Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, March 20, 2010

Ahhh sudahh!! Depa tak ngaku la pulakkk!!


Itulah yang Zahrain tengah pikir dan berpeluh dahi nih!
Ketiak pun berpeluh!!!


sunsnake 20032010

Zahrain Pembohong Besar.

Satu pembohongan yang besar.

Itulah reaksi Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Parti Sabah Maju (SAPP) berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Hashim mengenai beberapa nama ahli Parlimen dari Sabah yang didakwa terlibat dengan rancangan pembangkang untuk mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin, yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata, Zahrain cuba mencari publisiti murahan dengan dakwaan sedemikian. “Saya tidak pernah bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ini semua satu pembohongan,” kata Bung Mokhtar ketika diminta mengulas dakwaan Zahrain bahawa dia (Bung Mokhtar) antara Ahli Parlimen BN yang dinamakan dalam rancangan berkenaan di sini hari ini. Katanya, wakil rakyat yang dipilih mempunyai tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada pengundi dan bukannya melaksanakan agenda peribadi Ketua Pembangkang. "Jangan sesuka dakwa kita boleh lompat parti," katanya. Semalam, Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendedahkan nama lapan Ahli Parlimen yang disebut-sebut akan melompat parti ke PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tawau, Datuk Dr Chua Soon Bui pula menegaskan beliau tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat. “Tidak ada satu pun yang benar dalam apa yang diperkatakannya dan dia berbohong dalam Parlimen. Ini satu perbuatan yang memalukan kepada pengundi terutamanya di Sabah dan Malaysia amnya. “Saya dan Datuk Eric Enchin Majimbun tidak pernah bermimpi dan berbincang untuk menyertai Pakatan Rakyat pada 16 September 2008,” katanya dalam kepada mStar Online hari ini. Soon Bui berkata, perkara tersebut berlaku kerana Zahrain sangat obses dengan kepentingan peribadi. “Zahrain mungkin lupa kepada sejarah SAPP dan kepentingan rakyat Sabah. Kami keluar BN kerana hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. “Sehingga hari ini kami masih kekal sebagai Ahli Parlimen Bebas dan SAPP tidak menyertai PR atau mana-mana parti. Bagi saya, dia tidak layak untuk bercakap bagi pihak wakil rakyat Sabah yang lain,” katanya.
Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghapur Salleh pula berkata beliau akan menerangkan sendiri dakwaan Zahrain ketika membahaskan titah diraja pada 22 atau 23 Mac ini. “Zahrain patut dedahkan senarai sebenar Ahli Parlimen BN keluar parti, bukan buat tuduhan tidak berasas,” katanya.
Sementara itu, di KOTA BHARU, Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan dakwaan berkenaan. "Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya. Tengku Razaleigh berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam PKR yang dipimpin oleh Anwar. Beliau berkata disebabkan dakwaan itu ibarat sebuah cerita yang direka mengikut fantasi pembangkang, beliau tidak mahu membuat sebarang komen terhadap dakwaan yang tidak betul itu. Beliau turut menafikan didatangi pihak berkenaan agar keluar BN bagi membolehkan pembangkang membentuk kerajaan Persekutuan kira-kira tujuh bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Antara nama yang disebut ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman; Dr Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat); Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar (Jerantut). Salah seorang daripada Timbalan Speaker juga tersenarai dan dikatakan akan melompat menyertai pembangkang.

Lagi bukti UMNO sokong Israel!


Benci Israel konon UMNO nie..
Ni apa cite UMNO Negeri Sembilan ni kat bawah ni??
Cakap macam bagusss!!


sunsnake 20032010

Coca-Cola: Pelaburan tidak baik untuk komuniti, kesihatan awam
CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.


berita penuh

Friday, March 19, 2010

Nabi pun UMNO hina! Inikan Orang Asal!



PSM berang menteri 'tak hormat' Orang Asli
Mac 19, 10
5:08pm
Parti Sosialis Malaysia (PSM) berang dengan kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal yang menyifatkan demonstrasi Orang Asli baru-baru ini sebagai “bersiar-siar di Putrajaya”.
Setiausaha agungnya S Arutchelvan berkata kenyataan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu menunjukkan sikapnya yang tidak hormat pada tuntutan masyarakat berkenaan. "Komen seperti ini menunjukkan kurangnya rasa hormat menteri dan sikapnya terhadap penderitaan masyarakat ini. "PSM mengambil pendirian solidariti bersama Orang Asli dan menuntut kerajaan supaya menunaikan tuntutan dan (menyelesaikan) masalah Orang Asli," katanya.
Rabu lalu, kira-kira dua ribu Orang Asli berdemonstasi di Putrajaya ekoran tidak puas hati dengan pengenalan dasar pemberimilikan tanah yang didakwa tidak adil bagi mereka. Mengulas perkara itu, Shafie dilaporkan berkata, golongan tersebut datang bukan untuk protes tetapi jalan berjalan-jalan di Putrajaya yang sebelum ini hanya ditonton melalui televisyen sahaja. Dalam satu kenyataan hari ini, PSM turut bimbang terhadap cadangan bagi meminda Akta Orang Asli akan “menjadi satu tindakan merampas tanah”. "Mereka ditindas oleh kerajaan dan pemaju yang mahu memperkosa dan merampas tanah mereka.
"Sangat menyedihkan, semenjak sekian lama, beribu-ribu Orang Asli berarak di Putrajaya dan menuntut apa yang sepatutnya sudah menjadi hak mereka," katanya lagi. Arutchelvan menjelaskan dasar pemberimilikan tanah - yang ditentang hebat itu - sengaja dicadangkan bagi “membuatkan masyarakat berkenaan kehilangan lebih banyak tanah”. Dasar itu mencadangkan tanah-tanah mereka akan terlibat dalam pengagihan semula di mana setiap keluarga akan diberikan antara dua hingga enam ekar tanah.
Arutchelvan berkata, hak masyarakat Orang Asli terhadap tanah mereka perlu diiktiraf dan kerajaan juga perlu mengadakan perbincangan secara terhormat dengan kumpulan minoriti tersebut. "Ianya menyedihkan bila kerajaan sering memberi reaksi mundur ke belakang sedangkan mereka sepatutnya berunding dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya lagi. Kerajaan telah meluluskan dasar pemberimilikan tanah kepada Orang Asli pada Disember tahun lalu yang dijadikan asas untuk pindaan Akta Orang Asli (Akta 134).

