Tuesday, February 1, 2011
Bila Rakyat Malaysia Akan Bangun Serentak?
Saksikanlahhh!!!
Minit 3:42 ke atas...
Teringat masa Demo Anti ISA dulu..
Masa kami tengah solat hajat sewaktu terkepung diantara Bank Rakyat dan Masjid negara..
Diimamkan oleh Dr Mujahid..
Tusss!!! Tusss!!! Tusss!! Di rakaat kedua..
3-4 biji canister melayang-layang atas kepala...
Hebat Rakyat Mesir!
Hebat Mahasiswa Mesir!!
Mahasiswa Malaysia?
Errr... tengah sibuk prepare sambutan Valentine's day nehh!!
Wakakakakaka!
Pro-Aspirasi tuhhhh!!
Cheh!
sunsnake 01022011
Najib - What I Give.. I Get Back!

Hari tu
Di kantin tempat teman keje..
Ada sorang bro driver lori nie..
Sebaik ternampak teman lalu tepi dia..
"Haaaa.. Tol Karak Najib umum tak naik harga..
LPT pun sama.. apa lagi nak dikondem?"
katanya sambil senyum-senyum buat-buat 'mesra' laaa..
"Oklah tu.. tapi jaga-jaga.. dia kata 'dibeku' tau.. bukan kansel terus..puak-puak lidah cabang ni abang kena jaga-jaga.."
sahut teman sambil buat-buat senyum gak..
"Betul la tu dia kata beku... cuba kurangkan syak wasangka...hehehehe"
Dia buat-buat ketawa 'mesra' kat teman..
"Kita tengok dulu... ada benda lain nak jadi ni..."
jawab teman sambil berlalu ke meja makan..
Hari ni
Minyak Petrol Ron97 naik 10sen..
Setakat jam 12.00 tengahari neh..
Teman dah puas cari brader tuhhh!!
Adehhhh!! Tak jumpa-jumpa!
Mana pulak perginya!
wakakakakaka!
Teman selidik jugak asal-usul dia..
Dengar cerita dia orang Felda..
adehhhh!!!!
sunsnake 01022011
Monday, January 31, 2011
Terima Kasih Pengundi UMNO di Tenang!

Terima Kasih buat Pengundi UMNO di Tenang..
Terima Kasih kepada 6699 pengundi UMNO di Tenang..
Sungguh besar jasa-jasamu dik!
Sungguh hebat jasa-jasamu kak!
Sungguh gadang jasa-jasamu makcik!
Sungguh ganteng jasa-jasamu pakcik!
Dengan kemenangan UMNO di Tenang..
Dengan 'tenang'nya UMNO naikkan lagi harga minyak Ron 97 lagi 10sen!
Bermakna jika tiada aral melintang..
Menjelang petang esok..
Harga teh tarik akan naik..
Harga roti canai akan naik...
Harga burger akan naik...
Macam-macam lagi akan naik..
Yang turun?
Sendiri mau ingatlahhhh...
Jazakallah Khairan Kathira kepada pengundi-pengundi UMNO di Tenang....
Hampeh!
sunsnake 31012011
RON97 naik 10 sen lagi
Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
-malaysiakini
Felda... 'Fixed Deposit' UMNO?

Wah!
Bukan main marah tukang-tukang komen UMNO yang mengaku anak Felda di posting teman sebelum ni..
Ada yang mengaku anak felda.. ada yang mengaku anak felda dan adik-beradik ada Phd pelbagai..
Ada yang mengaku UMNO lah yang berjasa menubuhkan Felda..
Wakakakakaka!
Itu memanglah tanggungjawab kerajaan..
Hatta parti komunis memerintah di China pun..
Mereka sediakan keperluan asas untuk rakyat dan membangunkan kemudahan segala segi untuk rakyat..
Rasanya, hujah kenang jasa UMNO ni dah tak relevan..
Sememangnya tak relevan..
Seperti contoh,
Nabi Musa as sendiri pun lawan balik Firaun yang besarkan dia!
Sebab apa? Sebab Firaun itu zalim..
Adakah Musa mengorbankan prinsip dia semata-mata mengenangkan jasa Firaun yang membesarkannya?
Sirah Nabawiyah sebegini sebenarnya Allah SWT jadikan sebagai pedoman kita umat yang terkemudian..
Bukan sekadar untuk didengar di masjid-masjid..
Bukan sekadar nak lulus periksa!
Bukan sekadar nak sedapkan hati yang kita akan masuk syurga sebab tahu kisah nabi!
Memang UMNO yang mewarisi pemerintahan British di Malaysia ini..
Dan sememangnya apa yang dia buat adalah sebagai tanggungjawab dia sebagai Kerajaan Malaysia!
Dan apabila tiba masanya, apabila UMNO melakukan kezaliman demi kezaliman,
terbukti dipenuhi dengan rasuah yang kembali menyusahkan rakyat..
Maka apakah rakyat Malaysia harus membiarkan sahaja atas dasar 'mengenang jasa' UMNO?
Felda ditubuhkan untuk orang melayu oleh Tun Razak..
Itu fakta.. tetapi itu adalah jasa Tun Razak..
Setelah Tun Razak tiada, legasi pemerintahan UMNO kini dibawah anakandanya Najib Tun Razak..
Apakah kita rakyat Malaysia harus membiarkan sahaja kezaliman yang dibuat oleh Najib semata-mata kerana mengenangkan jasa Tun Razak?
Sekiranya jawapan kita ya, maka tunggulah saat-saat kehancuran Malaysia!
sunsnake 31012011
Ahli PAS jangan emosi tanpa ilmu, tegur Tuan Ibrahim
Untuk mendapat kembali sokongan di Felda, anggota PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu. Sebaliknya, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan.
Tuan Ibrahim (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mengesyorkan supaya pengajian agama di masjid dan markaz sekitar kawasan Felda perlu digerakkan. “Kita tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali,” ujarnya lagi.
Berita Penuh
Sunday, January 30, 2011
BN Menang di Tenang, Bukti Ke'Bodoh'an Orang Felda?

