Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, January 3, 2011

Pemuda UMNO - Dulu,Kini Selamanya Kecut Tel*r!!


Wakakakkaka!!
Teman dah kabo bertahun dulu lagi!!
Baru-baru ni pun teman dah kabo lagi.. (klik sini)
Kalo bab debat-debat ni...
UMNO lah satu-satunya parti politik dalam dunia yang paling penakut dan bacul!
Tapi kalau bercakap monolog depan kamera RTM,Tv3 Astro..
Ngalahkan Obama dia punya speech!
Semua orang salah!! dia saje yang betul!
Semua orang pengkhianat!! dia saja yang setia!!

Disini secara rasmi teman menganugerahkan Gelaran
"Pemuda Paling Bacul Di Abad ini" kepada Pemuda UMNO Perak khasnya dan Pemuda UMNO Malaysia amnya!

Jelas bukti betapa penakut dan baculnya pemuda-pemuda yang kononnya pembela melayu ini!

Piirrahhh pemuda UMNO!!
Depan Puteri UMNO masa penamaan calon berani laaa!!
Debat kapusss!!
Wakakakakaka!

sunsnake 03012011

Debat: Pemuda Umno Larut penakut

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Larut Nazri Din menyelar tindakan Ketua Pemuda Umno bahagian yang mungkir janji untuk berdebat isu Melayu Islam.

Beliau yang kecewa dengan ketidakhadiran Mohamad Anuar Arifin pada debat yang dijadual malam semalam mendakwa, pemuda Umno penakut dan hanya pandai bermain wayang.

"Pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat dan itu sudah disyaki sedari awal lagi.

"Buktinya sehingga tepat hari dan masa yang dijanjikan untuk berdebat, pemuda Umno masih lagi menyorokkan diri disebabkan takut untuk berdepan dengan pemuda PAS di pentas debat," kata Nazri kepada Harakahdaily.


Berita Penuh

Khusrin - Melukut Di Tepian Gantang?


Teman teringat story member teman yang keje kilang..
Dia ni Eksekutif kat kilang tu..
Ada la sorang anak buah dia.. operator..
Memang kuat melawan..
Melawan ntah apa-apa pulak tuh..
Pantang ditegur terus melawan!
Siap ugut yang dia tu orang PEKIDA kat area tuh!
Siap ugut yang bapak dia Ayahanda PEKIDA kat situ!!
wakakakak!!

Hatta dia melepak hisap rokok tak buat keje pun kalau ditegur..
Kompom mengamuk tak tentu pasal!
Aishhh... fenin kepala member teman dibuatnya..
Nak suruh berenti kerja tak boleh...

Akhirnya dia dapat idea..
Dia bagi mamat tu satu kerja baru..
Dia bagi mamat tu satu meja kecik dan kerusi plastik..
Satu simple form.. sebatang pen..
Kerja dia duduk kat pintu gate kilang,
catat nombor plat lori yang keluar masuk sepanjang hari..
Dari jam 8.00 pagi sampai 5.00 petang!
Tak kisahlah dia nak merokok kat meja tu.. nak makan.. nak minum..
kerja takde overtime..
Office hour!

Tak sampai seminggu berenti mamat tuh!
Hilang tanpa kesan!

Hmmm..
Kes Khusrin ni teman teringat balik kat kisah member teman nih..
Selayaknya MB Khalid bagi kerja jenis macam member teman bagi kat anak buah dia tuh!
Bagi meja dan kerusi..
duduk kat pintu gate SUK..
Kerja dia catat nombor plat kenderaan yang keluar masuk SUK!
wakakakaka!

Kesian Khusrin..
Nak Angkat Sumpah jawatan.. kena depan MB Khalid!
Haram MB Khalid nak layan!!!
Nak masuk mesyuarat exco.. dengan izin MB Khalid gak..
Haram MB Khalid nak bagi!!

MB Khalid dah minta Speaker Dun Selangor panggil mesyuarat tergempar..
Nak buang jauh-jauh segala hukum hakam pasal SUK nih!!
Mana yang kerajaan negeri boleh humban.. humbankan aje SUK nih!!
Simpan bukan ada dividen pun!!