sumber - malaysiakini

Ku Li pun dia nak jual!!







Lagi hal si Katak Zahrain ni..

Tak cukup dia jual maruah dia kat UMNO..
Dia jual nilai keahlian PKR dia kat UMNO..
Dia jual nilai permuafakatan PR dia kat UMNO..

Last-last dah takde point.. Ku Li pun dia nak jual!!
Padahal bukan level dia pun!!
Bukan gerombolan dia pun!
Lain la kalau dia nak jual maruah Ibrahim Ali yang dari dulu takde maruah tuh!

sunsnake 19032010


Ku Li: Saya bukan boleh dijual beli
Mac 19, 10 4:46pm
Aggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno.
Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Anggota Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam,
dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan.

Tengku Razaleigh (kanan) berkata, jika dakwaan itu benar, beliau kini pasti sudah memegang satu jawatan besar dalam Parti Pakatan Rakyat (PKR) yang dipimpin Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

berita penuh

Razaleigh Sifatkan Dakwaan Zahrain Cerita Dongeng

KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menafikan beliau antara lapan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang akan menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

"Saya tak mahu komen pasal ini, 48 tahun saya bersama Umno. Apa yang didakwa itu sebagai satu cerita dongeng," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Anggota Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah menamakan lapan Anggota Parlimen BN di Dewan Rakyat semalam, dengan mendakwa mereka bersedia menyertai pakatan.

berita penuh

Lagi Fatwa Bangang dari Ketua UMNO!

Ni la dia lelaki yang mengeluarkan fatwa bangang ni!


1Malaysia sama dengan Sunnah Rasulullah SAW?
kah!kah!Kah!Kah!Kah!

Punya la banyak Sunnah Nabi.. tak terjumpa pulah perihal 1Malaysia ni Sunnah??

Nak kata bodoh.. memang bodoh YB sorang nie..
Nak kata Pandai.. nampak macam pandai..

Menegakkan Undang-undang Islam yang berdasarkan Al-Quran itulah Sunnah yang paling utama! Bangang oi!
Al-Quran itu sendiri adalah mukjizat yang Allah kurniakan buat KekasihNya tu!

UMNO...UMNO..
Sendiri keliru pasal Islam..
Orang lain pulak yang dikatanya keliru..

Dulu Kini Selamanya.. Bangang!
sunsnake 19032010

Pendekatan 1Malaysia Ikut Sunnah Rasulullah, Kata Saifuddin

KUALA LUMPUR: Pendekatan Gagasan 1Malaysia, yang diilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah mengikut sunnah Rasulullah s.a.w yang bertindak menyatupadukan umat Islam dengan kaum-kaum lain yang terdapat di Madinah ketika berhijrah dari Mekah.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu dizahirkan dalam gagasan Piagam Madinah atau Sahifah Madihah.

"Datuk Seri Najib punya banyak pilihan untuk dijadikan kandungan utama ucapan sulungnya itu. Tetapi, beliau menggunakan pendekatan perpaduan, iaitu selaras dengan sunnah Rasulullah tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan pihak pembangkang yang mempertikaikan konsep 1Malaysia pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

berita bodoh penuh

Nasib budak-budak kantoi SPM...






Yang Kantoi tahun2 sebelum tu macam mana Tan Sri?

Udah la SPM kantoi!
Sahsiah punya la teruk!
Kemahiran hampir takde! Merempit pandai la!!
Yang jantan 'menoron' anak betina orang pandai laa..
Yang betina 'menggeleser' dengan jantan suka laa..
Itulah budak-budak melayu!

Yang Kerajaan Malaysia..
Ilmu Islam jadi 'Melukut di Tepian Gantang' je dalam SPM..
Nak lulus pun boleh.. tak nak lulus pun bulehhhh!!

Hakikatnya..
Lagi budak-budak melayu ni melingkup!
Lagi UMNO suka!
Lagi senang nak tunjal dahi!
Lagi senang nak suruh bergaduh dengan pemuda PR..

Kalau budak-budak muda ni pandai agama..
Masuk PAS pulak budak-budak nih!
Pening UMNO!
sunsnake 19032010

Kerajaan sedia kaedah bantu pelajar SPM kurang berjaya, gagal

19/03/2010 11:11am

PUTRAJAYA 19 Mac – Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sumber Manusia berserta agensi-agensi berkaitan akan berbincang untuk menyediakan kaedah terbaik bagi membantu para pelajar yang kurang berjaya dan gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan memikirkan inisiatif untuk membantu pelajar-pelajar tersebut menguasai kemahiran bersesuaian supaya dapat meningkatkan pelajaran dan kerjaya mereka.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika berucap [ada majlis anugerah kecemerlangan SPM 2009 di sini hari ini. – Melayau