Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, March 13, 2010

UMNO memikirkan masalah ummah!

Agak-agaknya antara agenda Konvensyen Khas UMNO adalah untuk cari jalan..

Macam mana nak kekalkan benda-benda kat atas ni..


Sebab sekarang ni Di Selangor dah menghala ke arah bawah ini...


Moga Allah SWT hancurkan parti mereka sehancur-hancurnya!
Dan beri hidayah kepada mereka untuk menerima malahan menyertai perjuangan Islam!
Amin!

sunsnake 13032010

Konvensyen khas UMNO Selangor

TANJONG KARANG 12 Mac - Badan Perhubungan UMNO Selangor merancang menganjurkan konvensyen khas pada bulan depan bagi meneliti hasil sebenar 'kejayaan' pentadbiran pakatan pembangkang sepanjang dua tahun memerintah negeri ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, penganjuran program berkenaan yang dikenali sebagai Konvensyen UMNO Selangor itu bakal melibatkan seluruh kepimpinan serta ahli parti itu.

Beliau berkata, ia dibuat untuk membincangkan segala maklumat serta pencapaian sebenar yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

berita penuh

Kecam je la sampai kiamat!


Baru teman tau apa maksud akronim OIC niee..

Ohhh!! I See....

itu jelah.. kejenye habiskan duit bila buat meeting..
ntah apa-apa resolusi ntah!
Negara Islam makin teraniaya..
Negara Islam yang kaya kompom ada link atau boneka Amerika!

hmmm... memang betul-betul jadi buih dilaut!

Punya sikit rakyat israel tu..
pendek kata Kalau seluruh Umat Islam simbah sebaldi sorang ke tanah haram Israel tuh!
Kompom banjir punya!
sunsnake 13032010

OIC kecam rejim zionis Yahudi

DAKAR 12 Mac - Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) semalam mengecam keputusan kerajaan Israel meluluskan pembinaan penempatan haram baru di timur Baitulmaqdis.

Presiden Senegal, Abdoulaye Wade yang kini mempengerusikan badan Islam itu menyifatkan tindakan negara Yahudi itu sebagai penghalang kepada usaha damai Asia Barat.

"Wade meluahkan 'kebimbangan besar berikutan keputusan Israel membenarkan pembinaan penempatan haram di timur Baitulmaqdis," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat beliau.

Israel pada Selasa lalu mengumumkan akan membina 1,600 buah kediaman untuk pendatang Yahudi di timur Baitulmaqdis, kawasan yang diduduki penduduk Arab dan pengumuman tersebut dibuat ketika Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melawat kota suci yang menjadi pertikaian tersebut.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membuat permohonan maaf terbuka kepada Biden semalam dalam usaha mengendurkan ketegangan berhubung isu tersebut, yang menyebabkan pihak Palestin memulaukan rundingan damai. - AFP

Jenayah Remaja - Tak tau nak kata apa..


Apa la nak jadi..
Hari-hari ada kes bunuh!
Nak kata Malaysia ni takde undang-undang.. ada..
Nak kata Undang-undang tidak didaulatkan.. didaulatkan...

Nak kata Sistem Pendidikan Kebangsaan gagal..
kejap kata guna BI kejap kata guna BM
Nak kata Sistem Sosial Malaysia ni mundur,
Bukit Bitang meriah tiap-tiap malam
Nak kata sistem gender kita lemah..
Ladies Night ada tiap-tiap minggu..
Nak kata takde kesedaran sivik..
Rumah orang-orang tua makin penuh!

Nak kata remaja Malaysia makin liar..
Artis-artis UMNO suka..
Nak kata mak bapak tak jaga..
Harga barang naik mak bapak kena keja..
Nak kata kurang agama..
Masjid pun penuh dengan orang tua!

Nak kata salah rakyat..
Nak buat macam mana.. UMNO suka rakyat sesat!
sunsnake 13032010

Mayat remaja disorok dalam but


Pihak polis memeriksa mayat yang ditemui di dalam but sebuah kereta ketika mengadakan sekatan jalan raya di Jalan Tun Razak, Ayer Keroh, Melaka awal pagi semalam. – utusan/Abdul Razak Latif


MELAKA 12 Mac – Empat sekawan yang cuba menyembunyikan kematian seorang remaja lelaki dalam but kereta terbongkar apabila ditahan polis di Jalan Tun Razak, Ayer Keroh, di sini awal pagi tadi.

Mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun ditahan setelah memberhentikan kereta di tepi jalan, kira-kira 150 meter dari sekatan polis pada pukul 1.15 pagi.

Curiga dengan perbuatan suspek itu, polis yang melakukan sekatan jalan memaklumkan kepada unit peronda untuk membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, pemeriksaan unti peronda kemudian menemui mayat seorang remaja lelaki di dalam but kereta itu.

berita penuh

AntaraHasil terbaik UMNO memerintah 52 tahun!



