Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 17, 2011

BERSIH 2.0 - Ibuku.. Halalkan setiap titis susumu..




Ibuku...
Halalkan setiap titis susumu..
Halalkan setiap keringatmu melahirkanku..
Halalkan setiap suapan ke mulutku..
Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku

Ayah...
Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku..
Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku..
Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku..

Isteriku...
Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita..
Kaulah permata dalam hidupku..
Kaulah penyeri didalam alamku..
Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami...
Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku..

Anak-anakku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan..
Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil..

Pemergianku adalah mungkin yang terakhir...
Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti..

Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit..
Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih..
Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan..
Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat!
Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing!

Adakah aku gentar?
Adakah kalian gentar?
Adakah ini penghenti perjuangan?

Tidakk!!
Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali!

Mereka menyangka mereka berkuasa!
Mereka menyangka mereka ada segala-galanya!

Mereka boleh memenjarakan jasadku
Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku..

Kerana jiwaku ini milik Allah!
Hidupku ini milik Allah!

Bukan seperti mereka yang merasakan..
hidup mereka milik pemerintah!
Nyawa mereka milik pemerintah!
Jasad mereka milik pemerintah!
Setiap hela nafas mereka milik pemerintah!

Duhai sahabat-sahabat kesayanganku...
Aku akan pergi..
Aku akan berkelana..
Aku akan bermusafir..
Pada 9 Julai ini...
Menuju ke suatu arah yang pasti...

Disana..
Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang..
Oleh beratus generasi yang akan datang...

Jangan sampai ianya akan dikenang
sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara..
jangan sampai ianya dikenang
sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara..

kerana..
9 Julai ini akan menjadi bukti..
Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut!
Jauh sekali dayus dan penakut!
berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim!

Ayuh!
Mari korbankan nyawa dan jasad!
Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan!

Sudikah kalian bersamaku?

nukilan khas - budakbalun 17062011

Berjanjilah pada diri Akan turun 9 Julai untuk BERSIH 2.0!



Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
Ameen!

Thursday, June 16, 2011

Khairy Nak Jadi 'Beruk'? Terbaekk!


Wakakaka!!
Dulu dia anggap peserta BERSIH tu beruk..
"Saya bagi amaran pada beruk-beruk" katanya..

Ni dah nak jadi 'beruk' pulak?
OK! proceed! kamu diterima nak jadi 'beruk'!

woi! lupa ka Pak Mentua lu kata dulu..
'demo bukan budaya kita"

takkan lupa kot??
opss! lupa pak mentua lu dah jadi macam kapal selam scorpene..
Takda makna!!
Komisen sudah dapat suddaaa!

Wakakakaka!
budakbalun 16062011

Pemuda Umno juga mahu berhimpun pada 9 Julai

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia memutuskan untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan BERSIH di ibunegara pada 9 Julai depan. "Kami akan berarak ke Istana Negara pada 9 Julai. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian. "Kami menyokong sistem pilihan raya sedia ada dan mahu bekerjasama dengan SPR untuk melakukan penambahbaikan," kata ketuanya Khairy Jamaluddin (kiri). Sebelum ini, PERKASA juga mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan pada masa dan tempat yang sama. Jika semuanya menjadi kenyataan, maka tiga kumpulan tersebut akan bertembung pada hari berkenaan.-malaysiakini

Ahli-ahli UMNO memenuhi Stesen Minyak Malam Tadi?

Negara Berkebajikan? Naaaa!!!


Bukit Beruntung, 15 Jun 2011- Stesen-stesen minyak di Bandar Bukit Sentosa dipenuhi oleh ahli-ahli UMNO yang berbaris panjang bersama kenderaan masing-masing menunggu giliran untuk mengisi minyak malam ini. Suasana ini agak 'ganjil' kerana biasanya kejadian sebegini berlaku apabila harga minyak diumumkan naik tetapi kini ianya berlaku apabila pengumuman harga minyak turun?.

