Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, September 27, 2010

Indahnya Islam dibawah Ibrahim Ali!


Wakakakak!!
Lagi mamat ni bukak mulut lagi terhibur teman dibuatnya!
Teman berdoa agar spesis ini jangan pupus dulu dibumi Malaysia nih!

Sejak teman di bangku sekolah sampailah anak teman pulak dibangku sekolah!
Spesis ni tak jemu-jemu menghiburkan dunia politik Tanahair!

Kalau tanya kat Chin Peng pun gamaknya dia tahu siapa Ibrahim Ali ni!
Kompom ketawa terbahak-bahak Chin Peng bila dengor Ibrahim Ali ghoyat lagu neh!!

sunsnake 27092010

Kelantan akan menjadi lebih baik sekiranya Ibrahim Ali menjadi menteri besar.

September 25, 2010

PASIR MAS, 25 Sept — Walaupun memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket PAS, Datuk Ibrahim Ali tetap mengkritik pemimpin parti Islam itu dengan menyifatkan mereka sebagai “tin kosong” dan tidak melakukan apa-apa perubahan untuk rakyat di Kelantan.

“Saya tin kosong? Yang tin kosong pemimpin PAS bukan saya kerana saya telah lakukan banyak perkara untuk penduduk di Pasir Mas.

“Tetapi Menteri Besar (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tidak buat apa-apa selama memerintah selama 21 tahun.


Berita Penuh

Maha Benarlah kata-kata Reezal Merican Itu!!!


Tanpa menafikan apa jua yang berkaitan dengan judi adalah haram..
Teman sokong Reezal Merican dengan sekeping gambo diatas sebagai bukti sokongan teman!

Sama-sama kita tunggu penjelasan Najib berkenaan hasil cukai daripada Genting Highland!!!
yeehhhaaa!!

sunsnake 27092010

Pengakuan dedahkan pembohongan Guan Eng - Reezal Merican

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pengakuan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam bahawa pihaknya menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu telah mendedahkan pembohongan yang dibuatnya sebelum ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pengakuan berkenaan bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu sebelum ini yang menafikan sama sekali wang judi digunakan untuk tujuan berkenaan.

''Sebelum ini Guan Eng menyifatkan kita sebagai munafik kerana membuat tuduhan tidak benar dan nampaknya beliau yang sebenarnya mempunyai sifat sedemikian,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan Guan Eng dalam laman sosial Twitter semalam bahawa pihaknya menggunakan dana sumbangan Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Guan Eng bagaimanapun berkata, wang itu hanya digunakan untuk membantu penduduk miskin tegar bukan Islam.

Berita Penuh

Jamuan Aidilfitri PAS Hulu Selangor Meriah!

Banner daripada Pemuda PAS


Banner di Pentas Utama


Jelas setiakawan Pakatan Rakyat Hulu Selangor!
Jom Humban UMNO-BN ke laut!


Orang Besi PAS Zon Bukit Beruntung bersama Gerai ABC nya!


Antara juadah yang disediakan oleh gerai-gerai dari setiap cawangan dalam
Kawasan Hulu Selangor


Kehadiran YDP Majlis Daerah Hulu Selangor sangat dihargai!
InsyaAllah kali ni tak terima penyapu dah!!!


Mengambil kesempatan untuk berbincang sesama 1Malaysia!


Antara bakal penyambung perjuangan Islam...


PAS pengkhianat kerana izinkan bukan Islam hadir di Jamuan Aidilfitri!!
Aidilfitri hanya untuk Melayu!!! - Pencacai UMNO!


Unit Amal - Dimana jua..kami akan berada!


Penyambut tetamu yang sangat Istimewa!




Waaa.. Ah So pun mau try roti jala maaa!!


Sabar menantikan giliran menerima ABC PAS Zon Bukit Beruntung!!!


'Sabor..Sabor.. ada satu lori lagi lemang on the way!!!"


Mampukah aci-aci ini tersenyum sekiranya majlis ini anjuran UMNO dan PEKIDA??wakakaka!


Al-Fadhil Ustaz Wan memulakan majlis dengan bacaan doa... Amin!


Barisan pimpinan PAS dan PKR Hulu Selangor..


YDP PAS Kawasan Hulu Selangor memberikan ucapan...


Gerai buah-buahan daripada PAS SKC!! Allahuakbar!!


2 pejuang PASZBB sedang beraksi!!!


Pusing syeikh!! Jangan tak pusing mesin ais tuh!! jarang-jarang jumpa!!!
Jangan sampai terkerolap tangan udahhh!!


errr.. Tarian 'Nobody' macam kat rumah Ismail Sabri takde ke?? wakakak!





Suasana kemeriahan!!!



Anak Muda Geng PAS!





sunsnake 27092010

Lagi Majlis Raya PAS Tidak Dapat Sambutan!

Harakahdaily
KLANG, 27 Sept: "Minta maaf makanan licin. Saya sendiri tidak sempat merasanya sedikit pun," kata Dr Halimah Ali, Exco kerajaan negeri Selangor mengulas kedatangan yang terlalu ramai ke majlis hari raya anjuran beliau semalam.

"Sambutan teramat luar biasa. Sesak, di dalam, di luar dewan dan di jalan raya. Memang makanan habis langsung. Saya tak rasa langsung. Tapi semua happy," kata Dr Halimah kepada Harakahdaily bagi mengulas majlis yang mendapat sambutan luar biasa semalam.

