Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, December 13, 2009

Malaysia Menang!! Man Utd kalah??


Apara Man U.. dah la kalah dengan villa 0-1..
Kalah kat OT pulak tuh!! (Old Trafford)
Adusss!! Di saat Chelsea dah mula drop points ni jangan lah Man Utd pun nak drop point gak wehh!!

Tapi, apa-apa hal pun.. Janji Liverpool lingkup!!
wakakakakak!!!

Teringat sembang penyokong Perak kat Kg. Balun hari tu..
"Perak kalah takpe janji Selangor pun tak menang!!" hehehehe

Perak (Liverpool) vs Selangor (Man Utd)
memang 'arch rival' laa..

sunsnake 13.12.2009

United 0 Villa 1

United missed the chance to close the gap on league leaders Chelsea after a first defeat to Aston Villa at Old Trafford since 1983.

Gabriel Agbonlahor’s 21st-minute header was the difference on a day when United huffed and puffed, but never really hit top gear. Villa's win moved them to third in the table with Martin O'Neill's side having now claimed victories over three of the big four this season - Chelsea, United and Liverpool.

The Reds received a couple of welcome boosts before kick-off as news of Chelsea’s dropping of two points at home to Everton filtered through to Old Trafford and the return of Wes Brown and Nemanja Vidic to the back four was confirmed. Wayne Rooney and Ryan Giggs were also back in the first eleven after missing the midweek Champions League victory in Wolfsburg. There was no starting place for hat-trick hero Michael Owen, however, who was named on the bench alongside fellow front man Dimitar Berbatov.

Aiseh Ustaz Nasa?? Takkan Tak paham-paham lagi?


Aiseh!
Teman tak kisah kalau yang tak faham tu Ketua Cawangan..
Apatah lagi ahli biasa PAS..
Tapi kalau Timbalan Presiden pun tak paham ini dah jadi pelik!
1Malaysia tahu betapa jahat dan bangangnya Utusan Malaysia a.k.a Melayau nih!
Takkan TP PAS sorang ni tak paham2..
Hatta Dr Hatta dan 2-3 ahli parlimen lain pun paham!

Dan mungkin perlu Nga ini diberi nasihat agar membincangkan dulu apa jua isu yang sangat sensitif ini sesama PR sebelum disuarakan secara terbuka..

Sama-sama muhasabah..

sunsnake 13.12.2009


PAS tidak sepakat isu dana bina masjid
Dis 10, 09 4:39pm


kemaskini 7.34pm

Timbalan presiden PAS menggesa isu peruntukan besar untuk pembinaan masjid, tetapi rumah ibadat bukan Islam diabaikan, tidak dibesar-besarkan lagi oleh DAP seperti diungkitkan seorang ahli parlimennya. Namun beberapa ahli parlimen PAS yang diketuai bendahari pusatnya Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) pula menyokong Nga Kor Ming (Taiping), yang juga setiausaha DAP Perak berhubung isu tersebut. Nasharudin Mat Isa bimbang kenyataan Nga boleh membangkitkan sentimen agama dan menimbulkan salah faham umat Islam.


Beliau yang juga ahli parlimen Bachok, berkata salah faham dalam isu seumpama ini boleh "dijadikan bahan untuk merungkai kesepaduan Pakatan Rakyat."Di Dewan Rakyat kelmarin, Nga mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 masjid dalam tempoh lapan tahun hingga 2008, sedangkan kerajaan didakwa gagal membina rumah ibadat agama lain dalam tempoh tersebut.


Kenyataannya itu dilaporkan dipertikaikan oleh seorang lagi ahli parlimen, Datuk Ibrahim Ali, yang menyifatkannya "biadap" dan "dan cuba menyalakan api dalam sekam". "Dia (Nga) boleh desak kerajaan beri peruntukan lebih untuk kegiatan agama lain tetapi dia tak boleh membandingkan peruntukan yang diberi oleh kerajaan untuk pembinaan masjid."Apabila itu berlaku apatah lagi dibuat di luar Parlimen, maka ini sudah jadi hasutan selain satu kenyataan politik yang cuba menimbulkan pergaduhan agama," Ibrahim, yang juga presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), dipetik berkata semalam.


