Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, January 22, 2011

Alhamdulillah.. Syabas TLDM!


Hebat dan syabas!
Teman ucapkan buat TLDM setelah berjaya menumpaskan lanun Somalia yang selalu membuat onar di perairan Asia Barat.

Inilah hasil kesungguhan dalam latihan,perancangan dan gerakan menyelamat selama ini.

Syukur kepada Allah SWT tiada anggota TLDM mahupun krew kapal yang tercedera mahupun terkorban didalam kejadian berkenaan.

Semoga dimasa-masa akan datang, ianya dipertingkatkan tetapi Awas!
Pastinya kumpulan penyangak laut itu akan kembali lagi dengan lebih kejam!

Semoga Allah SWT menyelamatkan kita semua!
sunsnake 22012011

Rampas semula kapal MT Bunga Laurel


KOMANDO TLDM (Paskal) mengawasi tujuh lanun Somalia yang ditahan selepas menyelamatkan kapal dagang MT Bunga Laurel daripada tawanan kumpulan lanun itu di perairan Teluk Aden, timur Oman, kelmarin.


KUALA LUMPUR 21 Jan. – Kecekapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali lagi terbukti apabila berjaya menyelamatkan sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel selepas dua jam ditawan lanun, kira-kira 300 batu nautika (555 kilometer) di timur Oman, semalam.

Misi menyelamat itu dilakukan bersama kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 yang terlibat dalam Operasi Fajar bagi memberi perlindungan kepada kapal MT Bunga Laurel itu ketika melalui perairan Teluk Aden.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 malam tadi, kapal dagang yang disewa MISC Berhad itu telah ditawan sekumpulan tujuh lanun warga Somalia yang bersenjatakan senapang jenis AK-47 dan pistol.

Kumpulan lanun itu menaiki sampan yang diturunkan dari sebuah kapal induk membawa seramai 18 lanun untuk menyerang kapal dagang berkenaan yang membawa muatan minyak pelincir dan bahan kimia jenis ‘ethylene dichloride’ dari Asia Barat ke Singapura.

Seramai 23 krew kapal MT Bunga Laurel berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dalam misi menyelamat yang dilancarkan Pasukan Perlindungan Khas ATM itu.

Berita Penuh

Suasana Penamaan Calon PRK Tenang - Penyokong PAS! [video]

Tak sedar airmata mengalir menyaksikan video ini..
"Ya Allah, Istiqamahkanlah hati-hati kami dalam meneruskan perjuangan ini..."



ehsan - tripodnod

Airbag - Syabas Kerajaan Malaysia! Teman sokong!

Ala untung looo!!

(Rupanya arahan ini adalah untuk kereta yang mula dipasang di kilang sahaja.. phew! ayat kasi telang la datuk menteli oiii!!)

Teman sokong sangat airbag dipasang di semua kenderaan..
Tapi kenapa tidak pada kenderaan pacuan 4 roda?
Mungkin pacuan 4 roda jarang menyebabkan kematian bila eksiden..

Setahu teman 'airbag' ni mahal..
Ada yang mahal giler!

Sebab teman pernah kerja order 'airbag' daripada supplier Proton dulu..
Harga kilang pun dah mahal.. apatah lagi harga pasaran!

Hmmm.. teman masih lagi memikirkan mekanisma rakyat nak pasang menatang alah ni..
Kedai mana? brand apa? berapa harganya? jenis letak kat mana?
Kat steering ke kat dashboard sebelah penumpang?

Tak kisahlah apa pun.. yang pasti..
Rakyat akan buat kesekian kalinya terpaksa 'diketuk' untuk kayakan supplier-supplier..
Hmmm.. towkey-towkey 'airbag' tengah congak-congak berapa untung leh dapat la nehh!

Terfikir jugak dengan idea dan arahan 'pemantul sinar' di helmet dulu..
Macam mana dengan statistik kematian penunggang motosikal..
berkurangan ke ye?

ke mengubat penyakit dengan penyakit?
sunsnake 21012011

Semua kenderaan diwajib pasang beg udara mulai tahun depan

January 21, 2011

RANTAU PANJANG, 21 Jan — Mulai tahun depan, semua kenderaan kecuali kenderaan pacuan empat roda diwajibkan memasang beg udara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata langkah itu bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kemalangan maut akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.

