Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, May 17, 2010

Dato' Zaid Ibrahim kembali ke Hulu Selangor!!!

16 Mei 2010, Ahad, Felda Sungai Tengi

"Walaupun saya tidak diterima majoriti pengundi di sini, namun saya yakin ianya kerana UMNO-BN telah berjaya menyelewengkan fakta sebenar dan ianya bukan 100% berpunca daripda kesalahan pengundi".. Itulah antara kata-kata ikhlas daripada Dato' Zaid Ibrahim yang berkesempatan bersama rakyat Felda Sg. Tengi di Hulu Bernam disini malam tadi.

Majlis yang turut dianjurkan oleh PAS Kawasan Hulu Selangor dan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang turut dihari oleh Presiden ANAK, Sdr. Mazlan Aliman bertujuan meraikan petugas-petugas Pakatan Rakyat di PRK Hulu Selangor beberapa minggu lalu.

Majlis yang dihadiri oleh lebih 100 orang penduduk ini berlangsung dengan jayanya walaupun hujan agak lebat turun. Didalam majlis tersbut juga diadakan sesi penyampaian bantuan Kerusi Roda buat 2 orang yang memerlukan.

"Kalah-kalah pun saya laku!!! Tiap-tiap malam orang panggil berceramah!!!" ujar Dato' Zaid.


Antara hadirin yang berjaya merebut kerusi bawah khemah! Yang lain dok tepi-tepi je lee.. hehehe



Sdr. Mazlan khusyuk mendengar ceramah Dato' Zaid

"Saya akan bersama-sama membantu Kerajaan Negeri Selangor membela hak-hak peneroka Felda di negeri ini!"



Antara penerima bantuan Kerusi Roda... Gunakan dengan sebaiknya ye?

"Takpe..Takpe.. Tak payah hidang, saya ambil sendiri!!" tegas Dato' Zaid sebelum mencedok sendiri nasi putih berlaukkan Kari Daging segar! Pehhh!!!




Apa lagi... serbuuuu!!!!

Tengah check keputusan PRK Sibu ke YB?? (teman tetap panggil dia YB!!!"


Orang kuat PAS Hulu Selangor, Ayahanda Nahar selaku Pengerusi Majlis beraksi!


Ketua Pemuda PAS Hulu Selangor sedang menghampiri Dato' Zaid
hmmm.. apa motifnya ye? hahahaha!

"Terlalu banyak perkara berkaitan hak peneroka yang disorok oleh Kerajaan Malaysia dan Felda" dedah Mazlan kepada hadirin malam tadi..

Antara barangan yang dijual bertujuan mengumpul dana untuk menggerakkan ANAK ke seluruh Malaysia! Membeli sambil beramal dan menyokong!

sunsnake 16052010

Pahlawan Iban buktikan BN WAJIB Dikalahkan!

Pahlawan Iban dirakam sedang melayari Aku Budak Balun!!! Cool!


Tahniah buat Rakyat Sibu!
Ternyata umpan yang ditabur oleh UMNO-BN di Sibu dimakan tetapi tidak mata kailnya!

Tahniah Pahlawan Iban!
Tahniah DAP dan Pakatan Rakyat!

Tahniah PKR!
Tahniah PAS!

Tahniah buat semua pencinta keadilan dan penentang kezaliman!!

Hidup! Hidup! Hidup Rakyat!
Tumbang! Tumbang! Tumbang BN!
Hancur! Hancur! Hancur UMNO!
Menang! Menang! Menang Islam!
sunsnake 17052010

DAP takes Sibu

May 16, 2010

SIBU, May 16 — The DAP pulled off a surprise win in the Sibu by-election today, defeating Barisan Nasional’s (BN) SUPP by 398 votes in a hard fought race, official results show.

BN had earlier been expected to retain its Sarawak stronghold but lost despite the best efforts of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

The Sibu vote is seen as a bellwether for the Sarawak state elections which must be called by next year.

Today’s result is significant in that Pakatan Rakyat (PR) has snapped a streak of successive defeats to BN in recent by-elections.

The count now is 8-3 in favour of PR in terms of wins in by-elections held since Election 2008.

Today’s result is also a setback for Najib who had personally campaigned for BN and had placed his own reputation on the line.

Najib has been counting on Sabah and Sarawak as BN’s fixed deposit, but today’s result shows a major swing from 2008 when BN won the seat by more than 3,000 votes.

Today’s result also raises two thorny issues — how to deal with the Tan Sri Taib Mahmud factor and whether to push for state polls which sources say had been slated for October this year.

Sunday, May 16, 2010

Adakah harapan kita di Sibu ini???