Wartawan kami sempat bertanya kepada salah seorang ahli UMNO yang turut sama berbaris bersama kenderaannya dan ini ialah jawapan beliau,

"Kami rasa sangat kesal dengan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak RON97 daripada RM2.90 ke RM2.80, penurunan 10 sen ini walaupun sedikit tetapi cukup menyeksakan kami yang berpendapatan rendah! Kami berharap agar pihak Kerajaan Malaysia pimpinan parti kesayangan kami iaitu UMNO dapat menaikkan semula harga miyak RON97 ini kembali dalam masa terdekat! ini juga bagi membuktikan bahawa hanya UMNO sahaja yang mampu memerintah Malaysia! Hidup Melayu!"

Sekian laporan daripada wartawan kami di Hulu Selangor.

- sumber pening lalat!

budakbalun 16062011


Harga RON97 turun 10 sen seliter

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.

Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.

Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.

Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.

Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.-Malaysianinsider

Wednesday, June 15, 2011

Cari Nahas Mufti Neh!

Saya disahkan HALAL oleh UMNO de!
Huihhh!!
Kalaulah Ditakdirkan UMNO dapat balik Selangor nie..
KOMPOM! Tok mufti neh kena tendang dari opis Mufti Selangor dia..
KOMPOM!

Takde dakwa-dakwi dah!

Nasib la Tok Mufti.... Berani sangattt!!
wakakakaka!

Khusrin mesti ngetap bibir bila selisih dengan Tok Mufti neh!
budakbalun 15062011

Khutbah Jumaat tiada motif politik, kata mufti S'gor

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid menegaskan khutbah Jumaat mengenai dosa fitnah yang dibacakan di masjid-masjid seluruh negeri Selangor minggu lalu, tidak mempunyai motif politik sebagaimana yang didakwa oleh Utusan Malaysia. Beliau menjelaskan, khutbah itu sekadar mendidik ummah negeri ini tentang bahaya gejala fitnah dan syarat-syarat Islam yang perlu dipatuhi dalam menuduh seseorang berzina. "Saya bersangka baik bahawa khatib bertujuan mahu memberikan penjelasan kepada masyarakat agar kita lebih berhati-hati supaya jangan sampai membuat sebarang tuduhan yang tidak ada bukti (atau) saksi kerana jika seseorang itu membuat tuduhan zina ataupun qazaf mestilah ada bukti (dan) saksi,” kata beliau kepada TV Selangor. Justeru, Tamyes menyifatkan tindakan Utusan Malaysia menggambarkan masjid di Selangor 'diperkudakan' demi kepentingan politik pihak tertentu adalah tidak benar dan bertujuan mencetuskan kontroversi semata-mata.-Malaysiakini

BERSIh 2.0 - Akhirnya... Polis bersuara!

Hairan ye? demo yang ni Polis tak bagi amaran pun! Polis pun takde!


Teman dok nunggu gak Polis keluarkan kenyataan pasal BERSIH 2.0 nie..
Akhirnya penantian terhenti!

Polis bagi amaran akan tangkap demonstrator sepertimana arahan UMNO kepada mereka.
Akta Polis sekali lagi jadi ugutan..
Hmmm... Adakah kalian semua gentar??

budakbalun 15062011

Polis akan mengambil tindakan perlu termasuk membuat tangkapan pencegahan sebelum dan semasa perhimpunan BERSIH yang dijadual berlangsung pada 9 Julai depan, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Katanya, polis tidak akan mengeluarkan permit untuk perhimpunan BERSIH atau kumpulan lain yang menentangnya, kata Khalid, lapor Star online.

Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan sahaja akan mengganggu keamanan, tetapi juga mencetuskan kekacauan.

Menurutnya, polis menerima 418 laporan dari para peniaga, ejen pelancongan dan individu yang membantah perhimpunan itu diadakan di Kuala Lumpur pada tarikh 9 Julai.

Bercakap kepada media di Akademi Polis di Cheras hari ini, Khalid berkata polis difahamkan kumpulan lain juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di lokasi dan tarikh yang sama dengan perhimpunan BERSIH.-malaysiakini