Apa lagi pencacai-pencacai UMNO!!
Inilah masanya...
Inilah ketikanya..
Inilah saatnya..
Inilah detiknya!!
Kasi hantam ini Kerajaan PR Selangor!!
UMNO Selangor kena buat banyak-banyak siri ceramah "Selamatkan Selangor"!!
Bagitahu saki-baki UMNO yang ada di Selangor..
Inilah bukti Ketelusan Kerajaan PR Selangor..
Inilah bukti bahawa PR serius melawan ketidakadilan dan ketiadak telusan!
Inilah bukti bahawa janji MB Khalid untuk mengambil tindakan tegas atas setiap kes penyelewengan telah dibuktikan!
Ehhh!!
Silap cakap lak!! wakakakaka!
Mana pulak la UMNO boleh guna isu ini untuk 'letup' Kerajaan PR Selangor..
Kalau kes macam ni zaman Kerajaan UMNO Selangor dulu..
Dah lama Khir Toyo kata "Tiada bukti penyelewengan"..
Dah lama Abu Hassan Omar kata " Tiada saksi penyelewengan"..
Dah lama Mat Taib kata "Duit saya yang tersangkut di Australia tu.. bukan duit rakyat!"
adehhhh!!
Syabas MB Khalid..
Tindakan tamatkan kontrak pegawai berkenaan sangat-sangat tegas dan berani!
Kalau kes sebegini berlaku di Pahang..
Tobat Lahum Adnan Yaakob takkan berani ambil tindakan tambahan kalau pegawai berkenaan orang UMNO!
Kalau kes sebegini berlaku di negeri Sembilan..
Sampai mampus takkan Muhammad nak bersuara tegas apatah lagi nak pecat sesiapa!
Kalau kes sebegini berlaku di Terengganu?
memang dah banyak kali jadi punnnn!!
adehhhh!!
macam mana la nak bagi makcik pakcik Felda faham benda-benda macam nihh!!
sunsnake 19032011
Audit sah belanja sambutan Yayasan Selangor tak telus, timbalan GM dipecat
KUALA LUMPUR, 18 Mac — Laporan Audit berhubung pengurusan perbelanjaan majlis ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor menunjukkan wujud beberapa kelemahan di agensi itu, antara lain perbelanjaan tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos sambutan hujung tahun lalu mencecah RM1 juta.Malah terdapat wang telah selesai dibayar kepada pengurus acara sedangkan aktiviti yang diatur belum dilaksanakan.
Susulan syor dikemukakan laporan audit, kerajaan negeri Selangor juga telah memutuskan menamatkan kontrak perkhidmatan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Yayasan Selangor bulan lalu.
Sedutan laporan audit diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.





