Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, August 19, 2010

Kelantan - Lemah Dalam Ilmu Islam!

Ikutlah kami! Kami jua Pejuang Islam! yang Benar!


Apa bendanya la Kerajaan PAS Kelantan nih!
Lemah betul dalam melaksanakan syiar Islam!

Ni apa benda ni?
Satu Keluarga Satu Hafiz? Apa barang ni?

Cuba tengok contoh yang dbuat oleh Kerajaan UMNO Melaka..
bersungguh-sungguh nak laksanakan Islam..
Nak kawal masalah zina dikalangan melayu Islam..
Tindakan UMNO Melaka nak buka Sekolah Khas untuk gadis yang hamil anak haram sememangnya patut dipuji!
Inilah cara sebenar!!! Bukan dengan cara Satu Keluarga Satu Tahfiz nih!
ini cara kolot!
Bak kata Dr Mahathir.. "Sekolah Agama rakyat bukan boleh produce doktor, engineer?"

Hmm.. Bila la PAS nak jadikan UMNO sebagai contoh ikutan dalam melaksanakan Islam secara betul?
sunsnake 19082010

Satu keluarga seorang hafiz, pentafsir al-Quran

KOTA BHARU, 19 Ogos: Kerajaan Kelantan berharap semoga dalam satu keluarga akan lahir seorang hafiz al-Quran dan dalam masa yang sama tokoh dalam bidang pentafsiran al-Quran juga dapat dilahirkan dalam masyarakat negeri ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob berkata, sehubungan itu kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM70 juta setahun bagi membiayai pengurusan pendidikan dan pembelajaran sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Beliau mengharapkan generasi kini yang masih berada di sekolah Yik termasuk di Maahad Tahfiz Sains akan lahir sebagai golongan generasi yang hafiz Al-Quran.

Katanya, dengan anak-anak yang kini sedang belajar di sekolah YIK diharap akan mampu lahir sebagai generasi berilmu terutama dalam bidang hafazan al-Quran dan pentafsirannya.

“Sekurang-kurangnya seorang hafiz al-Quran bagi satu keluarga akan dapat dilahirkan di samping melahirkan tokoh dalam bidang pentafsiran Al-Quran termasuk mengenai keilmuan berkaitan ‘mineral’ yang digali dari Al-Quran.


Puteri Umno mahu sekolah hamil di peringkat nasional
Ogos 4, 10 7:00pm

Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan.
Beliau berkata, remaja seperti ini seharusnya diberi peluang kedua supaya negara tidak kehilangan generasi yang berpotensi untuk menjadi berguna dan menyumbang kepada pembangunan negara nanti. "Kita harus terbuka kepada hal ini, ada berlaku gejala sosial seperti ini dan salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka, ialah mewujudkan institusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran.

Lagi Bukti Kezaliman Guan Eng!


Chisss!!
Tak guna punya Lim Guan Eng!
Dah kami bagitahu sejak dulu!
DAP ni parti Chauvinist Cina!
Memang bertujuan nak menghancurkan melayu!
Parti serpihan PAP Singapore!

Tengok la Penang!
Dulu masa zaman UMNO melayu pegang majoriti Dun Penang,
Gerakan cina juga yang jadi ketua Menteri!

Tapi di Perak,
DAP cina paling banyak pegang Dun, macam mana PAS Islam pulak yang jadi MB?
Tengok?? Bukankah itu bukti DAP cina ni zalim laknatullah?

Ni yang Guan Eng bagi bonus kat kakitangan kerajaan Penang ni..
Tau tak dari hasil mana?

Tu la hasil daripada Guan Eng robohkan gerai buah-buahan melayu dulu..
hasil Guan Eng robohkan gerai makan atas pokok DOREMI tuh!
hasil Guan Eng tutup pintu tingkat 3 KOMTAR hari tu..
hasil Guan Eng 'tak bagi' melayu meniaga di Pasar Ramadhan hari tu..
hasil Guan Eng 'tak bagi' buat sambutan MaulidurRasul hari tu..
hasil Guan Eng bantah UMNO naikkan kadar tol Jambatan Pulau Pinang..

cheisss!! Khianat punya Guan Eng..
Kasi susah sama lain-lain Menteri Besar dan Ketua Menteri mau cari duit kasi staff dia bonus jugak!!!

Yang Benar - Pencacai UMNO

sunsnake 19082010

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400
Ogos 18, 10 7:42pm

Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri. Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri. “Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang. “Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Berkata Benarlah Duhai Muftiku...


