Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, June 15, 2010

Ehhh!! Macam Drama Gerak Khas je!!


Ada satu ceramah tu..
Penceramah kata kalau nak tengok Polis terbaik di dunia..
Polis paling sopan!
Polis paling santun!
Polis paling berbudi pekerti!
Polis paling luhur!
Polis paling berilmu!

Tengoklah drama Gerak Khas!!! Wakakaka!

Kali ni bukan Polis.. tapi Pemuda UMNO!!
Nampaknya macam ada satu gerakan nak naikkan imej KJ nih!
Secara tiba-tiba dia jadi hero plak!!!
Sama ada dia vokal sebab bengang dengan Najib tak lantik dia jadi Menteri..
Atau dia vokal sebab bengang dengan Nazri Aziz!

hmm.. atau bukan satupun diatas?
sunsnake 15062010

Khairy: Utamakan biasiswa, saya sedia sidang di Parlimen ‘bocor’

June 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Pergerakan Pemuda Umno hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan untuk mengurangkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diberikan kepada pelajar-pelajar melanjutkan pengajian ijazah di luar negeri.

Justeru, Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata selaku anggota Dewan Rakyat beliau sanggup bersidang di bangunan Parlimen sedia ada yang disebut-sebutkan akan dipindahkan ke Putrajaya atas alasan demi keselesaan dan kerana bocor.

“Saya sedia duduk dalam bangunan Parlimen sedia ada jikapun ada kebocoran siling sekali-sekala daripada melihat sejumlah wang besar dibelanjakan untuk keselesaaan Ahli Parlimen sedangkan ia boleh digunakan untuk menjanjikan masa hadapan lebih cerah untuk negara dan anak-anak kita,” katanya.

Kata Khairy, pihaknya menerima hakikat bahawa kos menampung pengajian luar negeri adalah amat tinggi, tetapi berpandangan bahawa ini merupakan pelaburan yang membawa pulangan jauh lebih tinggi kepada negara Malaysia dalam bentuk modal insan yang berkelulusan tinggi.

Berita Penuh

Konsensus Bebas? Macam nama Sejenis Katak je?


Teman hormati sikap mereka menjadi YB bebas tanpa menyokong mana-mana parti..
Sememangnya itu hak mereka.. tapi mana hak rakyat yang mengundi???
sunsnake 15062010

Konsensus Bebas: Hormati pendirian Adun Malim Nawar

June 15, 2010

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Konsensus Bebas mahu semua pihak menghormati keputusan Adun Malim Nawar Keshvinder Singh yang keluar dari DAP hari ini, sekali gus mengisytiharkan sebagai wakil rakyat Bebas.

Konsensus Bebas juga menyeru rakyat menghormati keputusan wakil rakyat itu selepas kecewa dengan kepimpinan tertinggi DAP, yang didakwa tidak membantunya dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat.

“Konsensus Bebas percaya bahawa ada lagi Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang akan keluar parti.

“Bukan setakat Adun dan Ahli Parlimen, malahan di kalangan pimpinan akar umbi juga sudah mula muak dan kecewa dengan permainan politik berlebih-lebihan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat,” kata kenyataan Konsensus Bebas dikeluarkan lewat petang ini.

Berita Penuh

PERKASA WAJIB demo depan Istana Najib!



Najib - Ada nombor lain sebelum nombor 1!!!

Wah! Hebatnya PM 1Malaysia ni nak menipu orang!
Dia ingat semua rakyat Malaysia ni bodoh macam orang UMNO totok?

Kalau dah Rosmah tu jadi 1st Lady? takkan ada lagi yang lebih tinggi?
Kalau dah Michele Obama jadi 1st Lady di US, mana ada lagi atas daripada dia?

Kalau dah Queen Elizabeth jadi 1st Lady Great Britain..
Mana ada Queen lagi tinggi dari dia?

Kalau dah Najib kata Rosmah tu 1st Lady Malaysia?
Permaisuri Agung jatuh nombor berapa?
Ada nombor lain sebelum nombor 1?

aduhhh!!! Patutnya Armand PERKASA dah leh start demo lagi esok depan rumah Najib nih!
Najib jelas menghina Permaisuri Agung apabila mengisytiharkan bininya sebagai 1st Lady Of Malaysia!!

Inilah pengkhianat sebenar Armand oiii!!
sunsnake 15062010

PM: Kedudukan 'wanita pertama' bawah Permaisuri

Jun 15, 10
1:07pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan bahawa ungkapan 'wanita pertama' yang digunakan bagi merujuk kepada isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor tidak bererti bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada Seri Paduka Permaisuri Agong. Baga
imanapun, jawapan bertulisnya kepada soalan yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua, - Najib gagal menjelaskan sama ada gelaran berkenaan wajar digunakan oleh Rosmah.
Berita Penuh

Nyawa Yang Dipertuan Agong dalam bahaya!


Kalau benarlah dakwaan ini.. maka jelaslah keselamatan Yang Dipertuan Agong dan keluarganya dalam bahaya! termasuk pekerja-pekerja Istana kelak!