Dalam satu kenyataannya hari ini, Nasharudin bagaimanapun berkata orang bukan Islam berhak "menuntut pembinaan rumah ibadat mereka tetapi bukan dengan mempertikaikan atau membandingkan hak agama Islam sebagai agama rasmi.""Kerajaan juga turut digesa untuk berlaku adil kepada semua rakyat dalam memenuhi keperluan mereka seperti mana yang telah digariskan dalam lunas perlembagaan negara," katanya.Beliau juga berharap pemimpin-pemimpin gabungan pembangkang menggunakan "saluran dalaman" untuk membangkitkan isu-isu yang disifatkannya "menyinggung sensitiviti agama dan bangsa"."(Cadangan) ini bagi mengelakkan sebarang polemik seperti mana yang pernah melanda Pakatan Rakyat sebelum daripada ini," kata Nasharudin lagi.


Sementara itu, Dr Mohd Hatta dan dua lagi wakil rakyat PAS bersama Nga (foto kiri) mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen untuk mempertahankan pemimpin DAP itu.Turut hadir, ahli parlimen PKR bagi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.Dr Mohd Hatta menyalahkan Utusan Malaysia, yang melaporkan isu ini di halaman depannya hari ini, dengan menyifatkan ia telah melanggar etika kewartawanan.Bersama ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (Titiwangsa) dan Khalid Samad (Shah Alam), beliau bertegas akan mempertahankan Nga.Wartawan akhbar itu, yang berada di situ, menafikan ia membesar-besarkan isu tersebut, sebaliknya menyatakan ia hanya melaporkan kenyataan beberapa pihak yang tidak berpuas hati pada Nga.


Dalam sidang media sama, Nga menafikan beliau mempertikaikan Islam apabila membuat perbandingan peruntukan untuk masjid dan rumah ibadat bukan Islam.Laporan Bernama pula menyebut PERKASA Pahang hari ini membuat aduan di balai polis Bentong terhadap Nga.Yang dipertuanya Dr Zubir Harun dilaporkan berkata kenyataan Nga"amat menghina agama Islam, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta berbaur hasutan yang boleh menyebabkan pergaduhan agama yang serius."

Saturday, December 12, 2009

Malaysia titik Thailand!!! bior betoii!


Alhamdulillah!!
Patriotik betoi teman malam tadi dok layan berita TV3(setelah sekian lama tak layan) sebab nak nunggu berita team Malaysia vs Thailand..
Punya la patriotik sampaikan hampir-hampir teman ngalirkan ayor mate..
Sebak weh!! Sekian lama tak dengor cerita-cerita macam nie..
Akhirnya dapat jugak kita kalahkan Thailand setelah sekian lama!
SMS daripada teman-teman bukan main banyak yang berkisarkan bangga,seronok & sebak dengan kemenangan ni..
Tu diaa!!! bukan menang Sukan Asia,
Bukan menang Sukan Olimpik..
Bukan menang Piala Asia, jauh sekali Piala Dunia!!
Cuma layak ke ke separuh akhir Sukan Sea aje..
Itu pun dah mampu menggemparkan rakyat Malaysia!

Bayangkan kalau berita itu adalah berita Malaysia layak ke pusingan akhir Piala Dunia??
Mau penuh KLIA bila rakyat tunggu kepulangan 'wira-wira' negara!
Itulah hakikat yang perlu ditanggung oleh sesiapa sahaja yang mempunya kaitan dengan sukan bolasepak Malaysia..

Dan FAM tidak sepatutnya menyalahkan orang lain apabila tewas sebab FAM seringkali dipuji apabila menang macam nie..