Hari ni PRK Sibu melabuhkan tirainya..
Keputusan.. kejap lagi dapat tahulah tu..
Kalau BN menang, cepatlah tahunya..
Kalau BN kalah.. lewat la skit.. silap-silap tak diumumkan dek TV pun..
Muka 4 Utusan Malaysia esok.. itupun bawah sekali.. kecik je..

Teman tak banyak ulas pasal PRK Sibu ni..
Mungkin kepenatan PRK Hulu Selangor tak habis lagi!
Banyak aturcara kehidupan teman caca merba sekejap sepanjang PRK Hulu Selangor berlangsung..
Kesal? Kecewa? Langsung tak menggangu konsentrasi teman..
Mungkin ada la sedikit..

Namun itu bukan kekecewaan dengan sokongan kepada Pakatan Rakyat,
tetapi kepada betapa rendahnya moral dan kaedah UMNO-BN dalam memenangi PRK Hulu Selangor.
Beri rasuah wang untuk undi rakyat, janji berjuta-juta melalui pelbagai projek kerajaan Malaysia yang secara tiba-tiba muncul tanpa perlunya mesyuarat kabinet dan persidangan parlimen!
Beratus-ratus juta peruntunkan Kerajaan Malaysia secara tiba-tiba menjadi peruntunkan UMNO-BN!
Dan macam-macam lagi kesalahan dan pelacuran politik yang dibuat oleh UMNO-BN di Hulu Selangor!

Oleh kerana itu, masihkah ada harapan Pakatan Rakyat di Sibu?
Ikhlas dari teman.. teman tak nampak.....

Namun Lawan Tetap Lawan!

sunsnake 16052010

Saturday, May 15, 2010

Islam ke dia ni?



Ya Allah.. jika manusia bernama Abdul Rahman Dahalan ini berpotensi menjadi muslimin yang baik suatu hari nanti..
Kau ampunkanlah dosanya ini!

Jika tidak, kau laknatkanlah manusia ini atas kezalimannya memperlekehkan suruhan-Mu!
Mempermainkan ayat-ayat suci Al-Quran-Mu!
Mempersendakan hukum Islam yakni agama yang Kau Redhai Ya Allah!

Amin!

sunsnake 15052010

Rahman: Lesen judi supaya tak berlaku penipuan
Mei 15, 10
10:34am


Ahli parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan mempertahankan tindakan kerjaan membenarkan pertaruhan bolasepak Paiala Dunia 2010 ini. Ka
tanya, tindakan berkenaan bertujuan untuk memantau pergerakkan pertaruhan sukan itu supaya tidak berlaku penipuan. “Kita perlu praktikal. Jangan politikkan isu ini. Kerajaan tidak akan membenarkan permintaan yang baru.

Rahman berkata selain tujuan memantau pertaruhan itu agar penipuan tidak berlaku, adalah lebih baik wang pertaruhan tidak disalurkan ke kumpulan kongsi gelap yang terbabit dengan pelbagai aktiviti haram lain.

"Lagipun perjudian haram banyak melibatkan sindiket jenayah, jadi kami cuba untuk mengurangkan jenayah itu berlaku.

berita penuh

Lagi NGO bantah UMNO halal judi





Hmm..
Moga sahabat kita ini sudah bertaubat daripada menyokong UMNO!
Moga dapat hidayah....

sunsnake 15052010

PPIM: Jangan cemarkan sukan dengan judi

Mei 15, 10
10:02am


Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia ters mendapat bidasan daripada pelbagai pihak.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma'amor Osman berkata, jika judi dibenarkan dengan alasan bimbang akan berlakunya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini, ia sesuatu yang tidak wajar. “Jika begitu, isu pelacuran, rasuah... juga boleh dihalalkan”, katanya lagi.

Ma'amor berasa sangat kecewa dengan keputusan kerajaan itu. Katanya, hal berkenaan tidak menggambarkan seperti mana yang telah dijanjikan oleh perdana menteri iaitu 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. "Sepatutnya hal ini harus ditentang kerana persoalan di manakah kehendak rakyat sebenar didahulukan. Ia seperti seolah-olah memperbodohkan orang lain.

berita penuh

Mukhriz sahkan BN tak bermaruah!


Terbaekkk!!
Nampaknya Mukhriz macam setuju dengan Pakatan Rakyat Perak yang mengatakan tindakan Kudetta BN Perak tidak bermaruah!

sunsnake 15052010

BN ikrar rampas Kedah dengan cara bermaruah
Mei 15, 10 7:00pm

Barisan Nasional (BN) ada cara sendiri untuk mengambil kembali negeri yang dikuasai parti pembangkang, bukan dengan memujuk wakil rakyat lompat parti menyertai BN, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata, BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai pembangkang mendapat sokongan rakyat.

"Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut dalam parti pakatan Pas-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP dan cakap-cakap politik kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan.

- Bernama