Duhai Muftiku..
berkata benarlah..
Jika benar bagai yang dikau kata..
Huraikanlah satu persatu..
agar mudah kita ambil kira..
agar mudah kita mengungkaikan simpulan ini..
agar mudah kita takwilkan..
Siapakah sebenarnya empunya angkara..

Jika Perang besar yang kau takutkan..
Bukankah negara ini sudah lebih 50 tahun merdeka?
Bukankah negara ini negara berdaulat?
Bukankah negara ini ada undang-undangnya?

Malangnya..
Sekiranya kamu maih mahu berteka-teki duhai Muftiku..
Bimbang pula Perang Besar tetap berlaku!
Malangnya..
Sekiranya Perang besar itu berlaku didalam keadaan hanya kamu sahaja yang tahu
siapakah manusia itu..
yang mereka perlambagaan baru...

hmmm...
Terfikir juga akan diriku ini..
mengapa Muftiku senyap pasal Perang Besar dan Zalim seperti Akta ISA yang Maha Kejam itu?
Setujukah ia dengannya?

Wallahua'lam
sunsnake 19082010

PAS desak Harussani dedah ‘perlembagaan baru’

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: PAS mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan kandungan ‘perlembagaan baru’ dan melaporkan kepada pihak polis untuk disiasat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan Harussani ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Beliau menegaskan, PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam setiap kali pertemuan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat yang diadakan dua kali sebulan.

Malahan, jelasnya Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam telah bersepakat untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.

Di samping itu, melindungi kedudukan Istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain sejajar dengan perkara 153.

Selain itu, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja Berperlembagaan serta memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum.

“Tidak ada agenda yang tersembunyi yang dibawa oleh Pakatan Rakyat, jauh sekali menyediakan perlembagaan baru bagi merungkai perkara yang sudah menjadi kontrak sosial dan telah diterima pakai sejak sekian lama,” ujarnya kepada Harakahdaily.


Berita Penuh

Kempen Anti Zina - Kerja Gila Kerajaan Selangor!


Hishh!!
Gila apa Kerajaan PR Selangor ni..
Buat kempen Anti Zina??
boleh jalan ke kempen ni?

Susah payah Kerajaan UMNO Malaysia buat pelbagai konsert..
Tak cukup konsert Malam Ambang tahun baru..
Buat konsert Malam Ambang Kemerdekaan..
ditambah dengan Konsert Jom heboh.. Konsert itu.. konsert ini..
Ini semua pun kempen anti-zina jugak!

Yang nak buat Kempen anti-zina yang sama macam UMNO buat apa??

Tu... Dataran Merdeka.. memang dah jadi 'port' rasmi kempen anti-Zina UMNO dah..
belum campur Dataran Pahlawan Melaka lagi.. (err.. betul ke nama dia?)
Danga Bay JB jangan cerita laaaa... memang 'port' paling kelasss!

Sudah-sudahlah Kerajaan PR Selangor..
UMNO dah buat kempen anti-zina ni sejak dulu lagi..
tapi hasilnya semua failed!

sunsnake 18082010

Selangor lancar kempen anti-zina atasi isu kes buang bayi

August 18, 2010

SHAH ALAM, 18 Ogos — Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) akan melancarkan kempen Anti-Zina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi.

Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr Halimah Ali berkata kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di sini, yang dijangka dihadiri 3,000 belia.

“Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang bayi.

Dr Halimah berkata semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu.

Berita Penuh

Upko - Pengkhianat Agama, Bangsa Dan Negara!


Sorry Bro Armand Perkasa..
Teman pinjam lagi ayat famous kamu untuk tajuk posting teman kali ni..

Upko ni pun satu hal..
Kamu tu dahlah parti komponen BN..
Tergamak kamu sanggah kata-kata Presiden UMNO?
Tergamak kamu jadi petualang negara?

Tak tahukah kamu..
sesiapa yang menyanggah kata-kata UMNO..
samalah hukumnya seperti menderhaka kepada Agama,Bangsa dan Negara!
Tak percaya?
tanyalah Zaid Ibrahim.. tanyalah Anwar Ibrahim.. tanyalah Khalid Ibrahim..
tanyalah mereka-mereka di dalam PKR..
umpama setiap minggu mereka digelar pengkhianat Agama,Bangsa dan Negara!

