Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, October 31, 2010

Muhyiddin jadi Santa Claus!!! Pling!! Pling!!

Dulu teman pernah kabo..
Menteri-menteri UMNO ni..
bila mai musim kempen pilihanraya.. memang kompom ada magic!
Contoh Muhyiddin ni..
Gi Galas.. Pling!!! Ada projek rumah flat!
Gi Batu Sapi.. Pling!! Ada projek masjid baru!

Apa sebelum-sebelum ni orang Islam kat batu Sapi takde masjid ke?
Apsal sekarang baru nampak?
mendiang Yb dulu tak buat keje ka?

Lagi satu..
nampaknya Muhyiddin sangat-sangat berbangga dengan kuasanya..
Macam dah nak jadi takabbur pulak!
Ingat! Sifat Takabbur tu hanya milik Allah SWT!

Kelak buruk padahnya!

memang la PR tak dapat nak tunaikan janji sepenuhnya sebab belum dapat kuasa penuh!
cuba bagi kuasa penuh?? lebih dari itu boleh dapat!
Malahan tanpa ketirisan pun!!

Tak caye?? bagi la try tukaq kerajaan pusat sekali tengok!!!!

sunsnake 31102010

TPM umum masjid baru RM5 juta di Batu Sapi
Okt 30, 10 2:24pm


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM5 juta untuk membina sebuah masjid baru di kawasan Batu Sapi.

Beliau berkata berkata masjid berkenaan adalah untuk memberi keselesaan kepada ribuan penduduk Islam di kawasan berkenaan untuk menunaikan ibadat.

"Oleh kerana di sini terdapat ribuan umat Islam maka kita luluskanlah. Inilah berkat kita ada kuasa dan kemampuan," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lupak Meluas di Sandakan.

Projek PPR berkenaan melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos setiap blok dianggarkan antara RM80,000 dan RM100,000 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun akan datang.

Rumah yang mempunyai kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, dapur, ruang tamu serta dilengkapi dengan bekalan elektrik dan air adalah untuk penduduk setinggan di kawasan itu dengan penghuni dikenakan sewa sebanyak RM124 sebulan.

Menurut Muhyiddin kesediaan kerajaan memberi peruntukan untuk membina masjid, rumah, sekolah dan memberi bantuan kepada rumah-rumah ibadat lain seperti gereja, tokong dan kuil adalah kerana kerajaan BN ada kuasa dan kemampuan.

Berita Penuh

Saturday, October 30, 2010

Calon PKR Batu Sapi Jatuh Laut! Laagiii???

Calon PKR kerusi Batu Sapi, Ansari Abdullah (kiri) tergelincir selepas jambatan kayu menuju ke sebuah perkampungan nelayan runtuh petang tadi. Ini kejadian kedua melibatkan beliau.

pulak?? dah 2 kali beb!
ye lahh.. nak buat macam mana? Takdir Ilahi..
Agak-agak teman laa.. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan dah 2 kali calon PKR ni jatuh laut!

1. Pengikut ramai sangat!!
2. Sabotaj oleh Yong Teck Lee!!

wakakakaka!

p/s: teman tak dengar cerita lagi PKR dan SAPP tibai BN di Batu Sapi.. dok sibuk bertelagah 2 calon nih! aduyaiii!!

sunsnake 30102010

Friday, October 29, 2010

PRK Batu Sapi - Tiada Beban Batu Digalas!

Dua kerusi PKR tu yang patut ditumpukan! Rakyat meluat dow!

Itulah..
Teman dah kabo dah..
Sejak dari awal lagi...
PKR yang dok sibuk nak bertanding jugak apahal?
Musuh yang sama..

Adalah lebih baik PKR tumpu setelkan hal dalaman parti tu dulu..
Pemilihan yang berkecamuk!
Wakil Rakyat yang lompat parti!

Kena sedar diri wehhh!!

Sok yang dikejar tak dapat.. Yang dikendung berciciran!

