Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, September 10, 2010

Perang di Kuala Kangsar!!! Sila Sahkan!!



Ada sesapa leh sahkan??
gila best cenggini!!!
perrghhhhhh!!! Polis dan undang-undang dah macam tiada lagi!!!

Bukti Kekayaan Bukan Formula Kebahagiaan!!!

kalau teman kaya.. mungkin ini yang teman buat dulu!!! wakakak!


susah jugak jadi orang kaya ni..

jadi orang miskin pun susah jugak..

nak jadi orang tengah-tengah pun.. iskk..

memang dah tengah lah ni pun..



terbukti formula mencari bahagia didalam hidup ni bukanlah kekayaan..

tengoklah.. sekaya-kaya dia.. huru-hara gak keluarga sambut raya tahun ni..

semiskin-miskin kita ni..

ada gak complete ahli keluarga balik berkumpul tahun ni..

Alhamdulillah..



kepada keluarga susilawati ni..

tabahlah...

Berdoalah moga-moga dia kembali dengan selamat..

dan kalau dah kembali dengan selamat kelak..

janganlah buat perkara-perkara yang tidak disukai Allah SWT..

kembalilah kepada ajaran Islam..

jaga aurat.. jaga adab...

Insyaallah bukan setakat kaya didunia.. tapi bahagia di akhirat..

wallahua'lam



sunsnake 10092010


Keluarga Sosilawati berharap jutawan muncul selamat menjelang Syawal
September 10, 2010


LUMPUR, 9 Sept – Ketika orang Islam bersiap sedia untuk menyambut Aidilfitri esok, bagi keluarga Datuk Sosilawati Lawiya yang hilang sejak 10 hari lalu, sambutan tahun ini tidak bermakna selagi tidak bertemu dengan jutawan kosmetik itu.

Menurut anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, tiada persiapan secara besar-besaran dibuat menyambut Aidilfitri tahun ini.“Persiapan Aidilfitri tahun ini ala kadar sahaja kerana kami masih lagi bersedih dan menantikan perkembangan terbaru ibu.“Saya dan adik-beradik berharap sempena Aidilfitri esok ibu dapat ditemui dalam keadaan selamat,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri Dari BudakBalun!!!

Alhamdulillah..
Teman dah sampai kampung..
Perjalanan balik ke kampung pun aman je..
tak jammed.. hehehehe
Bukit Beruntung~Tg Malim.. hahaaha
apa ada hal!! Lagu Raya DJ Dave tak abis lagi..
teman anak bini dah sampai kampungg!!!
wakakakak!

Dikesempatan ini..
teman nak ucap Selamat Hari Raya buat pengunjung blog miskin teman ni..
baik pengunjung setia mahupun tak setia..
baik dari UMNO apatahlagi PR!!

Semoga kehadiran Aildilfitri kali ini..
membuka pintu hati orang-orang UMNO agar meninggalkan parti yang semakin merosakkan negara itu..
Dan yang PR terutamanya PAS, ikhlaskanlah hati dalam perjuangan..
Sesungguhnya tiada istilah penumpang didalam perjuangan ini..
Semua kena bekerja.. kena berkorban jiwa dan raga apatah lagi harta..

Kerana kejayaannya akan kita kutip bukan sahaja didunia dengan ketenangan jiwa..
tetapi di akhirat dengan kejayaan yang akbar!

InsyaAllah..

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!!

sunsnake 09092010

Wednesday, September 8, 2010

Woi Khusrin!!! Apa hukum ni bro???





quran itu kalamullah...kalimah Allah dan perundangan Allah

quran itu bukan seperti surat khabar utusan melayu,suara keadilan,sinar harian,harakah dan sebagainya

ianya suci dan menyucikan nafsu bagi yang mengerti

kalau belajar bahasa arab...tahu apa maksud terjemahan ayat2 quran tu

tapi kalau jahil dan tak nak belajar...maka jadilah pembacaan itu seumpama burung tiong dan burung kakak tua.pandai mengajuk percakapan orang...tetapi apabila orang bertanya semula...tak dapat menjawabnya

kita sebenarnya jahil ilmu.masyarakat kita jahil dan malas belajar

sebab itu apabila timbul satu isu...maka menjadi panas isu itu.kita menjadi panik dan pelik

sebenarnya jika kita belajar ilmu islam dengan lebih tinggi...tak menjadi pelik pun.biasa je

tetapi oleh kerana kita jahil tukil...maka semua benda menjadi pelik

seperti budak yang takut kepada hantu...kalau kita mintak dia tunjukkan hantu itu...dia tak dapat berbuat demikian

