Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, March 18, 2010

Ke Penjara lambat lagi.. Halang Ke Parlimen dulu!






Itulah takutnya UMNO dengan manusia bernama Anwar Bin Ibrahim nie..

Bukan setakat dirinya diaibkan..
Keluarganya dimalukan..
Dirinya dan keluarga dipisahkan..
Fizikalnya cuba dicacatkan..
Malahan organ dalam badannya cuba di'arsenic'kan!

Perancangan Allah SWT mengatasi perancangan UMNO..
Beliau keluar akhirnya dari Penjara..
Terlalu lebih awal daripada yang UMNO jangka!

Maka bermulalah kerja-kerja busuk lagi membusukkan UMNO..

Kes Liwat ke udara semula..
Lakonan pelakon baru menggunakan skrip olahan yang lama..
Tapi kali ni.. PM Malaysia terlibat sama..
Tak pasti wataknya utama atau hanya pak pacak!
Namun pacakkannya jelas seperti utama!

Tak sempat hakim nak habiskan bicara..
Anwar WAJIB dihalang daripada bersuara di Parlimen!

Terlalu banyak manusia ini tahu pasal Kerajaan Malaysia!
Terlalu ramai 'informer' diPutrajaya yang masih taat setia dengannya..
Semakin hari semakin ramai, rakyat berhimpun mendengar pidatonya!
Ehhh!! sampai terlupa Pak Sheikh ni dah makin tua!

Kini Parlimen pulak nak dinoda!
Bapak pemabuk cuba nak membela..
Membela Kerajaan yang makin terluka..
Lukanya dalam tak dapat diusaha...

Bersabarlah duhai Anwar bin Ibrahim..
Kesusahan itu juga kifarah dosa..
Asalkan jangan langgar syariat dan Islam..
Muafakat Pakatan jangan direjam

Ingat.. "Doa makhluk yang dizalimi tiada hijab'!!!

sunsnake 19032010

BN cadang heret Anwar ke jawatankuasa khas

Mac 18, 10
7:01pm

Jemaah menteri akan bermesyuarat esok untuk memutuskan sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diheret ke jawatankuasa mengenai hak dan keistimewaan Parlimen.

Tindakan berkenaan berhubung dengan dakwaan ketua umum PKR itu yang 1Malaysia adalah diciplak daripada 'One Israel'Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata: “Saya akan membawa perkara ini ke pengetahuan kabinet berhubung dakwaan itu kerana kami berpendapat ia adalah keterlaluan.

berita penuh

Ini fitnah! Takkan UMNO khianat melayu!

Hahahaha!
Satu demi satu bukti khianat UMNO pada melayu..
Tanah-tanah yang secara tiba-tiba difaraidkan oleh Khir Toyo dan kuncu-kuncunya!

Bongkar lagi!! Biar sampai terang!

sunsnake 18032010

Lagi Penyelewengan UMNO BN..

Posted by Addin | 3/17/2010

Kerajaan Selangor hari ini mendedahkan minit mesyuarat majlis kerajaan negeri pada 1987 mengenai status pengasingan tanah di Subang Jaya iaitu Taman Rekreasi Subang Ria.Maklumat yang diklasifikasi mengikut Akta Rahsia Rasmi itu menunjukkan bagaimana kerajaan Selangor ketika masih dicengkam pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) menjual tanah terbabit kepada Sime Darby UEP.

Berita Penuh


Tak sia-sia rakyat Selangor berdoa'


Alhamdulillah...
Ada jugak kesannya amalan setiap kali Khutbah Kedua Solat Jumaat tu..

sunsnake 18032010

Sultan S'gor tak akan hadiri AGM PERKASA
Mac 18, 10 1:12pm
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (bawah, tanpa songkok) tidak akan berangkat menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan (AGM) Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) pada 27 Mac ini.

