Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, October 19, 2010

Sudah-sudahlah tu Che Det!


Dulu dah umum keluar parti!
Lepas tu bila Pak Lah dah resign jadi PM...
dia masuk balik..

Dulu dia tuduh Anwar Ibrahim bukan-bukan..
1dunia tahu macam mana mahkamah Malaysia jadi kanggaru!
1dunia pelik dengan Peguam Negara Malaysia..
1dunia pelik dengan pendakwaraya!
1dunia pelik dengan Polis Malaysia!

Akhirnya.. Anwar dibebaskan oleh mahkamah yang pelik tadi..
Pun Veteran UMNO ni tak puas hati masa tu!

Setelah lebih 7 tahun..
Veteran UMNO ni meracau lagi!

Hmmm.. seolah-olah skrip baru ni banyak sangat kepincangan!
Sampai perlukan Director lama bersuara kembali!

hmmm.. kompom ada apa-apa ni!
Ada sesapa dapat bau tak?

sunsnake 19102010

Heret Anwar ke mahkamah

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusannya mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke muka pengadilan atas tuduhan meliwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan tepat.

Ketika bercakap pada sesi dialog di hadapan 63 wakil daripada 22 parti dari 20 negara yang hadir pada program forum antarabangsa hari ini beliau turut menegaskan kes yang melibatkan bekas timbalannya itu bukan satu konspirasi.

Sebaliknya beliau berkata, usaha itu dilakukan secara berhati-hati iaitu dengan bersandarkan kepada fakta serta bukti yang ada kerana ia melibatkan perbicaraan di mahkamah selain turut membabitkan maruah seseorang.

“Sebagai seorang yang rasional mustahil kes Anwar ini hasil daripada konspirasi. Kes Anwar membabitkan institusi kehakiman dan di dalam institusi ini konspirasi sukar dilakukan kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak pihak.

Berita Penuh

Mahathir "Sedikit Terkejut" Anwar Dibebaskan

Kuala Lumpur, 3 September 2004 13:54
Mantan PM Malaysia Mahathir Mohamad, Kamis, menyatakan "sedikit terkejut" dengan keputusan Mahkamah Federal yang membebaskan Anwar Ibrahim.

"Itu keputusan pengadilan bahwa dia tak bersalah," kata Mahathir, mengenai pembebasan Anwar yang mantan Wakil PM Malaysia dan Menteri Keuangan itu dari putusan hukuman sebelumnya menyangkut kasus sodomi.

Mahathir mengatakan, dirinya selalu menjelaskan kepada banyak orang yang meminta saya mengasihani, dermawan dan membebaskan Anwar. Faktanya, ia tidak punya kekuasaan untuk membebaskan (Anwar) karena Malaysia tunduk pada proses hukum.

Mahathir menyampaikan komentarnya setelah Anwar Ibrahim meninggalkan pengadilan sebagai orang bebas, Kamis, yang disambut ratusan pendukungnya setelah ia menang naik banding atas kasus sodomi.

Sumber

Dah Veteran Baru Tak Puas Hati Ke??


Standard la politik UMNO..
Dah veteran baru terhegeh-hegeh umum keluar parti!
Dah nyanyuk baru kelam-kabut merajuk keluar parti!

Sebab apa?

Sebab dah takde jawatan!
Sebab dah takde gigi!
Sebab dah takde 'aura'!!!

Cakap dia, Pemuda UMNO dah tak nak dengar!
Cakap dia, Puteri UMNO buat tak dengar!
Cakap dia, Wanita UMNO buat bahan lawak!
Cakap dia, Ketua Bahagian UMNO humban dalam telaga!

Akhirnya umum keluar parti..
Dengan harapan ada orang nak pujuk!

Walhal.. projek dah tak masyukkk..
Semua UMNO yang muda-muda rembat dan bakal merembat!

Wakakakaka!!!

Peringatan buat UMNO yang muda-muda...
Nak callo.. callo la masa muda-muda ni..
Baru la nampak stylo dan gah!
Nak callo.. callo la masa gigi masih banyak!
baru la nampak hebat dan gagah!

wakakakaka!
sunsnake 19102010

Ahli politik veteran Sabah Karim Ghani keluar Umno

October 18, 2010

KOTA KINABALU, 18 Okt – Seorang ahli politik veteran utama yang membawa Umno masuk ke Sabah, Datuk Karim Ghani, mengumumkan beliau keluar dari parti itu hari ini.