Kalau ikut si Armand PERKASA, setiap hari dia nak memekik depan Pejabat PKR di Tropikana dengan ungkapan itu!

wakakakaka!
sunsnake 19082010

Upko pertahan Dompok label Umno ‘halang’ kejayaan 1 Malaysia

August 18, 2010


KOTA KINABALU, 18 Ogos — Upko, parti komponen Barisan Nasional (BN), mempertahankan kenyataan Presidennya, Tan Sri Bernard Dompok mengenai kebimbangannya berhubung konsep 1 Malaysia, yang beliau membayangkan Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1Malaysia.

Setiausaha Agung Upko Datuk Wilfred Tangau berkata, adalah malang bagi Datuk Seri Salleh Said Keruak kerana tidak dapat “membaca nadi” penduduk Sabah dan tidak memahami apa yang cuba dikatakan oleh Dompok pada Ahad lalu.

“Sebenarnya isu konsep 1 Malaysia ini bukan saja difikir oleh Tan Sri Bernard seorang, tetapi oleh penduduk di peringkat akar umbi, termasuk pemimpin komponen Barisan Nasional yang lain.

“Kami sokong sepenuhnya apa yang dinyatakan oleh presiden kami ini,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tangau yang menggelar Salleh sebagai “kawannya” menambah pemimpin Umno itu tidak mendapat gambaran sebenar isu itu.

Ahad lalu, Dompok berkata: “Najib ada rancangan yang bagus untuk negara, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”

Bagaimanapun katanya, Umno menjadi halangan kepada usaha mempromosikan konsep 1 Malaysia.

Berita Penuh

Wednesday, August 18, 2010

Dinar Emas Kelantan - Ulangan Enakmen Syariah Kelantan?


Inilah hakikatnya Malaysia..
Mengaku negara Islam oleh Dr Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia suatu ketika dahulu..
Namun setiap kali Kerajaan Kelantan mahu menerapkan nilai-nilai Islam maka setiap kali itu jugalah Kerajaan Pusat yang dikuasai oleh UMNO menentang dan memberi ugutan!

Masih ingatkah kita dengan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan?
UMNO telah menghalang bermati-matian usaha Kerajaan PAS Kelantan dalam hal ini dan PAS Kelantan walaupun tahu tahap kemampuannya dalam konsep Federalisme namun tetap mencuba untuk melaksanakannya.

Sepatutnya, UMNO yang juga mengaku sebagai Parti Islam, sepatutnya turut menyokong dan bekerjasama mencari jalan melaksanakan Hukum Islam berkenaan!
Malangnya bukan sahaja menghalang malah sehingga ke hari ini, pencacai UMNO masih lagi mempermainkan usaha PAS Kelantan berkenaan dan mengejek-ejek kononnya PAS hanya bermain-main sahaja?

Kalau usaha PAS berkenaan hanya main-main, mana usaha serius UMNO?

Yakinlah, dimasa akan datang, UMNO akan memainkan isu ini untuk kembali mengejek-ejek PAS kononnya tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakan sistem ekonomi Islam di Kelantan?

Itupun jika UMNO masih lagi mampu menghalang proses pereputannya yang makin jelas!

-Kupasan Hukum Hudud Kelantan-

sunsnake 18082010

Mata wang syariah: Nik Aziz bidas kerajaan pusat ‘hentam’ Kelantan

August 18, 2010
Mata wang syariah dinar dan dirham yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Kelantan minggu lalu.

KUALA LUMPUR, 18 Ogos — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempersoalkan tindakan pusat dan pemimpin Umno yang “menghentam” kerajaan Kelantan yang melancarkan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu minggu lalu.

Nik Aziz berkata Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.

“Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno mudah untuk dijangka, apa saja yang baik datang dari Kelantan pasti akan dibangkang habis-habisan oleh Umno.

“Sebut sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan Kelantan, berduyun-duyun pemimpin Umno menunjukkan cerdik memberi komen,” kata beliau dalam kenyaatan dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga kini ada sahaja bangkangan yang dibuat kerajaan pusat.

“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya.

“Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya.

Mursyidul Am PAS itu berkata, bantahan terbaru yang dibuat terhadap kerajaan Kelantan adalah mengenai penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu.

“Bila kerajaan negeri lancarkan penggunaan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini.

“Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta kerajaan pusat dan pemimpin Umno menghentam kerajaan Kelantan,” katanya.

Berita Penuh