sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara ini kerana larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP. Bagi saya, tidak munasabah UMNO mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. UMNO yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang. Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?

Isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik. Saya ingin bertanya kepada UMNO, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar UMNO sendiri ialah kebangsaan dan sekular. Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan UMNO. Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada UMNO. Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam. Saya kira, ini sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Barangkali pihak ini ‘tidak tergamak’ untuk menggantikan UMNO untuk memperjuangkan Islam. Masakan tidak, bila pula pernah UMNO berjuang untuk Islam?

Sesungguhnya Islam itu indah kerana ia diakui sendiri oleh Allah SWT sebagai rahmat. Tetapi sayangnya cara UMNO mempersembahkan Islam pada hari ini, saya lihat ia menggerunkan masyarakat bukan Islam. Apa yang tidak diajar oleh Islam, itulah yang diperbesarkan oleh UMNO. Manakala apa yang benar-benar termaktub ditidakkan. Bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan. Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah SAW sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain. Ini disebut di dalam sebuah hadis :

اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ

Yang bermaksud : “"Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: "Ketahuilah sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat". – Riwayat Abu Daud.

Bahkan ini pernah ditegur oleh Ibnu al-Jauzi di dalam kitabnya Talbis Iblis. Katanya :

وقد لبس إبليس على قوم من القراء فهم يقرأون القرآن في منارة المسجد بالليل بالأصوات المجتمعة المرتفعة الجزء والجزأين فيجمعون بين أذى الناس في منعهم من النوم وبين التعرض للرياء. ومنهم من يقرأ في مسجده وقت الأذان لأنه حين اجتماع الناس في المسجد.

Yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Iblis telah mengaburi terhadap satu golongan dari pembaca al-Quran di mana mereka membaca al-Quran di mimbar-mimbar masjid pada waktu malam dengan suara beramai-ramai yang kuat samada satu juzuk atau dua juzuk lalu mereka telah mengumpulkan di antara menyakiti manusia dengan menghalang mereka daripada tidur dan mendedahkan diri kepada riya’. Dan ada di antara mereka yang membaca al-Quran di masjidnya pada waktu azan kerana pada waktu itulah manusia berkumpul di masjid…” – halaman 3, kitab Talbis Iblis, cetakan pertama 1405H terbitan Darul Kitab al-Arabi, Beirut.

Tidaklah saya ingin memutlakkan pandangan Ibnu Qayyim ini agar diterima semua pihak. Tetapi sekurang-kurangnya sudah ada pandangan dari ulama terdahulu yang menegah untuk dibaca al-Quran dengan kuat di masjid kerana dibimbangi mengganggu tidur masyarakat sekitar. Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan. Justeru, ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat.

Hairannya, judi yang benar-benar dilarang oleh Islam pula nampaknya tidak diendahkan pula oleh UMNO. Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah. Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira UMNO dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional?

Saya menyeru kepada UMNO, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat UMNO sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa. Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana. UMNO mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara. Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.

Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang. Jangan dibiarkan lidah berbicara sesuatu yang sudah diketahui pembohongannya kerana dibimbangi ia hanya menggandakan dosa di sisi Allah SWT kerana menodai kesucian Ramadhan. Dan biarlah ia juga boleh menjadi jawapan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.

YAB DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 16 Ramadhan 1432H / 16 Ogos 2011M

Monday, August 15, 2011

Ezam 'bakorrr" aje?


Dalam cite Hantu Mak Limah..
Bila Usop Whelcha kata 'kita bakorrr!!"
memang dia maksudkan sungguh-sungguh suruh bakor rumah mak limah!
mana ada dia maksudkan lain!

Errr..
Ezam? ape ke sengal kamu nehh!
Dah jadi macam Ibrahim Ali pulak?
wakakakaka!
budakbalun 15082011

Ezam: Saya tak maksud 'bakar' betul, tapi simbolik..


Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad. Dalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk "membakar" Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana mereka telah "membakar" hati umat Islam mengenai isu murtad. - berita penuh

Thursday, August 11, 2011

Bila SPR bagi Komen lagak Pemimpin UMNO...

Abis?? Salah ke kami sayang UMNO? UMNO yang bagi kami makan! Bukan Tuhan!


hehehe..
Bila bukak mulut aje bau UMNO..
Bila bukak mulut aje bunyi UMNO..
Bila bukak mulut aje keluar UMNO!

Itulah dia 2 pegawai tertinggi SPR!

malas nak komen!
Kome baca le sendiri ye?

Ape pun tak boleh!

budakbalun 11082011

SPR dakwa pembangkang ulangi agenda politik kotor menang PRU-13

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pembangkang mengulangi “agenda politik kotor” untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan, dakwa Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Wan Ahmad (gambar) berkata sebelum pilihan raya umum ke-12, ada pihak yang menuduh SPR bersikap tidak adil dengan menyebar fitnah dan tohmahan memburukkan imej dan kewibawaan badan itu.

Malah kata beliau, selepas mereka menang 82 kerusi Dewan Rakyat mengalahkan BN di lima Dewan Undangan Negeri, mereka terkejut dengan kemenangan melalui proses pilihan raya yang mereka tuduh kotor dan tidak adil selama ini.-berita penuh

Lemah Syahwat! Kalah Sebelum Bertarung?

haa?? Biometrik? Malaysia? SPR? JPN? hehehehehehe!


Biometrik..
Dengar nama dah tahu mahal!
Lom dikaji lebih mendalam lagi!