Teman masih lagi memikirkan..
Betapa mudahnya pengundi-pengundi di Felda Sungai Buaya semasa PRK Hulu Selangor dahulu..
Najib hanya berjanji..
"Hari ni saya bagi tuan-tuan RM1000, esok kalau calon BN Kamalanathan menang, Tuan-tuan akan dapat lagi RM49000!! Ini janji saya..."
Akhirnya Kamalanathan menang..
Adakah pengundi-pengundi tu dapat balance RM49000 tu?
Tak dapattt!!
Itu duit sendiri tu..
harus diingat.. RM50000 tu duit peneroka yang jual tanah tuh!
Pun kena tipu dengan Perdana Menteri tuh!
Belum cerita nak minta duit Perdana Menteri tu sendiri!
Lagi jauh lahh!!
Dalam keadaan sangat jelas UMNO-BN menipu pengundi di Sg Buaya Hulu Selangor..
Pengundi-pengundi di Felda Tenang masih lagi setia mengundi BN di PRK Tenang hari ini!
Kalau bukan jahil dan bodoh, apa lagi yang kita nak letak?
Kalau bukan jahil muraqab, jahil apa lagi yang kita nak letak?
Kalau bukan bangang.. apa lagi perkataan yang kita nak letak?
Teman sendiri kahwin dengan orang felda,
hidup dengan masyarakat felda..
Tapi teman tak faham apa yang dikehendaki oleh orang-orang Felda..
Mohon komen semua untuk posting ini..
Sama-sama kita raikan.. "Bagaimana Mahu Menyedarkan Orang UMNO Felda?"
sunsnake 30012011
Tahniah BN, Syabas PR!
Keputusannya..
BN menang.... PAS kalah..
Tak kiralah berapa pun majoritinya..
Disaat teman menaip ni.
Keputusan belum rasmi, BN leading majoriti 3000 lebih..
Itulah hakikatnya Tenang ini..
Felda masih lagi berjaya mengekalkan status quo mereka sebagai 'Simpanan tetap' UMNO Dulu,Kini dan Mungkin Selamanya!
Sindrom 'terhutang budi' terlalu tebal di kawasan felda ini..
Ntahlah... apa sebabnya...
Tahniah BN sebab berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang..
Syabas PR sebab berjaya membuat dahi Muhyiddin dan Najib berpeluh!
Tahniah dan Syabas buat Cikgu Normala kerana berjaya membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum wanita.
Allahuakbar!
sunsnake 20012011
as of 8.00pm
BN menang.... PAS kalah..
Tak kiralah berapa pun majoritinya..
Disaat teman menaip ni.
Keputusan belum rasmi, BN leading majoriti 3000 lebih..
Itulah hakikatnya Tenang ini..
Felda masih lagi berjaya mengekalkan status quo mereka sebagai 'Simpanan tetap' UMNO Dulu,Kini dan Mungkin Selamanya!
Sindrom 'terhutang budi' terlalu tebal di kawasan felda ini..
Ntahlah... apa sebabnya...
Tahniah BN sebab berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang..
Syabas PR sebab berjaya membuat dahi Muhyiddin dan Najib berpeluh!
Tahniah dan Syabas buat Cikgu Normala kerana berjaya membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengabaikan kepentingan kaum wanita.
Allahuakbar!
sunsnake 20012011
PAS | BN | |
as of 8.00pm
Subscribe to:
Posts (Atom)