52 tahun..
Selama itulah UMNO memerintah Malaysia dengan menggunakan perjuangan bangsa, agama dan negara sebagai slogan yang dianggap keramat!

Selama itulah Islam menjadi agama rasmi Malaysia..
Selama itulah pelbagai agensi Islam ditubuhkan..
Selama itulah juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri silih berganti..
Selama itulah juga JAKIM,JAWI,IKIM ditubuhkan satu demi satu..
semuanya atas nama Islam!

Setiap negeri ada Muftinya sendiri..
hatta yang tak bernegeri seperti wilayah persekutuan pun ada!
Sebagai penasihat Sultan mahupun Yang Dipertua negeri..

Hebatnya UMNO dalam membela Islam dan memastikan
Islam subur dan mekar di tanah melayu ini..

ehhhh?? kenapa boleh jadi begini?
sunsnake 13032010


DBKL tiada kuasa bertindak


DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganggap premis menjual pelbagai gajet seks sama seperti kedai menjual pelbagai cenderamata yang boleh didapati di pasaran terbuka.


KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bukan sahaja tidak memiliki kuasa untuk menutup premis menjual gajet seks dan ubatan berkaitan malah ia turut dikecualikan daripada dikenakan lesen sejak penghujung tahun lalu.


Ini kerana di bawah Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian Wilayah Persekutuan 1986, kondom beraneka bentuk dan rasa, pelincir, alat merangsang seks, pakaian dalam dan sebagainya dianggap sama seperti cenderamata biasa misalnya cawan, tali leher, pen dan jam tangan.


Justeru Pengurus Komunikasi Korporat DBKL, Anwar Mohd. Zain berkata, aktiviti menjual 'cenderamata' sedemikian dianggap tidak mendatangkan kacau-ganggu atau aktiviti yang tidak berisiko.

Seindah namamu... Zulkifli Nordin!


Zulkifli Nordin..
Seindah namamu...
Seharum 'perjuangan'mu..

Kusangkakan yang kulihat selama ini bara yang bakal menjadi api menerangi kepiluan rakyat!
Kusangkakan yang kudengar selama ini gempita guruh yang bakal menghancurkan kezaliman kepada rakyat!

Rupanya..
Itu hanyalah riak-riak tersalah langkah!
Itu hanyalah gegak gempita sumbangnya perjuanganmu!

Moga dikau 'bersemadi' dengan tenang..
Kembali ke lubukmu...

sunsnake 13032010

Saya mula mengenali Zulkifli Nordin sejak isu Aishah Bukhari, gadis Melayu dari Johor yang keluar Islam dan menyertai Kristian kerana mengikut kekasihnya. Ketika itu Zulkifli Nordin adalah Setiausaha Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Kerana kedudukannya di situ, Masjid Jamek menjadi pusat kegiatan menangani isu murtad itu. Sejak itulah, saya mula kagum dengan keberanian Zul.

Namun, hari demi hari, sebagai wartawan keyakinan dan kekaguman saya kepada beliau mula terhakis. Ia bermula sejak dia mengendalikan isu Aishah Bukhari lagi. Kenyataan, bahasa yang digunakan, fakta yang diberikan sangat hebat. Namun, di dalam hati kecil saya mula tertanya-tanya...betulkah segala kenyataan ini.

Yang paling ketara, kenapa beliau begitu berani membuat kenyataan yang bersifat hasutan tetapi beliau tidak pernah dilaporkan dipanggil atau disiasat oleh polis. Padahal apa yang beliau nyatakan dalam ucapan dan kenyataannya amat sensitif kepada hubungan kaum di negara ini ketika itu.

Sebagai wartawan yang sudah acap kali disiasat polis kerana laporan hasutan dan fitnah, saya rasa faham benar apakah dia hasutan dan fitnah ini.

Namun saya sejukkan hati...mungkin dia lebih tahu dan apa yang dinyatakan itu tidak bertentangan dengan undang-undang kerana dia peguam.

artikel penuh

Apabila Katak Berkokok Berderai-Derai..


Peribahasa melayu.. "Ayam berkokok berderai-derai.. Ekor bergelumang tahi"

Tapi kali ni teman nak adjust sikit tang haiwannya..
apa kata kita guna haiwan katak!

Sementelah si Ibrahim ni yang semakin terserlah ke'bebal'annya..
Hari tu bukan main belasah tokey-tokey cina dan india..

Last-last kantoi bila RPK pecah lubang!

Hmmm.. mana la ko nak lompat taichi ni bang brahim oii!!
Kalau teman.. dah lama nyorok dalam rumah!
maluuuu!!

sunsnake 13032010

Ibrahim pernah jadi pengarah syarikat Vincent Tan


Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutaan Cina, Tan Sri Vincent Tan. Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial. Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.


Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar. Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina.

sumber - malaysiakini