Karim adalah antara bekas pemimpin Usno (United Sabah National Organisation), termasuk Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun (pengasas Usno), yang memainkan peranan membawa Umno masuk ke Sabah pada 1990an.

Usno dibubarkan untuk memberi laluan kepada Umno.

Karim berkata beliau telah menghantar surat peletakan jawatannya ke ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan pejabat negeri parti itu di sini, awal hari ini.

“Saya telah keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta hari ini. Saya tetap dengan keputusan ini dan dalam pada itu saya tidak berparti sehingga menemui parti politik yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Karim berkata beliau kecewa dengan kegagalan Umno untuk mencapai objektif memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat Sabah.

Berita Penuh

Niaga Cendol Pun Ada Untung-Rugi la!


Seronok betul meniaga lebuhraya nih!
Kompom untung!!
Kalau nampak macam nak rugi pun tara hal..
Kerajaan leh support!

Kalau nampak macam nak rugi..
Ini masalahnya untung memanjang!
Tak pernah lagi teman dengor PLUS rugi!

Tapi yang peliknya..
nak kata untung PLUS tu dapat ke pekerja idak jugak..
Bonus tahunan untuk pekerja PLUS pun idal besor benor..
takat 1-2 bulan je..
kalau lebih pun ada kuota..
hmmm... kemana agaknya untung PLUS..
dengar-dengar cerita hutang beli tanah pun dah lama setel!
huihhh!! kaya cash PLUS nih!!
sunsnake 19102010

Pampasan tol: Putrajaya dijangka bayar Plus RM7.5 bilion

October 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Okt – Plus Expressway Berhad kemungkinan akan dibayar pampasan sehingga RM5 bilion ekoran keputusan kerajaan tidak mahu menaikkan tol lima tahun akan datang membabitkan empat lebuh raya, kata UEM hari ini.

Selain itu, pemegang konsesi Lebuh Raya Utara-Selatan dan beberapa lebuh raya itu juga perlu dibayar RM2.5 bilion dalam bentuk pampasan sehingga 30 Jun lalu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan UEM, yang turut mengesyorkan untuk menswastakan PLUS, juga telah memulakan perbincangan untuk menstrukturkan semula perjanjian konsensi.

Perjanjian untuk menswastakan Plus akan selesai antara lapan dan 12 bulan lagi.

Berita Penuh

Monday, October 18, 2010

Lagi Bukti UMNO Parti Islam Sebenar!!! [Gambar]

Ulamak bangang!!!!


Teman dah habih ayat dah nak maki Rosmah ni..
Alhamdulillah lah jugak..
sekurang-kurangnya Allah SWT tunjukkan pada kita siapa sebenarnya Najib-Rosmah laki bini nih!
Hebat betul kekeliruan mereka dengan Islam sebenarnya!
At least kita tahu takat mana pengetahuan Islam mereka!

Aduyaiii..
Kenapa la makcik pakcik Felda tak nampak lagi!!
Ke masjid/surau tak miss..
Solat jemaah 5 waktu!
Tapi tangan najib dan rosmah ni lah diciumnya kalau berjumpa!
Aduyaiii!!
Bodoh! Dulu Kini Selamanya!!!

sunsnake 18102010

UMNO Parti Islam Sebenar - Najib Tun Razak

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menafikan dakwaan Nik Abdul Aziz bahawa Umno menghabiskan masa lebih 50 tahun untuk menyerang pergerakan Islam seperti PAS, sebaliknya Najib berkata Umno adalah parti sebenar yang membangunkan Islam di negara ini.

"Kita tak menyerang pergerakan Islam, kita menegakkan Islam di dalam negara kita. Kita membangunkan Islam dalam negara kita, yang mana Umno lah yang menjadi parti yang sebenarnya membangunkan Islam di tanah air kita ini, pada hakikatnya...jadi tidak benar apa yang mereka kata.

"Yang kita berbeza pendapat ialah dengan cara PAS. Politik PAS itu yang kita bezakan sebab PAS adalah parti politik. PAS tidak disamakan dengan Islam, PAS pada hakikatnya adalah sebuah parti politik...ini yang saya nak tegaskan," katanya. BERNAMA

Berita Penuh



















sumber & berita penuh - pria malaya

Khalid MB - Elok Benor la Tak Bertanding..