Dr Halimah, Adun Selat Klang menganjurkan majlis Aidil Fitri di Dewan Orang Ramai Teluk Pulai dekat sini semalam. Orang ramai mulai memenuhi dewan itu sejak jam 1.30 tengahari walaupun majlis sebenarnya bermula jam 2.00 petang.

1000 sampul duit raya yang disediakan untuk kanak-kanak yang datang habis, kata Dr Halimah lagi.

Turut memeriahkan majlis adalah maskot Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Alif dan Anis di samping persembahan nasyid Urdu oleh qari Bangladesh yang berduet dengan Ustaz Mahfuz al Hafiz.

Pengetua Sekolah Jahil Islam?


Dalam berita ni tak pulak diberitahu adakah pengetua sekolah tu melayu atau bukan?
Tapi kalau pengetua tu melayu..
Memang jelas kebangangannya..
Kalau benar yang pengetua tu suruh budak-budak bukan Islam tu turut sama menadah tangan masa bacaan doa memang jahil tahap bangang punyalah!!

memang tak baca Quran dan Hadis la pengetua tuh!
Mana ada paksaan memeluk Islam??
Masalahnya itu bacaan doa!

Lainlah kalau pengetua tu suruh budak-budak tu nyanyi lagu negaraku..
kalau dalam hal ni budak-budak tu tak nak..
meh sini bior teman bagi penerajang kat budak-budak tuh!!

Macam teman leh agak je apa fikrah politik pengetua tuh!!!
wakakaka!
sunsnake 27092010

Lagi gejala 'rasis' di sekolah

Dua lagi insiden pengetua dan guru 'rasis' dilaporkan. Kali ini, membabitkan sebuah sekolah di Muar, Johor dan sebuah lagi di Tengkera, Melaka.

Perkara ini didedahkan oleh ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa dan ADUN Bachang, Lim Jak Wong kepada Suara Keadilan Online. Er mendakwa pada April lalu, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar di Muar memaksa lebih 50 pelajar bukan Islam daripada tingkatan satu hingga lima supaya menadah tangan serta membaca doa bersama-sama pelajar Islam semasa perhimpunan bulanan sekolah itu.

Beliau mendakwa pengetua telah mengarahkan pelajar bukan Islam meniru cara berdoa pelajar Islam.
Berita Penuh

PKR - Awas-awas.. Hati-hati.. Jaga-jaga


Teman tak berniat nak masuk campur hal ehwal dalaman PKR..
Sebagaimana Najib begitu menjaga dirinya agar tidak mencampuri hal ehwal dalaman MCA dan MIC..

Cumanya teman nak pesan..
Dalam keributan suasana dalaman PKR yang semacam semakin tidak terkawal ni..
Dalam suasana rakyat semakin jelas memerhatikan secara mikro setiap inci tingkahlaku kita didalam Pakatan Rakyat ini..
Dalam keadaan rakyat semakin tidak ada pilihan lain selain memilih PR dan menghumban BN ke laut..

Jangan disebabkan hal-hal sebegini..
PR akan disamakan dengan BN..

Mengapa susah sangat PKR nak jadikan PAS sebagai contoh?

PAS pernah dilanda gelombang fitnah 'kerajaan perpaduan' sebelum muktamar pemilihan..
Alhamdulillah... atas kekuatan fikrah ahli-ahlinya..
Gelombang itu berjaya diatasi malahan PAS menjadi lebih padu selepas muktamar pemilihan itu!
Atas dasar kesatuan Islam.. PAs menjadi lebih matang sebermula ahli-ahli di peringkat cawangan hinggalah ke tahap Mursyidul Am!

Apakah rahsianya??

Satu je.. 'Jangan Gila Kuasa!"

Jangan dibawak perangai UMNO kamu semua ke dalam PKR!!!
sunsnake 27092010

Eli Wong bantah kekalahannya di PJU

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini. Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh hanya memindahkan keahliannya ke cabang PJU pada bulan Ogos.

Sedangkan, katanya, ia melepasi tarikh akhir kelayakan - Jun - dan mendakwa pemindahan keahlian Lee itutidak mematuhi peraturan.

Dalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala Lee mendapat 222 undi.

Kamarul: Ahli PKR tolak saya sebagai MP

Datuk Kamarul Baharin Abbas menyifatkan kekalahannya dalam pemilihan PKR cabang Teluk Kemang hari ini sebagai isyarat kepada pengundi bahawa ahli parti itu menolak kewibawaannya sebagai wakil rakyat mereka di parlimen berkenaan. Beliau tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Teluk Kemang, kepada ADUN Port Dickson, M Ravi.Ravi merupakan pemangku jawatan berkenaan. Beliau mendapat 279 undi manakala Kamarul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) memperolehi 135 undi.

Ahli pulau mesyuarat agung PKR Parit Sulong

Mesyuarat agung Cabang PKR Parit Sulong, Johor pagi ini tergendala apabila sekumpulan ahli bertindak memulaukannya. Mereka bertindak demikian antaranya kerana meragui tindakan mengadakan mesyuarat itu di rumah salah seorang calon yang bertanding untuk jawatan ketua cabang tersebut. Penyandang jawatan tersebut, Hasmi Hashim, ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, mengesahkan perkara tersebut. Katanya, kira-kira 20 orang perwakilan membantah mesyuarat itu diadakan di kediaman timbalan pengerusi tetap cabang itu, Alias Samsir yang turut bertanding jawatan ketua cabang. Difahamkan, mereka yang memulaukan mesyuarat itu adalah penyokong Hasmi.