Dan mamat-mamat 'cenanga' iaitu politician yang dok dalam FAM tu tak reti-reti berambus??

sunsnake 12.12.2009


Skuad bola sepak ke separuh akhir

Malaysia tewaskan Thailand 2-1, layak ke separuh akhir

VIENTIANE – Malaysia melakar kejutan terbesar apabila membenam juara bertahan, Thailand 2-1 pada perlawanan terakhir Kumpulan A untuk melangkah ke separuh akhir, semalam.
Ahmad Fakri Saarani menjadi pemusnah juara lapan kali berturut-turut Sukan SEA mulai 1983, Thailand apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan babak kedua apabila mudah menolak masuk bola hantaran lintang Norshahrul Idlan Talaha.
Thailand, yang tidak pernah gagal ke separuh akhir Sukan SEA sejak 36 tahun lalu, iaitu mulai Sukan SEA 1963, hampir menafikan hajat Malaysia apabila mendahului menerusi sepakan bebas Arthit Sunthorphit pada minit ke-52.

Namun, Mohd. Nasriq Baharom berjaya mengimbangi kedudukan dengan gol penyamaan pada minit ke-80.

Kemenangan itu membolehkan Malaysia muncul naib juara Kumpulan A dan akan bertemu juara Kumpulan B, Laos pada perlawanan separuh akhir Isnin ini.
Juara Kumpulan A, Vietnam pula bertemu naib Juara Kumpulan B, Singapura pada satu lagi separuh akhir.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas acara bola sepak Sukan SEA ialah 20 tahun lalu.
Mengulas kemenangan bermakna itu, jurulatih kebangsaan K. Rajagobal berkata, dia memuji semangat para pemain yang tetap tenang walaupun beraksi di bawah tekanan setelah ketinggalan di babak kedua.

Katanya, tekanan memihak kepada Malaysia kerana perlu menang sedangkan Thailand hanya perlu seri untuk layak ke separuh akhir.
“Saya bangga dengan semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan pemain terutama pada babak akhir, khusnya selepas kita mendapat gol penyamaan.
“Ketika kedudukan seri 1-1, kelebihan masih memihak kepada Thailand, namun, pemain terus melakukan asakan dan akhir berjaya menjaringkan gol kemenangan.
“Apa yang kita capai hari ini berbaloi dengan kesungguhan pemain yang beraksi bermati-matian untuk memburu kemenangan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Thailand, Steve Darby, berkata, dia tiada alasan terhadap kekalahan pasukannya kerana Malaysia bermain lebih baik.

“Sepuluh minit terakhir memusnahkan kami. Setelah Malaysia mendapat gol penyamaan, mereka tidak henti-henti mengasak dan akhir memperoleh gol kemenangan.
‘‘Saya bertanggungjawab terhadap kekalahan pasukan saya,” katanya. – Utusan Meloya

Suara Orang Muda Di Bukit Beruntung/Bukit Sentosa!


Thursday, December 10, 2009

Orang Perak wajib beli wehh!!!


hehehhe..
teman tengok cover depan pun dah gelak!!
Lom baca lagi!!

Apa-apa pun teman bangga sungguh dengan yeob zunar nih!
Idea dan sindirannya dia memang lain dari yang lain..

Pendek kata,
kalau penulisan memang Hishamuddin Rais@Tukar Tiub champion!
tapi kalau kartun, yeob zunar memang terbaeeekkk!!

teringat pertama kali bersua dengan yeob zunar di UPSI Tg Malim, 19 tahun lalu!!!
Siap dapat otograf wehh!! tapi hilang kemana ntah buku yang yeob zunar otograf tuh!

Keep it up bro!
sunsnake 10.12.2009

Zunar kartunkan krisis politik Perak
Abdul Rahim Sabri
Dis 9, 09
12:47pm
kemaskini 4.24pm Kartunis kontroversi, pemimpin majalah Gedung Kartun yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), melancarkan karya terbarunya, satira politik semasa Perak Darul Kartun.

Zulkiflee Anwar Haque, atau lebih popular dikenali Zunar, berkata karya terbaru ini diterbitkan dalam bentuk buku yang tidak memerlukan permit penerbitan daripada KDN.

"Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berhasrat untuk berkonfrontasi dengan KDN kerana itu bukanlah matlamat kami.