Walhal kita minta guna dakwat hitam aje..
Dengar nama pun dah tahu murah!

Tapi pelik..
Yang mahal tu jugak nak dibuat!
Walhal belum terbukti lagi berkesan ke idak!
malahan ikut teorinya pun kalau setakat teknologi Malaysia neh..
macam dah kompom hampas!

keluar isu nih!
haaa.. sendiri mau ingat!

Sengaja ditimbulkan isu-isu macam ni..
Agar kelak boleh digunakan balik di kemudian hari!
Agar kelak ada dah muka-muka yang bakal jadi kambing hitam!

Untuk dihitamkan semula yang awalnya diputihkan..
itupun selepas kemenangan besar pasca- PRU13 laaa...

Hanya pada yang paham laaa..
yang tak paham kompom penjilat UMNO!

waakakakakaka!

budakbalun 11082011

600 peralatan biometrik daftar pendatang diubahsuai

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyiasat beberapa syarikat pengurus yang dikenal pasti menggunakan khidmat perunding teknologi maklumat (IT) tidak sah untuk mengubahsuai peralatan biometrik yang digunakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi program 6P. Program 6P iaitu Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) meliputi enam pelan tindakan iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Pendaftaran dan Imigresen KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan berkata hasil pemantauan oleh KDN sehingga semalam mendapati kira-kira 600 peralatan yang dikendalikan syarikat pengurus telah diubahsuai sekaligus tidak lagi memenuhi spesifikasi ditetapkan kerajaan untuk tujuan kegunaan program itu. Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan kepada sistem yang telah diselaraskan oleh KDN dan pada masa yang sama turut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.
- berita penuh

Serbu gereja - Cari Siapa mastermind nya!


Pelik..
Serbuan itu dibuat tanpa pengetahuan dan arahan daripada Pengarah JAIS dan Exco!
So, arahan siapa sebenarnya?

hmmm..
Seboleh-boleh teman tak nak relatekan isu ini dengan politik..

cuma just terfikir..
siapa agaknya pemberi arahan akhir untuk menyerbu gereja tersebut?
Sebab Exco dan pengarah JAIS sendiri hanya tahu selepas serbuan!

budakbalun 11082011


'Momokan Kristianisasi' - imbas kembali Sabah

Bagi ahli parlimem Shah Alam Khalid Samad beliau lebih berhati-hati dengan kenyataannya. Jika sebelum ini pendedahan bahawa terdapat penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi menyaksikan partinya, PAS mempunyai isu menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi serbuan gereja berkenaan menjadikan pembangkang lebih defensif. Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor percaya tindakan ke atas masyarakat Kristian itu sesuatu yang bermotifkan politik. "Bagaimana serbuan seperti itu boleh berlaku tanpa pengetahuan anggota exco Selangor mengenai hal ehwal Islam dan Pengarah JAIS - mereka hanya dimaklumkan selepas kejadian itu? Ini menunjukkan kemungkinan ada campur tangan luar," katanya. - berita penuh

Dr Asri: Ada yang sengaja main isu gereja

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan isu serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa "diadun" dengan isu politik. Katanya, perkara itu boleh dilihat pada pendirian "pihak berkuasa agama" yang bimbang orang Islam memasuki gereja dan melarang bukan Islam memasuki masjid. "Pihak berkuasa agama bimbang apabila ada orang Islam pergi ke gereja. Risau nanti mereka terpengaruh dengan Kristian. "Peliknya kenapa dulu mereka menghalang orang bukan Islam masuk ke masjid? Apakah mereka juga bimbang bukan Islam terpengaruh dengan Islam?" soal Dr Asri. - berita penuh

Wednesday, August 10, 2011

Siapa Nak Ngaku Ber*k Tengah Jalan oii??


"Jika mana-mana parti yang menemui keraguan dalam Senarai Daftar Pemilih yang dikeluarkan oleh SPR, mereka boleh membuat bantahan dengan disertakan bayaran wang bantahan"

Peraturan diatas pun dah jadi pelik dah!
Parti-parti politik yang berdaftar diibaratkan 'membantu' SPR mengemaskinikan senarai mereka tetapi parti-parti politik ini pulak yang kena bayar!
Sudahlah tempoh yang diberi hanya dalam masa 5 hari!

Bayangkan dalam tempoh sesingkat itu, kena check berpuluh ribu nama didalam sesuatu kawasan Parlimen dan Dun!
Ntahlah...

Lepas tu si Nazri suruh mengadu balik pada SPR?
Hadehh!!
Kalau SPR ni jenis terbuka takpe la jugak!

Ini ngadu kes IC merah pun jadi pengundi pada Ketua SPR..
Dia kata 'ini kes level kerani aje!"??

aduihhh!!

Jangan buat lawak la Nazri...
budakbalun 09082011

Kemuka bukti kepada SPR - Nazri

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Mana-mana pihak termasuk pembangkang sepatutnya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung keraguan membabitkan daftar pemilih untuk disiasat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ia termasuk dakwaan kononnya penduduk tetap (PR) yang tidak layak mengundi turut berada dalam senarai pengundi SPR yang sah.

"Saya tidak jangka perkara itu boleh berlaku (PR dalam senarai pengundi). Sebab untuk mendaftar jadi pengundi, seseorang itu perlu mempunyai kad pengenalan biru.

"Jadi saya tidak tahu bagaimana orang yang tidak ada kad pengenalan biru ini boleh menjadi pengundi (seperti yang didakwa pembangkang)," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen di sini, hari ini.-utusan meloya