Baik tumpu nak penambahbaikan Selangor...
Baik tumpu nak dapatkan balik Perak..
Baik tumpu nak perbetulkan kebodohan kerusi yang dah melompat!
Baik tumpu nak yakinkan rakyat dengan parti kamu..
Baik tumpukan pada PR..

Aduyaiii!!!
Nak tegur salah.. Tak tegur salah..
Tapi kena tegur gak laaa..
PKR selaku parti paling muda kena banyak muhasabah diri..
Jangan over sangat...
Kalau nak dengar nasihat laaaaaaa..

sunsnake 29102010

PRK Batu Sapi: Ansari mahu berdebat dengan Teck Lee

29/10/2010 4:38pm

SANDAKAN 29 Okt — Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah mendesak supaya satu debat diadakan dengan calon Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Katanya, Teck Lee yang juga Presiden SAPP dan bekas ketua menteri hanya membuat alasan bagi mengelakkan perdebatan apabila mendakwa bahawa beliau (Ansari) tidak mempunyai local standi untuk mewakili PKR kerana beliau hanya merupakan ketua parti bagi Tuaran.

Berita Penuh

Indra Putra Yang Ku Kenali

Ketika menyarung jersi Perak suatu ketika dahulu...


Teman ada satu sejarah dengan brader Indra ni..
Dan teman tumpang bangga dengan pencapaian dia sebagai pemain bolasepak pro..

Kome tentu tak percaya kalau teman kabokan teman pernah bersama dengan Indra ni dalam satu pasukan suatu masa dahulu..
Masa zaman sekolah-sekolah dulu laa...
Setahu teman si Indra ni budak Ipoh.. Sekolah Megat Khas..

Tahun 1997.. teman dan dia sama-sama dalam team Perak untuk Piala Razak di Melaka..
Hmm.. masa tu berat badan teman baru 60kg.. la ni dah 95kg!!!
Tinggi sama! wakakakaka!

Dia memang jenis serius di padang..
ada sikap 'kerek' sikit..
masa teman jumpa time selection sebelum tu..
memang berbulu je teman nengoknyerr!!

Ingat lagi dalam team tu ada Indra.. ada Jibung.. Ada si Ganja... Ada si Iqbal..
ramai lagi laa.. ntah mana la yang lain tuh!

Last teman tahu..
si Jibung dah gi main untuk Sabah..
si Ganja dah jadi goalkeeper team lain dah..
semua dah tak duk Perak!

teman si budakbalun ni pun dah merantau...
kasut bola pun dah buang ke laut!

aduyaiii!!
rindunye dengan team perak di kemuncak prestasi!!

buat Indra.. teman ucap Good Luck untuk malam minggu ni!
Gomo Kelate Gomo!!! ehh

Gomo Yob Kejor!!! ehhh!!! wakakakaa!

sunsnake 29102010

Indra tak rela Kelantan pulang tangan kosong

DUA musim bersama Kelantan, Indra Putra Mahayuddin pasti berasa cukup bertuah kerana dapat beraksi di pentas final Piala Malaysia.

Namun secara statistik, ia adalah aksi keempat Indra di final Piala Malaysia kerana sebelum ini dia pernah menggalas tanggungjawab bersama Perak.

"Tahun lepas kami tewas kepada Negeri Sembilan, jadi saya tidak mahu episod yang sama berulang. Melihatkan barisan pemain yang ada, saya cukup yakin kami mampu melakukannya tetapi kami kena bekerja lebih keras.

Berita Penuh

Galas - Bendera BN-UMNO Dibakar? Hmmm..


Hmmm..
Macam ada sedikit keraguan pulak dengan kes ni..
Sebab.. seumur hidup teman..
melalui pengalaman teman sendiri..
selalunya bendera PAS yang kena bakar,curi,buang dan sebagainya..

Baru-baru ni teman sendiri ada berbual dengan beberapa orang pemuda AMK bekas Pemuda UMNO..
Mereka sendiri mengaku pernah buat kerja buang bendera-bendera PAS nih!
Siap minta maaf kat teman lagikk!!
huhuhuhuh.. masa tu teman dok terfikir nak bagi pelempang ke nak bagi maaf??
wakakakak!