Senang-senang je pimpinan UMNO Selangor kata..
Tak puas hati bawak la ke mahkamah!!!
Wakakakakak!!
Daripada mengadu ke mahkamah malaysia.. baik ngadu ke Batu Caves!!
Dah kompom tak menang!
Dah kompom ntah mana-mana law dia kaitkan!
Tak caya tanya Zambry Mamak Pangkor!
sunsnake 03012011

Khusrin: MB enggan jumpa saya

Setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru dilantik, Datuk Mohd Khusrin Munawi gagal mendapatkan temujanji bagi berjumpa dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung upacara angkat sumpah jawatannya. Upacara itu perlu diadakan sebelum beliau boleh menjalankan tugas-tugasnya termasuk mengambil bahagian pada mesyuarat dewan undangan negeri dan tugas ex-officio yang lain.
Berita Penuh

DUN tergempar bagi kembalikan kuasa Sultan
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang. Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Berita Penuh

UMNO Buktikan 2011 "UMNO Dahulukan Rakyat"!



Silap wartawan-wartawan nie..
Tak baca apa yang Ahmad Maslan, Ketua Kegelapan UMNO ni habis-habis..
Sepatutnya baca sampai habis...
Jangan baca sekerat-sekerat!

Itu yang ada di mulut dia..
sambungannya ialah..
"UMNO Dahulukan Rakyat untuk Susah! Kemudian kayakan kroni aku!"

haaaa.. tu full versionnya bro!
wakakakaka!

Kenapa la makcik pakcik felda tak faham-faham!

sunsnake 02012011

Ahmad Maslan: Tema ‘Umno Dahulukan Rakyat’ diperkasakan pada 2011


January 02, 2011 KUALA LUMPUR, 2 Jan — Slogan “Umno Dahulukan Rakyat” akan diperkasakan pada 2011 bagi memberi mesej jelas bahawa Umno sentiasa mahu melakukan yang terbaik dalam hal pembangunan rakyat dan negara, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan. Pelaksanaannya akan digiatkan melalui program Juara Rakyat yang akan dianjurkan sepanjang tahun dan disuntik dengan “gaya baru” dengan tema berbeza setiap bulan, katanya.

“Tema (program Juara Rakyat) untuk bulan Januari ialah pendidikan dan program ini akan bemula dengan gaya baru dengan mengadakan ceramah juara rakyat ketika aktiviti sedang berjalan.

“Ianya tidak seperti biasa yang hanya melibatkan pameran dan lawatan sahaja seperti sebelum ini dan ini dilakukan bagi memberikan penerangan yang jelas kepada peringkat akar umbi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Berita Penuh

Sunday, January 2, 2011

Bukti Pemimpin UMNO 'Utamakan Rakyat"!!

Korang ingat menteri ni nak susah hati ke harga minyak naik?


Hidup Melayu!!!! Hidup Ketuanan Melayu!!!! Wakakakaka!!!

adam lambert
adam lambert
adam lambert

adam lambert

Siapa Nak Bunuh Karpal Singh?




Di Selangor... Sewaktu pemerintahan UMNO-BN..
Masjid-masjid di Selangor sangat sunyi..
Tiada Tazkirah.. Kelas-kelas pengajian agama sangat kurang..
Kuliah-kuliah sangat membosankan!
Aktiviti-aktivit masjid sangat jarang dan pentadbiran masjid terutamanya kewangan sangat meragukan!
Kebanyakkan masjid di Selangor ketika itu hampir tiada laporan kewangan tahunan!
Malahan ada sebuah masjid yang laporan kewangan disediakan oleh Setiausaha! bukan bendahari!
Nazir-nazir masjid sangat lembab dan malas kerana lantikan mereka kebanyakkannya adalah lantikan politik! Malahan ada sesetangah nazir masjid dikala itu sangat jarang ke masjid pun!
Namun disebabkan dilantik oleh ketua Bahagian mahupun Ketua Cawangan UMNO,
maka jawatan itu diterimalah jugak.. Hakikatnya hati mereka bukan di masjid!

Kini, pasca kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor, walaupun terpaksa menghadapi pelbagai jenis rintangan terutamanya daripada konco-konco UMNO didalam JAIS dan MAIS yang diketuai oleh Khusrin dan juak-juaknya, akhirnya masjid-masjid di Selangor berjaya dikuasai oleh PAS secara umumnya.
Daripada Nazir sehinggalah ke siak, semuanya diisi oleh mereka yang dipilih secara pilihanraya/undian kariah masjid itu sendiri! Dan hasilnya, kini masjid-masjid di Selangor sangat meriah!