sama juga dengan kita yang jahil...kita meraba2 dalam agama kita sendiri disebabkan kita bukan membudayakan ilmu...tetapi membudayakan produk dan hasil yang segera seperti kilang

kepala otak kita bukannya berkimlatkan ilmu.tetapi berkiblatkan wang dan dunia

kita hanya kenal agama apabila ada kematian,tahlil,aqiqah,qurban dan seumpamanya

sedangkan belajar agama itu hukumnya FARDHU AIN kita alpa dan abaikan

kembalilah kita kepada sumber yang sebenar...sudah terlalu jauh kita pergi

dengan semangat ramadhan yang penuh berkat ini...marilah kita semua u-turn kepada ISLAM...agama kita sendiri yang diciptakan oleh Allah SWT

adie79 - TKO

Musa Hassan - Ye ke?? La ni baru nak habaq??


Wakakakak!!
Baru je pagi tadi teman respect mamat ni..
La ni jadi lain lak!!

Ko sendiri tak mampu nak tanggung betapa hebatnya tekanan dalaman (baca-UMNO) dan luaran (baca- APCO) sepanjang ko jadi polis berpuluh tahun!!
inikan pula nak nasihat orang lain?

bro, sistem Malaysia ni dah hancur!
Sebaik mana pun sistem kepolisian Malaysia ni..
Sehebat mana pun sistem Kehakiman Malaysia ni..
Secanggih mana pun sistem keadilan Malaysia ni...
Kalau dah namanya UMNO...
KL Tower pun boleh tumbang!!!
KLCC pun boleh hancur!!!

Islam pun depa leh gadai bro!!!
Inikan pulak Polis Diraja Malaysia!!!
Apa ada hal!!!
sunsnake 08092010

IGP ingatkan polis jangan jadi 'orang suruhan'

Sep 8, 10 2:57pm

Ucapan perpisahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini secara tidak langsung terus membidas camputangan Kementerian Dalam Negeri. Musa yang dilihat tidak mahu berundur sebelum menyatakan apa yang terbuku di hatinya, mengingatkan anggota polis dan pegawainya supaya kekal setia meskipun “menerima tekanan dari pihak atasan dari dalam dan juga luar”. “Jangan jadi 'yes men'. Jangan jadi orang suruhan. Jika polis terdiri daripada orang suruhan, seluruh pasukan akan busuk dan musnah,” katanya. Beliau juga mengingatkan anggota polis supaya tidak berpuak-puak.

Berita Penuh

Harian Metro Menipu? Armand Perkasa!!!

Aumm!! Aumm!! Meoww???

Chisss!!
tergamak Harian Metro menyiarkan berita-berita macam ni??
Bukankah ini khianat agama, bangsa dan negara namanya!!
mana mungkin negeri yang diperintah oleh pejuang bangsa seperti Ali Rostam boleh ada
rakyat yang semiskin ini!!

Chisss!! Ini semua tipu!!
Ini mesti Anwar Ibrahim dah jadikan Harian Metro ni agen yahudi! agen USA! agen Obama!!!

Sial punya Harian metro!!

Apa lagi Armand PERKASA? gi la demo depan pejabat Harian metro..
Pejabat Harian Metro tau!! bukan depan pejabat PKR Tropikana!!
Tak takut ke kena tempelak dengan makcik itu hari?
wakakakak!

sunsnake 08092010

Pesara TUDM hidup dalam kemiskinan


ALOR GAJAH: Kedatangan Aidilfitri bagaikan tidak memberi makna kepada pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang kehilangan penglihatan dan hidup dalam kemiskinan sejak hilang mata pencarian kira-kira 23 tahun lalu.

KENANGAN...Zamri dan isteri melihat buku TUDM miliknya ketika dalam perkhidmatan.
KENANGAN...Zamri dan isteri melihat buku TUDM miliknya ketika dalam perkhidmatan. Dengan wang pencen RM330 sebulan, Zamri Kasmin, 52, dari Kampung Sungai Petai meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan bersama isteri, Saadiah Mohd Said, 52, sejak anak tunggal mereka berumah tangga.

Kepiluan ternyata menghiris perasaan pasangan suami isteri terbabit apabila mereka mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya, sebaliknya menjalani hidup secara ala kadar.
Menurut Zamri, sambutan Ramadan dan Aidilfitri kepada keluarganya memang suram kerana mereka meraikannya dalam keadaan serba sederhana kerana kekangan kewangan disebabkan tiada sumber pendapatan lain memandangkan isterinya tidak bekerja.

Katanya, isterinya menjadi tongkat kepadanya sama ada membantu menguruskan kehidupannya mahupun persekolahan anak tunggal mereka hingga dewasa dengan wang pencen yang ketika itu RM157.

Berita Penuh