Ini menderhaka namanya!!

Armanddd!!! Standby manpower.. pencacai-pencacai PERKASA..
kita ada demo kat Tropikana lagi sekali!!

Isu ini leh kita koner baringkan ke Anwar Ibrahim!!
Mengapa Anwar tak nak highlightkan isu ini dalam Parlimen?
Adakah Anwar mempunya niat yang tidak baik terhadap yang Dipertuan Agong?
Agar nanti akan berlaku kecederaan mahupun lebih teruk lagi sekiranya bumbung istana baru itu pulak runtuh nanti?

Ok Armand?? cukup ke manpower??
sunsnake 15062010

Kontraktor Stadium Batu Burok Bina Istana Negara, Kementerian Perlu Jelaskan

12.49 tengah hari

Ahli Parlimen Taiping, Ngar Kor Ming mendedahkan antara kontraktor yang terlibat dalam pembinaan Istana Negara yang baru adalah kontraktor yang sama dalam pembinaan Stadium Batu Buruk, Terengganu.

Stadium Batu Buruk yang menelan belanja RM280 juta, runtuh selepas digunakan 10 bulan dan kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Di lobi Parlimen, Ngar mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terlibat membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin.

Berita Penuh

Jangan sibuk sangat dengan bini baru Bung!


Haii.. YB??
Istilah YB untuk Bung Mokhtar ni sebenarnya apa ye?

Yang Berhormat ke Yang Berbini-bini?

Kalau cenggitu kena letak YB2 lah ye tak?

YB2 Bung Mokhtar!!! wakakakaka!

Dia sibuk korek pasir lain..
Ada pulak orang korek pasir haram kat tempat dia!!
Wakakaka!
sunsnake 15062010

Aktiviti Mengorek Pasir Bimbangkan Penduduk Berhampiran Sungai Kinabatangan

KINABATANGAN, 15 Jun (Bernama) -- Sekali lagi, aktiviti mengorek pasir semakin berleluasa di sepanjang Sungai Kinabatangan.

Ini berikutan kelibat beberapa tongkang yang dilihat mengangkut sejumlah besar pasir sejak beberapa minggu lepas.

Ketua Warden Projek Konservasi Orang Utan Kinabatangan Azri Sawang berkata pemeriksaan menunjukkan tongkang terbabit memiliki surat kebenaran daripada Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Negeri.

Beliau berkata bagaimanapun, penduduk setempat keliru kenapa aktiviti yang merosakkan alam sekitar seperti mengorek pasir, dibenarkan oleh sebuah jabatan manakala jabatan lain bekerja keras bagi melindungi dataran banjir Kinabatangan.

Berita Penuh

Kalau PR menang PRU 12 hari tu kan senang?


Ada member teman nieh..
Baru-baru ni dok kecoh.. nama dia blacklisted dek imigresen..
Dia perasan pun masa dah kat border... hangin betul dia!!

Rupa-rupanya nama dia blacklisted sebab tak bayar PTPTN..
Aduhhh!!! Jadi pandai pun payah!! Jadi bodoh lagi payah!!

Elok gak jadi macam teman ni haa.. sampai ke menara gading selepas kahwin dan bayar pakai gaji kerja..
Cam dia.. belajar direct dari sekolah.. kena la loan dengan Ahlong PTPTN nih!!

Ayat simple dari teman..
" Tu laaa.. dulu Barisan Alternatif dah manifestokan antaranya PTPTN dimansuhkan! tak ndakk.. pangkah gak la dacing senget tuh!"

senyap je member teman tadik.. maklumlah dia pun agak selalu juga bertengkar dengan teman..
karat biru tu wehhh!! hidup tak la senang sangat.. senang lagi le teman nie rasanya..
lom kawin tapi 'rentung' memanjang!! hahahaha!

Alhamdulillah.. la ni dah pandai tanya-tanya teman pasal PR..
Masa PRK Hulu Selangor hari tu.. sibuk update kat mana ada ceramah dan ada jugak 2-3 kali ceramah yang teman jumpa dia.. ok la tuuu.. pelan-pelan kayuh!!
sunsnake 15062010

PTPTN buru 100,000 liat bayar pinjaman

KUALA LIPIS 14 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang memburu hampir 100,000 peminjam yang gagal membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM1.9 bilion sejak 1997.

Pengerusi PTPTN, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman menegaskan, pihaknya telah menghantar notis amaran tetapi sehingga kini masih belum menerima maklum balas daripada peminjam liat terbabit.

''PTPTN sedia berunding mengenai pembayaran balik pinjaman mengikut kemampuan peminjam.

''Kita belum berhasrat untuk mengambil tindakan yang keras terhadap peminjam terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan Waran Pinjaman Pendahuluan (WPP) PTPTN berjumlah RM270,000 kepada 180 pelajar dalam Parlimen Lipis yang bakal melanjutkan pengajian di peringkat diploma di sini hari ini.

Berita penuh