"Matlamat kami adalah menghasilkan karya-karya alternatif dalam konteks Malaysia dengan isu-isu dan pendekatan yang selama ini gagal diketengahkan oleh karyawan negara ini termasuk kartunis," katanya ketika mengumumkan karya itu di pejabatnya hari ini.

Buku setebal 80 muka surat itu hasil usaha enam kartunis – Ronasina (atau, Mohd Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad), Orangorang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar) – yang diketuai kartunis popular dan berpengalaman luas itu.

Karya itu mensatirakan krisis politik di Perak sejak rampasan kuasa kerajaan Pakatan Rakyat oleh BN awal Februari lalu sebagai fokus utamanya, selain sumbangan beberapa penulis seperti Sasterawan Negera Datuk A Samad Said, penganalisis politik Dr Farish A Noor dan juga penulis kolum Malaysiakini Hishamuddin Rais.

Perak Darul Kartun memuatkan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mundar-mandir dalam kegelisahan sambil menyebut perkataan "bala, bala" apabila menyedari penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat dakwaan baru terhadap adiknya Datuk Mohamed Nazim dan isterinya Rosmah Mansor.

Balasubramaniam, mencipta kontroversi awal Julai tahun lalu, apabila menarik balik dalam tempoh 24 jam tuduhan awalnya bahawa Najib berskandal dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh 2006.

Buku humor itu juga memaparkan karikatur pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang membuat serbuan untuk menahan penceramah agama – dipercayai mensatirakan kes penangkapan Dr Mohd Asri Zainul Abidin, awal November lalu.

Selain itu, ia turut menyindir bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, ADUN Bagan Pinang yang menang baru-baru ini dengan menggambarkan beliau sebagai "statue of liability" – satira 'statue of liberty' di New York – yang mejulang wang sambil memegang "kitab rasuah teknikal" Umno.

Selain itu, buku ini juga melanjutkan siri nostalgia era Gerakan Reformasi 1998 seperti yang dimuatkan dalam Gedung Kartun. Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli-ahli politik lain yang disinggung termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri S Samy Vellu, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Tian Chua.

Pada 25 Ogos lalu, sekumpulan pegawai penguatkuasa KDN menyerbu pejabat majalah Gedung Kartun di Brickfields, Kuala Lumpur susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir keras perdana menteri.

KDN beberapa hari kemudian turut menyerbu syarikat percetakannya di Seri Kembangan, Serdang susulan penerbitannya yang, antaranya, memaparkan gelagat Najib yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.

Dalam sidang media di pejabat itu juga, Zunar berkata 10,000 naskhah buku ini sudah diedarkan sejak kelmarin dengan harga RM10 seunit dan merancang menerbitkan siri buku humor tersebut setiap bulan dengan fokus dan nama berbeza.

Tambahnya, ia juga boleh dibeli melalui laman web cartoonkafe.com yang diuruskan oleh syarikatnya.

Ditanya mengenai hasil penjualan Gedung Kartun, Zunar berkata sambutan terhadap majalah tersebut "sangat memuaskan".

Zunar berkata, pihaknya terpaksa mencetak 5,000 naskhah lagi selepas 10,000 naskhah awal habis dijual.

Diminta mengulas sama ada beliau masih ingin memohon permit KDN, beliau berkata, pihaknya akan terus berbuat demikian dan "terpulanglah kepada KDN untuk memberi atau tidak."

"Isu sekarang, bukan (kami) tidak minta, tetapi kita minta, tapi tidak diberi. Kalau tidak minta (permit) langsung, memang betul (tidak akan diberi).

"Saya rasa cara meminta permit, sudah lapuk. Ia dijadikan hak prerogatif oleh KDN, iaitu terpulang kepada KDN hendak beri atau tidak. Alasan tidak pula diberitahu," katanya lagi.

Zunar baru-baru ini mengeluarkan 1Funny Malaysia, himpunan karikaturnya yang disiarkan di laman web Malaysiakini. Ia dijual dengan harga RM20 di pejabat akhbar web itu di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

sumber - malaysiakini

Poligami? Setuju!! err...