Dulu..
Jadikan Azmin Ketua PKR Selangor..
Sebab nak bagi Khalid lebih ruang mentadbir Selangor..
Dah cantik la tuh!
Selaku Parti termuda dalam PR.. Ada banyak lagi yang Khalid ni kena belajar...
Sepak tendang politik dalaman apatah lagi luaran..

Banyak-banyak la gi belajar dengan otaimer seperti Ustaz Azizan.. Tuan Guru Nik Aziz..
takde ruginye MB Khalid ni merendahkan diri untuk melompat lebih tinggi!

Teman akui MB Khalid ni genius dalam pentadbiran..
Apatahlagi kewangan...
Tapi dalam politik.. You're too 'lurus'..
so better concentrate kat pengurusan negeri..
Banyak lagi kelemahan kerajaan PR Selangor yang teman sendiri nampak!

Kalau geng-geng PKR nak dengar laa..
Kalau tak nak dengar.. ntahlahhh..
Jangan kena humban dek rakyat terlebih dahulu daripada UMNO suddaaahh!!!
Kelak dengan PAS dan DAP pun terpalit sama!!!

sunsnake 18102010

MB Selangor: Saya tak tanding sebab mahu utamakan PRU-13

October 17, 2010
KUALA LUMPUR, 17 Okt —Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk tidak bertanding sebarang jawatan termasuk timbalan presiden PKR kerana mahu memberi fokus terhadap usaha mengekalkan Selangor di tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13.

“Tugas saya juga adalah untuk memastikan bahawa Selangor dikekalkan sebagai kubu kuat Pakatan Rakyat,” tegas Menteri Besar Selangor ini dalam satu kenyataan memperjelaskan keputusan terbarunya.

Pada sesi penerimaan pencalonan semalam, sekretariat pemilihan PKR menerima pengesahan daripada dua Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub serta Datuk Zaid Ibrahim.

Seramai 19 calon bertanding jawatan naib presiden yang menawarkan empat kerusi.

Pada 10 Oktober lalu, Khalid selepas spekulasi berterusan mengesahkan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden dan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menilai kesan pendiriannya itu.

Bagaimanapun beliau tidak menyerahkan borang penerimaan pencalonan semalam.

Berita Penuh

Jangan Buat KWSP Macam UMNO Punya!

Kami pedulik apa Menteri rembat duit KWSP?
Janji dapat air mineral suddaahh!!

Pada teman..
Itu sebenarnya maksud Bro Solomon nih!
Sorry Bro Solomon kalau bukan itu maksud kamu!

Bila Kerajaan UMNO ni susah sikit..
rembat duit KWSP..
susah je sikit.. rembat KWSP!
Dah macam fix deposit UMNO pulak!

Yang 5 Billion dulu pun ntah apa cite...
Ventura Cap ape ke namenye..
Macam siram petrol kat unggun api lee...

hmmm.. UMNO ni memang pantang nampak duit!
Harta orang pun dia pedulik apa!
KWSP tu sah-sah antara yang paling banyak cash money!
Macam-macam alasan la cara nak rembat!
Semuanya demi negara!

Apsal la makcik pakcik Felda tak nampak-nampak lagi!
aduihh!!
sunsnake 18102010

Kesatuan: KWSP kena labur tapi kami perlukan jaringan sekuriti

October 18, 2010

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Sambil mengakui hakikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh hanya menyimpan caruman ‘di bawah bantal’, kesatuan sekerja menekankan keperluan “jaringan sekuriti” agar dananya tidak menjadi sandaran pihak berkuasa bulat-bulat, yang trendnya makin ketara belakangan ini.

Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja juga tidak menolak senario seolah-olah kerajaan terpaksa bergantung pada dana KWSP, sebagaimana disaksikan dalam Bajet 2011, dan berharap jaringan sekuriti diadakan agar sumber simpanannya tidak digunakan secara sembarangan.

Mengulas perkembangan semasa, Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon berkata, hakikatnya dana KWSP tidak boleh statik tanpa pelaburan jika mahu membayar dividen kepada pencarum, tetapi pelaburan caruman badan berkanun itu juga tidak boleh keterlaluan tanpa kawalan.

“Nampaknya begitu... saya tidak pasti dengan kandungan bajet-bajet lalu, tetapi kali ini saya nampak seolah-olah kerajaan banyak bergantung pada dana KWSP,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Berita Penuh