Bukan senang syeikh orang-orang PAS ni nak dapatkan bendera..
kena kumpul duit sesama sendiri..
kena gi beli sendiri bendera tu kat supplier..
sebab tu hanya PAS sahaja kot yang kutip balik bendera-bendera ni lepas ceramah.. lepas PRK..lepas kempen..
sebab kami tahu betapa bernilainya bendera-bendera tuh!
Kalau ada yang dibiar pun sebab lokasi tu strategik..
so, dibiarkan hingga reput.. itupun jarang-jarang sangat!

Lainlah UMNO-BN..
Bendera depa kalau depa nak..
Macam hujan turun dari langit!!
Sekali minta beribu helai turun!
Itu yang bila pasang tak turun-turun dah!!

teman teringat kata-kata Pak Din Hancur.. 'orang besi' PAS Bukit Beruntung..

"PAS punya bendera.. kita pasang dengan hati dan perasaan!, sambil pasang dalam hati kita mohon agar Allah SWT bukakan pintu hati rakyat agar terpaut hati dengan bendera kita ni..Dan kita pasang dengan hati ikhlas..."
sunsnake 29102010

BN harap kempen tidak kecoh

GUA MUSANG - Barisan Nasional (BN) bersikap tenang menghadapi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas walaupun terdapat insiden membakar bendera BN dan UMNO di Kampung Lembaga di sini semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap kejadian membakar bendera itu ditangani dengan baik.

Berita Penuh

Galas - Isu Royalti, Siapa Cuak Sebenarnya?


Perghh!!
Isu Royalti Minyak ni memang panas..
Memang pergghh!!

Kalau PAS bawak isu ni dalam kempen..
Rakyat akan perhatikan Ku Li..
Sebab dia menyokong Kerajaan Kelantan dalam isu ni..
Dalam masa sama dia Ketua BN untuk PRK Galas ni..
Dia pun Ketua Bahagian Gua Musang!

Silap-silap mau Ku Li terus senyap!
Kalau itu yang berlaku.. masalah pada UMNO-BN!
Gurkha tak nak bersuara!!
Pengarah PRK Galas BN senyap!

Mau terpaksa guna cara terakhir seperti di Hulu Selangor..
Angkut Mahathir turun kempen! wakakaka!

Siapa yang cuak sebenarnya? UMNO ke PAS?
aduyaii!!

sunsnake 29102010

Galas: PAS nafi ada ‘perjanjian’ dengan Ku Li elak bangkit isu royalti

October 29, 2010

GUA MUSANG, 29 Okt — Penasihat Jentera Pilihan Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menolak dakwaan wujud “perjanjian” antara parti Islam itu dengan Tengku Razaleigh Hamzah supaya tidak isu royalti minyak tidak dibangkitkan dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

“Tiada apa-apa perjanjian pun,” katanya sambil menafikan wujud persefahaman politik antara PAS dan Tengku Razaleigh yang merupakan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Galas.

Wan Abdul Rahim menegaskan, PAS masih tidak membangkitkan isu royalti minyak kerana tidak mempunyai penceramah yang bagus untuk mengendalikan isu royalti.

“Kita akan bangkitkan (royalti minyak) tapi sekarang kita tidak mempunyai penceramah yang berkebolehan seperti Datuk Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan) dan Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS).

“Bukan semua orang PAS boleh cakap pasal isu ini, royalti minyak kalau nak bercakap perlu ada fakta dan pengetahuan yang tinggi. Baru boleh cakap,” katanya pada sidang media di Markas Pilihan Raya Kecil PAS DUN Galas di sini pagi ini.

PAS sehingga kini masih belum lagi membangkitkan isu royalti minyak dalam setiap ceramah yang dianjurkan sebaliknya lebih tertumpu kepada isu nasional lain.

Berita Penuh