Rasa macam nak setuju dengan Rufaqa nie..
Tapi ada gak rasa macam tak setuju..

Tapi bila sembang-sembang dengan orang rumah..
Tiba-tiba teman jadi pembangkang yang 'ampuh' xtvt nie..

Tapi bila sembang dengan kawan-kawan pejabat..
Teman jadi 'penyetuju' yang 'ampuh' gak!

hmmm.. kacau.. kacau..
sunsnake 10.12.2009

Pengikut Ashaari disekat promosi poligami
Salhan K Ahmad
Dis 9, 09
2:08pm
kemaskini 6.58pm Bekas pengikut Al-Arqam – yang diisytiharkan haram sejak 1994 – terus dibayangi pelbagai halangan pihak berwajib sama ada dalam bidang perniagaan atau kegiatan kemasyarakatan.

Tidak cukup gangguan terhadap Rufaqa Corporation Sdn Bhd dan komuniti pengikut-pengikut pengasasnya Ashaari Muhammad (foto kiri) di Rawang pada 2006, kegiatan terbaru sekumpulan bekas ahli Arqam untuk mempromosikan poligami juga menemui jalan sukar.

Syarikat terbaru kumpulan itu Global Ikhwan Sdn Bhd, yang ditubuhkan hampir setahun lalu, dikesan mulai dikekang oleh pihak berkuasa apabila ia bertindak mendaftar ahli-ahlinya.

Sekatan itu gara-gara pihak berwajib dipercayai khuatir ia akan digunakan untuk menghidupkan semula gerakan dakwah itu yang telah difatwakan sesat.

Pengarah Global Ikhwan, Hatijah Aam berkata usaha itu muncul apabila Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mendaftarkan sebuah kelab yang dianjurkan oleh syarikat itu.

Hatijah, seorang daripada empat isteri Ashaari, menjelaskan usaha untuk mendaftarkan Kelab Poligami Ikhwan itu dihalang selepas kelab tersebut dilancarkan Ogos lalu dalam satu majlis di Bandar Country Homes, Rawang – lokasi kegiatan bekas pengikut Arqam selepas Sungai Penchala.

"Pada bulan Ogos itu kami lancarkan untuk tengok sambutan. Alhamdulillah, sambutannya baik apabila dilaporkan dalam media. Tetapi ada menteri yang tidak setuju dengan kelab ini, jadi usaha untuk daftar pun tidak berjaya," katanya lagi.

Hatijah berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang dilaporkan menyebut penubuhan kelab sedemikian "tidak berfaedah" dan "tidak mempunyai hala tuju positif."

Reaksi lain termasuklah kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang dilaporkan menyebut, individu yang mengamalkan poligami tidak seharusnya berbangga sehingga menubuhkan kelab.

Jamil Khir juga dilaporkan berkata, kepentingan harus diletakkan kepada pelaksanaan poligami itu supaya mengikut lunas Islam, dan bukannya terhadap penubuhan kelab atau persatuan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Hatijah berkata, polis Bukit Aman juga telah menasihati beliau supaya kelab tersebut tidak ditubuhkan kerana bimbang akan "menimbulkan salah faham" di kalangan masyarakat.

"(Bukit Aman) tidak mahu timbul masalah kerana sejarahnya sebelum ini Rufaqa pun telah diharamkan kerana mengamalkan ajaran sesat. Jadi kami dinasihatkan untuk daftar syarikat lain," katanya.

Jelasnya, kebimbangan berhubung kelab tersebut dipercayai wujud kerana ia dikhuatiri menjadi medan baru untuk menghidupkan semula ajaran-ajaran Ashaari.

"Mereka bimbang platform motivasi kepada ahli kelab (secara tertutup) ini kami gunakan untuk mencari pengaruh dan sejarah mungkin berulang. Jadi Kelab Poligami Ikhwan kita hentikan dulu.

"Sekarang kami tumpukan kepada aktiviti-aktiviti perniagaan sebab masyarakat lebih yang suka kepada aktiviti-aktiviti ekonomi kami," kata Hatijah ketika dihubungi.

berita penuh