Ada aktiviti kelas pengajian bulanan, mingguan malahan ada juga aktiviti Qiamullail secara berkala di setiap minggu!
Tazkirah Jumaat yang diadakan sebelum khutbah Jumaat sangat menarik dan menyebabkan sidang Jumaat datang awal ke masjid. Tazkirah Ramadhan juga sangat menarik kerana dikala umat Islam berpusu-pusu menerima Rahmat Allah di bulan Ramadhan, ianya diisi dengan pengisian tazkirah Ramadhan yang sebelumnya diharamkan oleh Khir Toyo dan UMNO Selangor!

Di sesetengah masjid, dibawah nama Pemuda Masjid, aktiviti sukan seperti street soccer diadakan didalam kawasan masjid! Bukan senang mahu menarik hati anak-anak muda ke masjid jika tidak kerana sesuatu yang mereka minat. Ada aktiviti sukan seperti ping-pong dan karom yang dijalankan didalam kawasan masjid. Aktiviti senamrobik juga turut diadakan!

Kuliah Subuh boleh dikatakan diadakan secara harian dan semakin ramai Ustaz-ustaz jemputan dari seluruh pelusuk negara hadir ke negeri Selangor bagi berkongsi ilmu yang dimiliki. Aktiviti-aktiviti untuk anak muda yang berbentuk pengisian ilmu seperti Kem Smart Solat diadakan secara tersusun di seluruh masjid dan dibantu oleh Kerajaan negeri melalui Exconya Dr Hassan Ali dan Dr. Halimah.

Semuanya ini dikecapi setelah PAS memenangi pemerintahan Selangor melalui kerjasama politik dengan DAP dan PKR di PRU12 dahulu. Tanpa bekerjasama dengan DAP dan PKR, sangat mustahil PAS berjaya memiliki penguasaan kepada masjid-masjid ini!

UMNO secara jelas telah memusuhi PAS dan Islam secara halusnya apabila menyekat pelbagai jenis aktivti yang ingin diadakan sebelum kejatuhannya di PRU12 dahulu. Tazkirah Ramadhan telah diharamkan terus oleh MB UMNO Khir Toyo! Malahan ada sesetengah tempat Masjid terus disunyikan!

Selebihnya, adakah salah apabila PAS menyebelahi DAP? Sebaliknya, adakah perlu PAS membela UMNO yang sangat zalim terhadap institusi masjid?
sunsnake 02012011

Abd. Rahim diminta bertaubat

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, wakil rakyat Pas itu tidak sepatutnya mempertaruhkan nyawa kepada orang bukan Islam semata-mata atas kepentingan politik.

“Sebagai orang Islam tidak sepatutnya membuat sesuatu pendirian sanggup mati kepada bukan Islam kerana soal politik dunia tidak boleh dicampur aduk dengan hal akhirat.

“Beliau harus berfikir dan kembali ke pangkal jalan serta kewarasan agama kerana Islam mempunyai batasan tertentu dengan bukan Islam khususnya berkaitan akidah dan kenyataan itu jelas sudah terkeluar daripada ajaran Islam,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan ucapan Wan Abd. Rahim di Konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini yang memberi amaran ‘langkah mayat saya dahulu’ jika ada pihak yang ingin ‘mengusik’ Karpal Singh walaupun Pengerusi DAP itu sebelum ini pernah memberi amaran ‘langkah mayatnya dahul’ jika Pas mahu menubuhkan negara Islam di Malaysia.

Berita Penuh

Bukti Terbaru PKR Hina Sultan & Raja-raja Melayu!

Wakakakakak!!! Siol!!!
Gerombolan UMNO dah hina Raja-Raja Melayu sebelum penubuhan PKR lagi!!!
Aduhh!!! Kesian makcik pakcik Felda.. kena tipu hidup-hidup!
Ingatkan UMNO ni bela Raja melayu..
rupanya UMNO ni la Si Kitol! Tun Mutahir! Mendeliar!!! Wakakaka!

sunsnake 02012011