“Mulai tahun depan, kerajaan akan mewajibkan semua kenderaan dipasang beg udara bagi keselamatan pemandu dan penumpang kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina 2011, di sini, hari ini.

Berita Penuh

Friday, January 21, 2011

Orang Setinggan Penang Pengkhianat!!!

Jazlan baju biru kanan Najib.. Bukti dia Hulubalang Utama Melayu!
Jangan bantah cakap dia!! nanti jadi pengkhianat melayu!!!

Chesss!! buat kali ketiga!!

Penduduk 'setinggan' kat Penang ni memang pengkhianat!!!
Hangpa tak tau ka.. Dato' Jazlan ni Ketua UMNO Bahagian Pulai Johor?

Status sebagai Ketua Bahagian UMNO tu pun dah jelas menunjukkan..
Bahawa beliaulah pejuang melayu sejati!
Beliaulah yang lenggoknya lenggok panglima melayu!
Langkahnya langkah perwira satria melayu!
Geraknya... Gerak Hulubalang ketuanan melayu!!

Maka, sesiapa yang menentangnya adalah pengkhianat kepada bangsa melayu!
Bangsa melayu bangsa mulia! (ikut kata kat PWTC hari tu..)
Lagi mulia dari bangsa yahudi yang turut kata bangsa dia paling mulia!!
Wakakakakaka!

Memang pengkhianat la mamat-mamat setinggan nehh!!

wakakakakaka!
sunsnake 21012011

Dilabel UDA 'setinggan', penduduk kampung protes

Lebih 80 penduduk kampung membantah tindakan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA) di Pulau Pinang melabelkan mereka sebagai 'setinggan yang menetap di tanah haram”. NONEPenduduk yang berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang, memegang sepanduk dan memijak gambar pengerusi UDA Holdings, Datuk Nur Jazlan Mohamed kerana mengeluarkan kenyataan di akhbar pada 17 januari lalu. Mereka juga menuduh Nur Jazlan, yang juga ahli parlimen Pulai sebagai tidak bertanggungjawab, tidak bermoral, bodoh dan buta sejarah berhubung asal usul kampung mereka. Ketua kampung, Tanjung Tokong, Mohd Musannif Zainal Abidin juga memberi tempoh tiga hari kepada Nur Jazlan bagi menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf.

Berita Penuh

PRK Merlimau Kansel! Pengerusi SPR Merajuk?

Apa salahku.. Apa dosaku? wakakakakaka!


Wakakakaka!
Tergamak KM Melaka Ali Rustam marah Aziz SPR neh?
Takkan tak kenang segala jasanya?
Bukan kecik anak jasa Aziz SPR ni pada UMNO..

Kalau tak dek keberanian Aziz ni....
Dah lama ada dua PRK di Perak.. Behrang dan Changkat Jering!
Dah lama ada PRK di Kedah.. Dun Kota Siputeh..
Banyak lagi la jasa-jasa besar Aziz SPR ni..

Takkan kecik punya hal sampai nak marah-marah kat dia..
Kecik pulak hati Aziz SPR ni nanti..

Opsss!! Wallawe!
Aziz SPR ni pernah jadi SUK Kerajaan Melaka bawah Ali Rustam rupanya!!
Adehhhh!!! Patut laaaa...
Macam klon Khusrin...
Khusrin pun bekas UMNO jugakk!!

Adehhhhh!!!!!!!...

Patut laaa... baru kami tau!

sunsnake 21012011

ADUN Merlimau dikebumi, KM marah pengerusi SPR


ADUN Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Chinchin, Jasin, Melaka selepas solat Jumaat hari ini.Lebih 1,000 jemaah menghadiri solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Rashid Redza Mohd Salleh.

Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengiringi jenazah sehingga selamat dikebumikan. Hidhir (pertama dari kiri) adalah rakan karib Abdullah sejak sekian lama dan dipilih bertanding sebagai ADUN ketika Adullah adalah perdana menteri.

Berita Penuh

Khianat! Pakatan Rakyat Hina Sultan Selangor!


Cheisss lagi sekali!
Tergamak Pakatan Rakyat Selangor berarak menuju ke istana!
Berarak ke istana ni milik ekslusif Pembela (baca pemusnah) Ketuanan Melayu sahaja!
Berarak ke Istana ini milik ekslusif Armand PERKASA sahaja!!
Berarak ke Istana ini milik GAPS sahaja!!

Wakakakakaka!

Ni apahal yang Pakatan Rakyat pun sama nak berarak ke istana nehh??

Aduyaii!!
Kasi tunjuk sikit kat melayu UMNO tuh!
Bukan depa saja yang sayangkan sultan!
Kita lagi sayangkan sultan dan raja-raja melayu!
Kita lagi hormat sultan dan raja-raja melayu!

Apa-apa hal kita tak pernah menyorok belakang sultan!

Walhal, UMNO yang mengaku Daulat Tuanku di Perak,
UMNO yang mengaku Daulat Tuanku di Selangor,
UMNO yang mengaku Daulat Tuanku di Kedah..

UMNO lah yang paling banyak rekod hina sultan dan raja-raja melayu!
Tak percaya? Tanya Sultan Selangor la ni..
Siapa yang bawak lari anak raja Selangor untuk kahwin?

Tak percaya? Tanya Sultan Kelantan la ni..
Siapa yang tabal Sultan lain di Kelantan dalam masa Sultan yang ada masih sihat memerintah!

Tak percaya lagi? Tanya Sultan Selangor balik..
Siapa yang hilangkan kuasa Sultan tahun 1993?

Ehhh?? Nak gi mana tu pencacai UMNO?
Jangan gi lari report Polis!!

Tadi nyorok belakang sultan..
La ni dah lari nyorok belakang polis pulak??
adehhhh!!

Sebab tu bila diajak debat puak-puak ni tak mahu..
Kalau setuju pun lagi 1 jam debat nak mula.. call bagi alasan tak dapat datang..
kata ayah tak bagi datang debat..
kata mak tak kasi datang debat..
kata ketua bahagian tak bagi datang debat..
kata Ketua Perhubungan UMNO negeri tak bagi datang debat..

Tak percaya?
Pi Tanya Ketua Pemuda UMNO Larut..

Wakakakaka!

Dah DS Najib pun takut debat!
Inikan pulak Ketua Pemuda UMNO Bahagian!

Apsal tak bagi alasan kucing nak beranak je kat rumah!!!!

Wakakakaka!

Pembela melayu takut debat?

Cakap depan wartawan utusan.. depan kamera TV3 boleh laa...
Cakap direct depan rakyat?

Mak ayah kat rumah tak kasi!!! Wakakakakaka!

sunsnake 21012011


Rakyat S'gor berkumpul ikrar sokong Sultan, MB

Lebih 100 orang hari ini berhimpun di luar perkarangan Masjid Diraja Sultan Suleiman, Kampung Raja, Klang selepas selesai sembahyang Jumaat bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Selangor, menteri besar dan pentadbiran Pakatan Rakyat.

NONESambil melaungkan "Daulat Tuanku", "Hidup Rakyat" dan "Hidup Pakatan" , mereka berarak ke Istana Alam Shah di Klang kira-kira empat kilometer dari masjid itu.

Kumpulan tersebut menyerahkan memorandum taat setia kepada Sultan dan menolak campur tangan pihak luar ke atas pentadbiran Selangor.

Namun begitu, ketika cuba berarak, mereka dihalang oleh kira-kira 50 anggota polis yang telah berkawal dan membuat sekatan.

NONEAkibatnya berlaku tolak-menolak.

Kedua-dua pihak kemudiannya berunding dan pihak polis bersetuju membenarkan sepuluh wakil kumpulan itu ke istana.

Berita Penuh