Menurut Bernama, setiausaha sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Banir berkata pembatalan itu bagi mengelakkan salah tanggapan dan manipulasi pihak-pihak tertentu terutamanya dalam keadaan politik sekarang. Pada asalnya baginda telah berkenan berangkat dan menyampaikan titah perasmian selepas mengambil kira perjuangan PERKASA yang mempertahankan institusi raja, hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta kemuliaan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Baginda bercadang untuk menasihatkan Perkasa agar tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu perkauman dan harus berusaha mencapai objektif menerusi saluran dan undang-undang sedia ada, katanya pada sidang media, di Shah Alam hari ini.

berita penuh

Salute to Orang Asal/ Asli!




Syabas dari teman buat kawan-kawan dari suku kaum asli Malaysia!

Sangat bermakna sebenarnya apabila tercipta sejarah Orang Asli pun turun berdemonstrasi!
Malangnya Polis yang seperti biasa..
Mana-mana pihak yang berdemo tanpa bawak lambang UMNO,
WAJIB dihalang!

So, silap gak kawan-kawan kita ni tak bawak logo BN ke..
sunsnake 18032010

Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya

Mac 17, 10
2:16pm
Lebih 2,000 Orang Asli ke Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah. Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri berkenaan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.
Kira-kira seribu lagi petang tadi berkumpul di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

berita penuh

Kalau UMNO baca ni, confirm demo!


Isk! Datuk Zaid ni..
Jangan cakap macam tu..
Dengar dek orang-orang UMNO..
Habis berdemo depa sok!

Antara lokasinya tentulah area Tapah!
Kaki Cameron Highland!

Abis disauk dek UMNO orang asli 1Malaysia ni karang!

Maklumlah perjuangan dan keadilan UMNO ni hanya untuk MELAYU!
So, ok lah kalau yang kaki mabuk tu melayu!
kalau yang kaki betina tu melayu!
kalau yang kaki sihir tu melayu!

Jangan sesekali Orang Asli nak tanah ni!
Ini Melayu punya!!

Orang Asli cuma penting masa nak mengundi je..
Itupun tak penting sangat!
Bagi sorang RM5 pun dah ok dahhh!!
Claim kat Ketua Bahagian RM50 la pulak sorang!
Biasa...

Sial punya UMNO!
Padahal sejak merdeka tanah melayu makin kurang!
Dah macam Palestin dijajah Israel dah!
Tengok Pulau Pinang cukup laa..

Abis tanah-tanah melayu atas nama kemajuan dijual!
Lepas tu tuduh orang lain pulak yang gadai melayu!

isk! Rasa nak mencarut pulak!
Opsss!! Melayu UMNO je yang boleh mencarut!
http://www.youtube.com/watch?v=-4pbKAbbCas
sunsnake 18032010


Orang Asli: Bumiputera tanpa hak istimewa
Mac 18, 10 1:14pm
Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim kesal kerana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz gagal memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan Orang Asli sebagai kaum bumiputera.
Katanya, menurut Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, Orang Asli tidak diberi hak keistimewaan sebagai bumiputera.

Zaid (kanan) berkata Orang Asli tidak dikategorikan sebagai bumiputera, kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja yang dianggap sebagai bumiputera. “Hanya 'Malays and the Natives of Sabah and Sarawak' dianggap sebagai Bumiputera. Inilah nasib Orang Asal di negara ini,” katanya. “Sepatutnya merekalah orang yang paling layak sekali kerana bukan sahaja sebagai Orang Asal dan anak putera bumi bertuah ini tetapi juga kerana mereka paling miskin.

sumber - Malaysiakini

Apabila bukan luahan hati sendiri..


Teman yakin gak yang teks biadap yang Zahrain baca semalam bukan luahan hatinya sendiri..
Ayat sebutir-butir keluar..
Dan betul jugak kata YB Saifuddin ni..
Sebelum memang tak pernah pulak dengar atau nampak si Zahrain ni berucap macam tu dalam parlimen! Bagai nak rak pulak tuh!

Hmm.. inilah spesis yang teman rasa masih ada lagi dalam PKR sekarang ni..
Sila hati-hati ye duhai PKR?
sunsnake 18032010

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).